Search This Blog

Jan 31, 2016

vivix dan awet muda

25 Tahun Lebih Muda... Tiada yang mustahil.

Bila usia semakin meningkat maka bermulalah perubahan pada diri kita, kulit semakin kendur, mudah letih dan penat. Masa ni la perasan muka dah banyak kedut-kedut. Tapi ada juga yang di kata tua sebelum waktunya. Umur muda tapi nampak berusia, dah la cam tu ada pula yg gatal tanya umur berapa tapi kalau x tanya marah pulak panggil mak cik kan.... Jangan stress dulu, setiap masalah ada penyelesaiannya kan.... apa kata try vivix untuk selesaikan masalah tu...



Vivix merupakan supplemen anti penuaan keluaran Shaklee, satu-satu nya produk yang bertindak meresap hingga ke peringkat DNA. Apabila kita semakin berumur, mitochondria atau kilang penjana tenaga dalam sel kita semakin merundum,akibatnya tenaga sel semakin  lemah dan metabolisma pun turut menurun. Keadaan ini akan jadi lebih kritikal apabila setiap hari sel tubuh kita sering terdedah kepada berjuta-juta radikal bebas yang merosakan DNA sel kita. Biasa nya tubuh kita akan menghsilkan antioksida sebagai mekanisma pertahanan daripada serangan radikal bebas ini, tetapi disebabkan sel-sel tubuh kita dah terjejas, tubuh tidak lagi mampu menghasilkan antioksidan yang cukup bagi melawan serangan radikal bebas itu.


Vivix bertindak melambatkan penuaan

Dalam satu kajian klinikal terkini menunjukan ramuan aktif vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang membantu melambatkan penuaan pada tahap selular. Melalui ujian klinikal dan hasilnya telah membuktikan ianya memperlahankan proses penuaan sel dari 4 aspek berikut:-
  • Mengoptimumkan potensi sel-sel tubuh
  • Membaiki sel-sel tubuh
  • Mempertingkat sel -sel tubuh
  • Mempertingkat sistem pertahanan sel-sel tubuh.
So daripada dok stress org kata kita tua sebelum waktunya ke ape ke kita tunjuk yang kita boleh kembali muda silap-silap lagi muda dari yang dok mengata tu kan....

Tapi kalau bercerita x de bukti orang susah nak percaya kan... pas ni kita bagi testimoni mereka yang konsisten vivik ni...

Noi
0177274034

Kisah mereka yang kekal muda..

Nak cerita panjang-panjang nanti bosan pula nak baca kan.. so kita bagi gambar berbicara pula la ye...
  • Kisah 1

  •  Kisah 2

 Hanya dengan 9 hari dah nampak perubahan.
  • Kisah 3
     
  • Kisah 4

    Suami Puan Zeti Hafiza amalkan vivix hampir setahun, perubahan ketara umur 40 tapi ramai tegur dia awal 30an. Bangga x bangga la kan. Kalau org kata hati muda ni x nampak tp yang ni nampak muda....
  • Kisah 5
Kesannya dalam 14 hari

  • Kisah 6
Pengambilan vivix secara berterusan selama 3 bulan

  • Kisah 7
Kenapa tempoh vivix ni berhasil berbeza-beza. Ini semua bergantung pada tahap tubuh badan seseorang itu. Jika badan kurang bertoksin maka penyerapan supplemen lebih cepat berbanding mereka yang banyak toksin dalam badan.

Ini baru sikit kisah gambar berbicara, sebenarnya ramai lagi mereka di luar sana yang setuju ngan keberkesanan vivix ni cuma mereka x share je. So nak awet muda order sekarang....

Noi 0177274034



Jan 30, 2016

testimoni stroke

Sesungguhnya ikhtiar untuk penawar penyakit sentiasa ada. Jika diizinkan Allah pasti penyakit itu sembuh begitu juga sebaliknya. Disini saya kongsikan beberapa kisah pesakit stroke yang pulih selepas pengambilan vivix, dengan izinNya jua.......

