Search This Blog

Oct 18, 2017

Kesan pengambilan produk Shaklee.

Selama ini tak tahu, dengar khabar angin jauh sekali, nak dengar cerita orang memang jauh sekali la sebab tak pernah tau pun yang shaklee ni rupanya wujud. Nampak sangat la macam katak bawah tempurung huhuhu. Tapi betul orang kata bila kita cuba untuk cari penyelesaian untuk masalah kita mesti tak menjangka akan jumpa yang kita tidak sangka sangka.

Ini adalah pengalaman saya sendiri yang mengamalkan produk Shaklee untuk kesihatan tubuh badan.  Harap maklum saya sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca sekalian. Semoga pengalaman ini memberi  kesedaran kepada semua kesan pengambilan supplemen yang betul.

Tahun 2014 saya mula mengenali supplemen shaklee ni itu pun sebab sentiasa lalu kat wall facebook, pada awalnya memang tak amik kisah pun tapi terbuka hati nak cuba untuk menambah berat badan. Orang lain sibuk nak kurus kita sibuk nak gemok. Masa ni ambil vita lea, ESP dan B-Complex. Tapi mungkin disebabkan pertama kali ambil supplemen ni belum kena ngan tekak memang tak konsisten langsung amik. Rasa boleh telan amik la rasa cam tak boleh telan memang tengok je la.

Sehingga la selepas bersalin anak yang ke-3. Bila dah anak 3 ni kan mula la nampak perut tu cam kedepan sket, masa ni la ambil Omega Guard dan Herb-Lax. Alhamdulillah,  supplemen yang ni boleh telan tanpa culasnya dan yang bestnya lain pula yang jadi. Tujuan utama nak cuba kempiskan perut tapi tak sangka boleh menyelesaikan masalah sembelit yang saya hadapi selama ni.

Bila kita ambil sesuatu dan berkesan masa ni kepercayaan dah tebal sikit la, so mula la cari supplemen untuk masalah sakit pinggang saya.  Sakit pinggang ni lama sangat simpan start anak pertama lagi, mungkin disebabkan selalu dukung anak naik tangga sampai tingkat 4. Selalunya pergi klinik, klinik bagi krim sapu dan tampalan macam koyok tu.  Untuk sementara waktu ok la hilang lepas tu jadi semula.

Masa ni google punya google jumpa la ostematrix, punya la menanggung sakit tu bertahun, sanggup google padahal boleh je tanya kat group Shaklee. Bila dah baca serba sedikit amik keputusan nak cuba la mana tau kan boleh hilang terus sakit ni.  Alhamdulillah selepas sebulan konsisten dengan ostematrix, baru perasan sakit pinggang yang kejap sakit kejap hilang tu dah lama tak datang sakitnya. Klinik pun dah jarang sangat singgah. Ditambah kalau sejuk malam selalu sangat kramp kaki, yang ini pun dah tak merasa lagi. 

Eh....bagus lah ostematrix ni.  Sejak tu memang saya jarang tak ambil ostematrix ni. Setiap malam 4 biji sebelum tidur dapat menghilangkan kesakitan pinggang yang selama ini mengganggu kehidupan saya seharian.

Nasib baik la jumpa Shaklee, kenal pulak dengan Ostematrix ni, kalau tak memang mereput la menahan sakit.Badan kekurangan kalsium, minum susu memang susah, so ini lah penyelesaian yang saya lakukan. konsisten oste tanpa gagal. Alhamdulillah serasi dengan tubuh saya dan sangat sangat membantu.

Kini,  saya masih lagi teruskan pengambilan supplemen dari shaklee. Dan saya memang tidak ada ambil supplemen lain selain dari shaklee,  sebab bila kita ambil macam macam supplemen ni,  kita tak tahu tindak balasnya dengan badan kita sesuai ataupun tidak dapat an risiko lain yang kita tak tahu. Daripada memudaratkan diri lebih baik konsisten dengan apa yang kita percaya dan kita ambil sekarang ni. 



Lagi satu nak bagi tau ni kelebihan lain bila kita ambil  Ostematrix ni,  antaranya

Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf. Ia juga boleh membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan dan gusi berdarah

Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas

Pengambilan OsteMatrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan kebas-kebas, kejang, sakit sendi dan juga artristis. 

Mengurangkan stress, di mana OsteMatrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing serta sakit kepala. 

Mengurangkan masalah haid. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak, ia akan meringankan sakit semasa waktu haid dan membantu pembuangan air kecil.

Membantu mengurangkan hiperaktiviti perut dan masalah gastrik

Membantu atlet sukan, membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh. Justeru, pergerakan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa dan mudah.

Yang bestnya Ostematrix ni paling sesuai kalau yang ambil tu memang jenis tak minum susu. Dan boleh juga diambil oleh semua orang yang boleh telan tablet kecuali kanak kanak.

Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan produk Shaklee ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 / www.wasap.my/60177274034 untuk respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

atau untuk memilih produk yang anda suka (klik gambar dibawah)


Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

(pautan terus ke whatapps saya,klik gambar diatas)

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.