Search This Blog

Jan 18, 2016

Suppliment atau Ubat

Assalamualaikum...

Pagi-pagi subuh ni saya nak cerita satu cerita yang boleh dikategorikan menarik juga. Kisahnya bermula apabila saya mula ambil vitamin shaklee. Dulu ada la ambil set untuk tambah berat badan tu, tp sebab x konsisten berhenti di tengah jalan hehehe. Lepas tu sibuk nak kempiskan perut pulak, ambil la set kempis perut (Omega + Herb-Lax). Disebabkan nak konsisten makan saya pun bawa la kat tempat kerja, ha masa ni la semua orang dok kata saya ambil ubat-ubatan, haaa tang mana ubatnya x de pegi klinik minta ubat pun. Orang selalu keliru atau dah set di minda mereka asal jenis pil atau tablet mesti di kata ubat, sampaikan kalau sakit dah makan suppliment x perlu ubat dah. Salah tu ye...... ni screenshot dari salah satu friend list saya kat fb dan beliau adalah seorang doktor yg menerangkan pengambilan suplemen n ubat..

Ok lah, kita tengok la definisi antara ubat dengan suppliment.

Ubat


Ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk menurangkan simtom atau mengubat sakit. Ubat boleh dibahagi kepada dua kumpulan iaitu ubat tanpa preskripsi (ubat yang dibeli di farmasi dan pasaraya tanpa sebarang halangan) dan ubat dengan preskripsi (ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor). Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan.Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal.

Apakah Suppliment / Vitamin



Satu tambahan diet bertujuan untuk membekalkan nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi. Makanan tambahan seperti yang umumnya difahami termasuk vitamin, mineral, serat, asid lemak atau asid amino. ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan. sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya tubuh kita tidak dapat menghasilakan banyak mikronutrien. Oleh itu, kita perlu mendapatkanya, sama ada daripada makanan atau vitamin yang lain.

Perbezaan antara Ubat dan Suppliment / Vitamin

Ubat
Vitamin (Food supplement)

Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.


Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ

Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim


Bahan berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita

Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya


Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos

Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos


Ia bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian. Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik

Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.

Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan


Berkemungkinan mengakibatkan maut jika diguna secara berlebihan


Selamat diambil, tiada risiko maut

Menghasilkan kesan kepada setiap orang

Tidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.


Bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam


Bertindak secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh

Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannya


Merawat terhadap punca penyakit

Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan `overdose’

Tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi


Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda


Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah

Ubat boleh menyebabkan penyakit

Vitamin mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan


Haa... nampak tak perbezaan ubat ngan supplemen / vitamin ni. so senang boleh dirumuskan bila sakit jumpa doktor - amik ubat - makan ubat - sakit pun baik dengan izin Allah. Dan suplemen / vitamin nak amik bila ada keperrluan atau bila-bila masa sahaja dan tidak membahayakan. lagi pun suplement ni biasa nya di buat dari bahan-bahan semulajadi.
Pilihan sentiasa ada so kene bijak lah membuat pilihan.....

Bersambung lagi.......

No comments:

Post a Comment