Kisah Stroke 1

Assalammualaikum..

Saya Hafza Aein.. yang berkongsi cerita mengenai suami saya yang mengalami stroke dan juga masalah percakapan. Stroke yang dia alami boleh saya kategori sebagai stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.

Tanggal 28 April 2014...suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah...hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku. 

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba. Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga...
2- boleh mengingat tapi cepat lupa..
3- masalah pertuturan..

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun...saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

I love Shaklee...



(BEFORE) Keadaan suami pada bulan MEI 2014
(AFTER) Keadaan suami selepas setahun menggunakan Vivix.

Sila like dan share cerita saya ni supaya dapat membantu pada mereka yang mengalami masalah yang sama.


Kisah Stroke 2

Perkongsian dari Ummu Ainan mengenai ibunya yang kena stroke:
Assalamualaikum selamat petang..
Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..

 Kisah Stroke 3

Testimoni daripada Puan Zura Betty mengenai ibunya yang mengalami stroke dan memberikan Vivix kepada ibunya:

Kisah Stroke 4



Kisah Stroke 5

Kisah Stoke 6

Kisah Stroke 7


Kisah Stroke 8
Itu lah beberapa testimoni pesakit stroke yang pulih selepas pengambilan vivix. Jadi cegah lah penyakit anda dari sekarang sebelum bertambah kronik....

untuk tempahan / info lanjut boleh hubungi Noi di talian 0177274034

vivix & stroke



vivix untuk stroke boleh ke? Sebelum tu kita tengok apa itu stroke. 
Stroke ialah masalah kesihatan yang disebabkan oleh penyumbatan salur darah dan terganggunya bekalan darah ke bahagian otak. Bahagian otak ini tidak menerima oksigen yang cukup oleh itu sel-sel otak akan rosak atau mati. Ini boleh menyebabkan bahagian badan yang di kuasai oleh otak itu tidak berfungsi. Kecedaraan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu. Walaupun gangguan ini boleh terjadi pada sisi vena. Stroke telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan segera.

Punca Stroke :



Kelanjutan usia
Darah Tinggi
Kencing Manis
Kolesterol Tinggi
Merokok

Tanda-tanda strok

Kebas anggota badan secara tiba-tiba
 Sakit kepala yang melampau
Perasaan celaru dan keliru
Kesukaran bertutur / memahami pertuturan
kepeningan dan hilang imbangan
kabur penglihatn secara iba-tiba


Bagaimana vivix membantu pesakit strok


Vivix membantu pesakit stroke dengan 4 mekanisme iaitu:-

Melindungi dan membaiki kerosakan DNA
Memberi impak kepada pengawalan genetik
Menggelakan biogenesisi (pembentukan baru) mitochondria
Melambatkan pembentukan protein AGE

Selain daripada itu, vivix shaklee satu-satunya suplemen yang dapat menembusi DNA manusia sekaligus membantu memulihkan DNA yang rosak.Vivix juga merangsang pertumbuhan sel baru disamping memberi perlindungan menyeluruh kepada badan.Ia juga antioksidan yang tinggi yang sangat bagus untuk kesihatan. Dengan kombinasi ramuan hebat yang terdapat dalam vivix membolehkan vivix membantu mengawal penyakit.

Dalam entry selepas ini saya akan kongsikan beberapa testimoni berkaitan vivix memulihkan pesakit stroke.

Noi 0177274034

Testimoni Kurus

Kalau kita bercerita tanpa bukti orang susah nak percaya kan. Betul ke? boleh ke? ye ke? boleh pecaya ke ni? macam-macam soalan berputar-putar dalam otak tu kan. Ha... dari dok tertanya-tanya jawapan pun x dapat-dapat kita bagi bukti kesahihan vivix boleh membantu menurunkan berat badan... chek it out....
Akibat Konsisten vivix......

