Search This Blog

Jan 20, 2016

Tips Minum Air


Peranan air di dalam badan kita 

Air membantu hampir kebanyakan anggota badan manusia untuk berfungsi secara berkesan. Kita perlu memahami peranannya di dalam badan.
  • Otak kita adalah 75% air manakala darah, tulang otot-otot masing-masing mewakili sebanyak 92,22 dan 75 peratus air
  • Air penting untuk penafasan dan mengawal atur suhu badan
  • Air juga penting bagi melindungi dan melapik organ-organ utama termasuklah sendi tulang
  • Air membawa nutrien (zat makanan) dan oksigen ke semua sel dalam badan serta membantu tubuh menyerap nutrien   
  • Air menukar makanan kepada tenaga dan menyingkuirkan bahan-bahan sisa yang tidak dikehendaki. 

Tahukah anda bahawa pengambilan air yang cukup amat penting dalam kehidupan kita setiap hari untuk elakan dari terdehidrasi. Air merupakan sumber mineral yang diperlukan tubuh kita. Biasanya manusia memerlukan 6-8 gelas / 2 liter air sehari untuk menggantikan cairan tubuh yang hilang. Jika kurang dari 6-8 gelas, mungkin kita akan mengalami dehidrasi. Di tambah musim panas ni lagi lah kene minum air banyak. Tapi tak ramai yang mampu untuk minum air yang mencukupi.

Minum air ni bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian kita, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang betul-betul di perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang kita hilang setiap hari dalam bentuk urine, peluh, penafasan dan proses tubuh yang lain. Kalau yang ambil suplement pula memang perlu minum air lebih 6-8 gelas sehari .

Tidak kira bagaimana diet harian kita, jika kita berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca panas,  perlulah minum air secukupnya untuk badan kita atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas kita minum 6-8 gelas atau 2 liter  air sehari dan masih dahaga, perlulah minum lebih banyak air.

Disini saya nak kongsikan beberapa tips bagaimana untuk melatih diri minum air mengikut keperluan tubuh. Macam mana nak tentukan jumlah pengambilan air yang cukup. Sedikit tips, setiap 25kg berat badan kita, kita perlukan sebanyak 1 liter air, jadi berapa berat badan anda bahagi la ngan 25kg tu nanti dapat la jawapan dan itu lah jumlah air yang kita perlukan. So dalam kes saya ni,saya memerlukan 2 liter air sehari. Banyak nye 2 liter, dah minum x sedar pun dah habis 2 liter tu.

 Kalau dulu boleh dikira berapa kali saya minum air satu hari dan minum pun x sampai 1 liter air. Bibir selalu kering pecah-pecah, jari-jari pun kering memang nampak sangat la kurang air dalam badan tu. Disebabkan bibir kering dan pecah-pecah selalu luka nak senyum pun x boleh dan dalam masa yang sama nak makan supplemen so cuba lah belajar minum air seperti yang di sarankan. Memula tu memang la payah sikit, bawa air 1 liter pun x abis minum, tapi lama kelamaan dah jadi rutin harian dan memang mudah bila kita dah biasa.  

Memula nak start minum air kosong ni saya beli air mineral yang 500 ml tu, satu hari abis la satu botol setengah, lepas tu saya tukar cara dengan membeli botol air yang saya minat sangat, botol air tupperware yang 1 liter tu macam-macam kale saya beli, pastu perasan rasa bergaya je bawa botol air tu hahaha... start dari sini lah saya bawa air sendiri dari rumah. Memula tu abis waktu kerja mesti ada baki air dalam botol tu tapi sekarang alhamdulillah abis keje bawa botol air kosong je balik rumah.

Tupperware
 Ada juga yang membuat sukatan pada botol air, senang nak monitor bape banyak dah minum. Tapi yang ni saya x buat pun sbb saya x nak conteng-conteng botol air saya yg cun tu. So agak-agak sendiri je la bape banyak dah minum. Tapi ada je di jual botol air yang dah siap dengan sukatan lagi mudah.

Variasikan air kosong. Yang ni saya x buat pon sebab saya lebih suka air tu kosong je. tapi kalau korang semua nak buat x de masalah, lagi pun selera kita lain-lain. Sesetangah orang x suka air yang plain je mesti nak ada perasa sikit kan, boleh je letak perahan lemon, yang ni ramai akak-akak opis ni buat membantu untuk detox katanya.

Bawa lah air bersama ke mana sahaja. Saya memang akan sediakan air dalam botol air di pejabat dan dalam kereta. Dalam kereta ni penting sebab dengan cuaca panas terik sekarang ni cepat je rasa haus, balik keje lepas ambil anak-anak kene harung jammed ngan trafic light lagi tetiba tekak kering, ha masa ni la gunanya air dalam kereta tu. anak-anak pun tumpang sekaki.

Selain dari tips diatas ada juga yang minum mengikut jadual, contohnya 1 gelas setiap waktu solat (5 gelas), 1 gelas selepas bangun tidur, 1 gelas selepas mandi, 1 gelas sebelum tidur, kat sini je dah 8 gelas belum kira air yang kita minum selepas makan atau sebelum makan. Yang ni nampak mudah la kalau nak ikut.

Tidak kira la bagaimana cara kita ambil untuk minum air yang cukup. Semuanya bergantung pada diri kita dan disiplin kita sendiri. Minum air yang cukup ni boleh mengelakkan penyakit, melawaskan buang air besar dsb. Akan tetapi kene ingat, kalau minum air lebih dari yang badan kita perlukan ia akan membuatkan buah pinggang kita akan cepat rosak akibat bekerja lebih dari biasa. Jadi minum la ikut keperluan.

Bagaimana pula kalau kurang minum air?? haaa yang ni saya beritahu dalam entry berikutnya ya.....

Bersambung...... 

No comments:

Post a Comment