Search This Blog

Apr 3, 2017

ANEMIA ATAU KURANG SEL DARAH MERAH

Anemia adalah penyakit yang terjadi disebabkan oleh kepekatan hemoglobin (Hb) di bawah paras normal. Keadaan ini kerapkali berlaku bersama-sama dengan kekurangan bilangan sel darah merah (SDM). Atau dengan bahasa mudahnya kekurangan darah merah. Dan ianya sama sekali tidak sama dengan tekanan darah rendah. Anemia biasanya berkait rapat dengan kekurangan zat besi dalam badan. Biasanya terjadi kepada wanita yang sedang hamil. Tetapi ada juga anemia yang disebabkan oleh penyakit atau sedang dirawat disebabkan penyakit.

Sum sum tulang di tengah-tengah tulang memerlukan zat besi untuk membuat hemoglobin. Tanpa zat besi yang mencukupi, badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang mencukupi untuk sel-sel darah merah.

Gejala dan Tanda

Pesakit yang mengalami anemia biasanya kelihatan pucat dan tanda pucat dapat dikesan pada mata, lidah, kuku, tapak tangan dan bibir. Hemoglobin terdapat dalam sel darah merah dan merupakan pembawa oksigen.

Anemia terbahagi kepada beberapa kategori bedasarkan sebab terjadinya anemia iaitu
1. Gangguan pembentukan Sel Darah Merah (SDM)
2. Pemusnahan Sel Darah Merah berlebihan
3. Pendarahan Berlebihan.

Gangguan Pembentukkan Sel Darah Merah

Keadaan ini terjadi disebabkan kekurangan zat atau kekurangan fungsi sum sum tulang. Pembentukkan Sel Darah Merah memerlukan bahan penting seperti Zat Besi, Vitamin B₁₂ dan Asid Folik. Zat Besi ialah komponen penting dalam hemoglobin. Kekurangan zat besi akan menyebabkan Hb terganggu dan Kandungan Hb dalam Sel Darah Merah berkurangan. Saiz SDM menjadi kecil daripada normal dan warnanya kurang merah.

Punca Kekurangan Zat Besi
  • Kurang pengambilan makanan yang mengandungi zat besi
  • Bayi yang diberi minum susu berpanjangan tanpa makanan tambahan yang lain
  • Kehilangan darah secara kronik
  • Kehamilan yang kerap
  • Kedatangan haid yang  banyak
  • Infestasi Cacing Kait
  • Buasir 
  • Ulser Peptik
  • Hormon yang tidak normal
  • Sebab keturunan
Pemusnahan Sel Darah Merah berlebihan

Juga dikenali sebagai anemia hemolitik. Kadar pemusnahan Sel Darah Merah yang telah tua berlaku pada kadar sama dengan pembentukan Sel Darah Merah yang baharu. Jika pemusnahan Sel Darah Merah melebihi kadar pembentukkan Sel Darah Merah, maka terjadilah anemia.

Pendarahan Berlebihan

1. Pendarahan Akut

Anemia pendarahan akut boleh disebabkan oleh pendarahan selepas bersalin, kecederaan atau trauma. Pendarahan akut sehingga 500ml tidak menimbulkan anemia pada seseorang yang mempunyai simpanan zat besi yang cukup, dia hanya perlu mengambil tambahan zat besi 4-5 mg sehari selepas 2 bulan untuk menampung kekurangan zat besi.

2. Pendarahan Teruk / Kronik

Daripada Ulser, gaster usus, buasir dan variks esofagus.

Kompilasi Anemia

1. Keletihan
2. Lesu
3. Kegagalan jantung bagi anemia yang teruk

Asas Perawatan

Asas rawatan bergantung kepada sebab terjadinya anemia. Anemia yang disebabkan kekurangan zat besi di rawat dengan pemberian zat besi.

Jika kekurangan zat besi disebabkan pendarahan kronik akibat infestasi cacing, ia perlu di rawat dengan ubat pembunuh cacing disamping tambahan zat besi.

Saranan untuk membantu mengatasi Anemia

1. Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik serta vitamin C
2. Mengambil supplemen yang mengandungi unsur zat besi serta asid folik.
3. Meminum air 8 hingga 10 gelas sehari. Ini bertujuan supaya air yang kita minum dapat melancarkan darah dan dapat mengimbangi kadar asid dalam badan.


Sumber makanan untuk mengatasi Anemia

1. Sumber Zat Besi
Daging Lembu, Daging Kambing, Ikan, Hati, Tempe, Kekacangan, Sayuran hijau terutamanya bayam.

2. Sumber Vitamin B12
Daging, Susu, Hati

3. Sumber Vitamin C
Jambu Batu, Epal, Bayam

Selain daripada pengambilan dari sumber makanan harian kita, pengambilan supplemen juga sangat digalakkan bagi menampung ketidakcukupan zat yang diambil dari makanan. 

Bagaimana VIVIX dapat membantu pesakit Anemia.

Vivix mempunyai 4 mekanisma penuaan tahap sel. Boleh dikatakan Anemia berpunca daripada Sel Darah Merah dan vivix impaknya daripada sel, maka sangat sesuai vivix dicadangkan untuk mereka yang mempunyai masalah Anemia.

Vivix bertindak dengan
  • Membaiki dan melindungi sel
  • Mempertahankan dan mengawal genetik
  • Memberi tenaga kepada sel (mitokondria)
  • Meningkat prestasi sel dan melambatkan penghasilan protein AGE.
Vivix mempunyai antioksidan yang tinggi dan ini dapat membantu menghentikan proses kimia yang menyebabkan kanser, antivirus melindungi sel, jadi sel darah merah akan terpelihara dan akan mengurangkan kesan anemia.

Selain itu, vivix juga mengandungi Resveratrol dan polyphenol yang tinggi dan dapat melindungi serta mengukuhkan sistem imun, melawan sebarang jangkitan virus atau bakteria menjadikan sel lebih kuat dan lebih banyak sel darah merah dapat dihasilkan dengan sel-sel yang baharu.

Tetapi bagi wanita yang sedang hamil dan mempunyai masalah anemia, vivix tidak sesuai untuk di amalkan. Walaubagaimanapun shaklee tetap ada menyediakan vitamin lain yang sesuai untuk wanita hamil. Antara cadangan yang boleh diambil ialah Vita Lea, Vitamin C dan B-Complex.

Noi 017 7274034


No comments:

Post a Comment