Kisah Kurus 1


Cik MayBoo (Ipoh)
Perubahan 72kg 60kg, saya suka Vivix.
Tumor air hilang, kulit putih dan cerah, rakan suaminya melihat kami dan bertanya jika saya sebagai isteri.
4 tahun yang lalu, saya, 72kg berat badan, ada edema teruk, berat badan berlebihan, sakit belakang yang teruk setiap hari, dan air dalam tiga masa dengan tumor ovari, dan dua kali untuk menerima pembedahan. Dr Shaklee pesakit mengambil pelbagai produk, terutama vivix, TUMOR OVARI HILANG, BADAN RASA LEBIH TENANG, berat badan MENURUN daripada 72 kg kepada 60 kg, KULIT CERAH, MUKA SEMAKIN BERSERI.
Paling, paling, palinggggg saya teruja apabila kali ini orang katakan saya jauh semakin muda, Ha ... Ha ... ..,! WOWW! Its was SUPER COOL!
notakaki: Tengok perubahan dia? Dia ambik masa 4 tahun untuk menjadi apa dia miliki sekarang. Bukan ambik masa seminggu dua terus nampak keputusan. Yang penting adalah KONSISTEN! Itu yang penting. Tengok lah Cik May Boo ni. Tabahhhhhhh dalam mengambil VIVIX selama 4 tahun. Lihatlah dia sekarang. Jauh lebih sihat dan lebih muda! Semua penyakit dia 'lesap' dek konsisten mengamalkan vivix. Dimana dia perlu pergi rawatan susulan dan berjumpa dengan doktor pakar. Tetapi sekarang dia xperlu dah nak pergi hospital nak buat 'follow-up' tu
Kisah Kurus 2



Kisah Kurus 3


Kisah Kurus 4


Kisah Kurus 5

Kisah Kurus 6

 Suami kepada Puan Zetty yang amalkan vivix selama setahun.
Ini baru sikit je saya share kisah kurus diorang ni, sebenarnya banyak lagi yang dah berjaya kurus ngan vivix. So kalau korang yang bam bam nak slim x nak makan tablet or pil ke boleh konsisten ngan vivix ni, bukan setakat kurus je dapat malah terpaksa terima kebaikan lain lagi.... kenapa nak berkira untuk kebaikan sendiri ye tak....
to the next entry la ye....
ok. info / order Noi 0177274034...

Jan 28, 2016

Vivix untuk mereka yang teringin nak kurus

Kalau sebut vivix bagi ahli-ahli dan pelanggan shaklee pasti sudah maklum dengan kehebatan dan kebaikan vivix. Vivix juga dikenali sebagai tonik anti penuaan selain pencegah penyakit dan kanser. Tetapi tahukah anda,vivix juga mampu membantu anda yang mempunai masalah berat badan berlebihan kembali kurus dan langsing.


Bagaimana vivix boleh membantu dalam menguruskan badan?. Dalam ramuan vivix terdapat resveratrol, resveratrol ini lah yang membantu dalam menurunkan berat badan secara natural dengan 4 cara :-
  •  Resveratrol menaikan metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma semakin banyaklah kalori akan di bakar seterusnya proses pembakaran lemak lebih cepat dberlaku dari biasa
  • Resveratrol menghalang pengumpulan lemak dan memusnahkan deposit lemak dalam badan dan lemak-lemak ini akan digunakan sebagai tenaga.Cara ini sanat berkesan dan selamat kerana lemak-lemak yang akan dibuang manakala jisim otot serta tisu-tisu penting yang lain masih dikekalkan
  • Menghalang kenaikan paras hormon estrogen supaya lemak-lemak tidak disimpan. Hormon Estrogen yang menyebabkan lemak banyak disimpan didalam badan. Apabila paras hormon dikurangkan, tubuh akan berhenti menyimpan lemak dan lebih banyak otot akan dibina.
  • Resveratrol memberi rasa kenyang dan ini dapat mengurangkan keghairahan dan selera makan.

Bagi mereka yang tidak gemar makan tablet banyak-banyak (set kurus) dan saya sarankan pengambilan vivix, selain mendapat berat badan yang di idamkan anda juga dapat manfaat kesihatan yang lain.

Noi 0177274034
Fb : Nor Aleesya Hafiz
Ig : nor_zara_sofia

Jan 25, 2016

Minuman Cuaca Panas

Cuaca panas dan kering sedang melanda negara kita ketika ini. Suka saya ingatkan agar lebih berwaspada. Minumlah air secukup nya ketika cuaca panas ini  untuk mengelakan sebarang penyakit disamping mengikuti langkah-langkah pencegahan.

Jika anda seorang yang susah atau kurang minat untuk minum air masak / air putih, Shaklee ada minuman isotonik tanpa gas yang dikenali sebagai Performance Drink. Minuman hidrasi tulen merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda. PD membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan selain terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.



Performance drink ini adalah minuman isotonik kurang gula yang mempnyai kepekatan dan komposisi yang sama dengan darah manusia. Jadi Perfomance drink sesuai untuk menggantikan cecair yang hilang daripada badan akbat dari dehidrasi.

Selain itu, Performance Drink sesuai diminum ketika cuaca panas dan sesuai untuk mereka yang cirit birit, muntah, demam dan demam campak di kalangan kanak-kanak.

PD oleh menghilangkan rasa dahaga dengan segera kerana mengandungi natrium yang rendah, tiada gas dan boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Tiada pewarna atau pengawet tambahan. Jadi PD adalah minuman yang selamat.

Antara kelebihan lain Performance Drink
  • Mencegah dehdrasi
  • Membantu mengekalkan paras gula 
  • Mengurangkan risiko jatuh sakit
  • Menggantikan air yang hilang dalam badan
  • Meningkatkan daya tahan otot
  • Baik untuk sistem neuromotor
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dah hati
Jika anda suka dengan minuman isotonik yang kita tau kandungan gula nya tinggi dan membayakan kesihatan, apa kata tukar dengan peformance drink, selamat, baik untuk kesihatan dan berkesan.

Boleh dapatkan sekarang RM87.00 (539g )

Noi
sms / Whatsapp : 0177274034
Facebook : Nor Aleesya Hafiz
Instagram : nor_zara_sofia

Jan 24, 2016

Langkah Pencegahan Strok Haba


Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh terjadi daripada tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya strok haba.

Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap strok haba anda perlulah

  • Mengelakan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama
  • Minum air kosong yang banyak. Jangan tunggu dahaga baru nak minum air.
  • Elakan pemakaian yang ketat atau warna gelap terutama ketika cuaca panas. Warna gelap lebih mudah menyerap haba.
  • Pakai topi bagi melindungi kepala daripada cuaca panas atau pakai payung
  • Elakan dari minum minuman keras
  • kurangkan aktiviti di luar rumah
  • Sekiranya memandu, jangan terus masuk ke dalam kereta jika kereta terjemur lama di bawah cahaya matahari.
  • Elakan makanan yang pedas dalam kuantiti yang banyak ini kerana akan menyebabkan suhu badan naik, berpeluh dan kehilangan cecair badan
 Sekiranya ada di antara kita yang di serang strok haba kita boleh memberi rawatan segera sebelum membawa mangsa ke hospital untuk rawatan selanjutnya

  • Membawa individu terbabit ke tempat teduh atau bilik yang sejuk
  • Letakan pesakit dalam keadaan berbaring 
  • Longgarkan pakaian sekiranya pakaian yang di pakai agak ketat supaya ada pengaliran udara
  • Lapkan tubuh dan kepala individu tersebut dengan air sejuk
  • Berikan individu air garam galian, jika individu tersebut tidak boleh minum, air garam tersebut perlu di masukan melalui intrevena.
 Walaubagaimanapun sekiranya keadaan individu itu pada tahap yang membimbangkan lebih baik terus hantar ke hospital atau menghubungi ambulan. Semoga kita lebih berhati-hati saling ingat mengingati sesama kita....

Simptom stroke haba

 
Seperti yang kita tahu penyakt yang berkaitan dengan kepanasan melampau ialah stroke haba. Kadang-kadang kita tidak perasan atau tidak tahu bahawa seseorang itu mengalami simptom-simptom atau gejala stroke haba sehinggalah ada yang menbawa maut. Masa ni menyesal pun dah tiada guna.

Simptom atau Gejala stroke haba

Berikut adalah kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda dan gejala masalah adalah pelbagai bergantung kepada situasi, keterangan atau keadaan sesuatau masalah itu.Gejala yang selalu dihadapi termasuklah :-
  • Keletihan dan kemalasan
  • Denyutan nadi pantas
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Pening dan sakit kepala berdenyut
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas-disebabkan kurang nya air dalam badan
Gejala-gejala lain seperti :-
  • Rasa Dahaga
  • Rasa ingim muntah, loya
  •  Mengalami kekejangan otot
  • Kekeliruan
  • Pitam Sawan
  • Lemah tumpuan
  • Sering tidur dan Sesetengahnya koma.

Kompilasi

Biasanya proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu ekstrem yang melebihi 32.2°C, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan, penyejatan peluh. Begitu uga, jika kelembapan mencapai 100%. Penyejatan peluh tidak lagi mungkin dan badan kehilangan keupayaan untuk mengurangkan haba.

Kompilasi atau keadaan teruk yang paing rumit boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas adalah :
  • Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan)
  • Kekeliruan dan koma
  • bengkak tisu otak
  • kerosakan organ badan seperti ginjal, jantung dan hati
  • stroke panas terlampau boleh menyebabkan maut
Kumpulan Berisiko

Semua orang beisiko menghadap masalah berkaitan panas. Walaubagaimanapun kumpulan tertentu adalah berisiko untuk mengalami kesan kesihatan. Kumpulan tersebut termasuklah
  •  Kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah
  • Mereka yang menghadapi masalah penafasan dan jantung
  • mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis, dan penyakit kelenjar tiroid
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain
  • Orang dewasa yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang muda
  • Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan.
Jika terdapat diantara kita simptom-simptom atau mana-mana gejala yang disebut diatas perlu lah di beri rawatan secepat mungkin bagi mengelakan keadaan bertambah teruk...

Dehidrasi & Stroke Haba

Jika sebelum ini saya ada cerita sedikit tentang pentingnya minum air yang cukup, kali ini nak bagi tau pula apa akan jadi kalau kita kurang minum air. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan beberapa penyakit seperti dehidrasi. Apa iti Dehidrasi??

Dehidrasi


Dehidrasi ialah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi kerana pengeluaran air lebih banyak daripada yang masuk (minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh. Dehidrasi juga boleh terjadi apabila tubuh kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya dari tubuh.

Punca Dehidrasi

Dehidrasi berpunca dari :
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Demam
  • Diabetes
  • Ubat-ubat diuvetik
  • kencing tawar
  • kepanasan yang keterlaluan
Kepanasan yang keterlaluan merupakan satu keadaan dimana suhu tubuh meningkat hingga ke paras yang terlalu tinggi akibat cuaca panas dan badan tidak berupaya untuk menyejukan semula. Seseorang yang mengalami masalah kepanasan yang keterlaluan ini boleh di kenal pasti melalui gejala-gejala seperti :-
  • Tubuh terlalu lemah
  • Pening kepala
  • Rasa hendak muntah
  • Pucat
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk
Jenis-jenis dehidrasi

Dehidrasi boleh dibahagikan
Dehidrasi Sedikit - individu yang mengalami dehidrasi sedikit akan mengalami haus, bibir dan mulut kering serta boleh mendapat ulser 
Dehidrasi Sederhana - Mulut dan membran bahagian dalamnya menjadi terlalu kering, kulit menjadi kurang elastik apabila dicubit. Sesetengah kanak-kanak yang mengalami dehidrasi mengalami jangkitan, muntah-muntah, mata cengkung atau terbenam dan bahagian atas kepala (umbun-umbun) tenggelam.
Dehidrasi Serius - Gejalanya tidak banyak beza dengan dehidrasi pada tahap sederhana, bagaimanapun gejala-gejala yang dilalui memerlukan rawatan segera seperti denyutan nadi menjadi lemah, mengalami renjatan, penafasan menjadi laju, keletihan yang amat sangat dan kekeliruan.
Dalam keadaan ini , individu terutama kanak-kanak memerlukan rawatan kecemasan dan perlu di bawa ke hospital segera. Warga tua merupakan golongan yang paling kerap mengalami dehidrasi peringkat sederhana dan serius.

Jenis-jenis Kepanasan Haba
  1. Kekejangan Haba
  2. Kelesuan Haba
  3. Suhu tubuh meningkat tinggi
  4. Stroke Haba - Memerlukan rawatan kecemasan segera dan tidak seharusnya dipandang ringan.
Apa itu Stroke Haba


Stroke Haba atau Heat Stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori paling serius. Penakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan mekanisma peraturan suhu badan (thermoregulation)

Ciri utama strok haba ialah pendedahan terhadap cuaca panas keterlaluan boleh menyebabkan seseorang mengalami hipertemia. Hipertemia ialah satu keadaan dimana seseorang mengalami pelbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Hipertemia terbahagi kepada dua iaitu kelesuan haba dan stroke haba.

Bahaya stroke Haba

Kesan stroke haba boleh mengundang kompilasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. Oleh itu, kita harus lebih berwaspada dan lebih bersedia dalam menghadapi keadaan cuaca panas ini agar dapat mengelakan kejadian yang tidak di ingini.....

To the next entry.....

Jan 20, 2016

Tips Minum Air


Peranan air di dalam badan kita 

Air membantu hampir kebanyakan anggota badan manusia untuk berfungsi secara berkesan. Kita perlu memahami peranannya di dalam badan.
  • Otak kita adalah 75% air manakala darah, tulang otot-otot masing-masing mewakili sebanyak 92,22 dan 75 peratus air
  • Air penting untuk penafasan dan mengawal atur suhu badan
  • Air juga penting bagi melindungi dan melapik organ-organ utama termasuklah sendi tulang
  • Air membawa nutrien (zat makanan) dan oksigen ke semua sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrien   
  • Air menukar makanan kepada tenaga dan menyingkuirkan bahan-bahan sisa yang tidak dikehendaki. 

Tahukah anda bahawa pengambilan air yang cukup amat penting dalam kehidupan kita setiap hari untuk elakan dari terdehidrasi. Air merupakan sumber mineral yang diperlukan tubuh kita. Biasanya manusia memerlukan 6-8 gelas / 2 liter air sehari untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang. Jika kurang dari 6-8 gelas, mungkin kita akan mengalami dehidrasi. Di tambah musim panas ni lagi lah kene minum air banyak. Tapi tak ramai yang mampu untuk minum air yang mencukupi.

Minum air ni bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian kita, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang betul-betul di perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang kita hilang setiap hari dalam bentuk urine, peluh, penafasan dan proses tubuh yang lain. Kalau yang ambil suplement pula memang perlu minum air lebih 6-8 gelas sehari .

Tidak kira bagaimana diet harian kita, jika kita berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca panas,  perlulah minum air secukupnya untuk badan kita atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas kita minum 6-8 gelas atau 2 liter  air sehari dan masih dahaga, perlulah minum lebih banyak air.

Disini saya nak kongsikan beberapa tips bagaimana untuk melatih diri minum air mengikut keperluan tubuh. Macam mana nak tentukan jumlah pengambilan air yang cukup. Sedikit tips, setiap 25kg berat badan kita, kita perlukan sebanyak 1 liter air, jadi berapa berat badan anda bahagi la ngan 25kg tu nanti dapat la jawapan dan itu lah jumlah air yang kita perlukan. So dalam kes saya ni,saya memerlukan 2 liter air sehari. Banyak nye 2 liter, dah minum x sedar pun dah habis 2 liter tu.

 Kalau dulu boleh dikira berapa kali saya minum air satu hari dan minum pun x sampai 1 liter air. Bibir selalu kering pecah-pecah, jari-jari pun kering memang nampak sangat la kurang air dalam badan tu. Disebabkan bibir kering dan pecah-pecah selalu luka nak senyum pun x boleh dan dalam masa yang sama nak makan supplemen so cuba lah belajar minum air seperti yang di sarankan. Memula tu memang la payah sikit, bawa air 1 liter pun x abis minum, tapi lama kelamaan dah jadi rutin harian dan memang mudah bila kita dah biasa.  

Memula nak start minum air kosong ni saya beli air mineral yang 500 ml tu, satu hari abis la satu botol setengah, lepas tu saya tukar cara dengan membeli botol air yang saya minat sangat, botol air tupperware yang 1 liter tu macam-macam kale saya beli, pastu perasan rasa bergaya je bawa botol air tu hahaha... start dari sini lah saya bawa air sendiri dari rumah. Memula tu abis waktu kerja mesti ada baki air dalam botol tu tapi sekarang alhamdulillah abis keje bawa botol air kosong je balik rumah.

Tupperware
 Ada juga yang membuat sukatan pada botol air, senang nak monitor bape banyak dah minum. Tapi yang ni saya x buat pun sbb saya x nak conteng-conteng botol air saya yg cun tu. So agak-agak sendiri je la bape banyak dah minum. Tapi ada je di jual botol air yang dah siap dengan sukatan lagi mudah.

Variasikan air kosong. Yang ni saya x buat pon sebab saya lebih suka air tu kosong je. tapi kalau korang semua nak buat x de masalah, lagi pun selera kita lain-lain. Sesetangah orang x suka air yang plain je mesti nak ada perasa sikit kan, boleh je letak perahan lemon, yang ni ramai akak-akak opis ni buat membantu untuk detox katanya.

Bawa lah air bersama ke mana sahaja. Saya memang akan sediakan air dalam botol air di pejabat dan dalam kereta. Dalam kereta ni penting sebab dengan cuaca panas terik sekarang ni cepat je rasa haus, balik keje lepas ambil anak-anak kene harung jammed ngan trafic light lagi tetiba tekak kering, ha masa ni la gunanya air dalam kereta tu. anak-anak pun tumpang sekaki.

Selain dari tips diatas ada juga yang minum mengikut jadual, contohnya 1 gelas setiap waktu solat (5 gelas), 1 gelas selepas bangun tidur, 1 gelas selepas mandi, 1 gelas sebelum tidur, kat sini je dah 8 gelas belum kira air yang kita minum selepas makan atau sebelum makan. Yang ni nampak mudah la kalau nak ikut.

Tidak kira la bagaimana cara kita ambil untuk minum air yang cukup. Semuanya bergantung pada diri kita dan disiplin kita sendiri. Minum air yang cukup ni boleh mengelakkan penyakit, melawaskan buang air besar dsb. Akan tetapi kene ingat, kalau minum air lebih dari yang badan kita perlukan ia akan membuatkan buah pinggang kita akan cepat rosak akibat bekerja lebih dari biasa. Jadi minum la ikut keperluan.

Bagaimana pula kalau kurang minum air?? haaa yang ni saya beritahu dalam entry berikutnya ya.....

Bersambung......