Search This Blog

Jan 24, 2016

Dehidrasi & Stroke Haba

Jika sebelum ini saya ada cerita sedikit tentang pentingnya minum air yang cukup, kali ini nak bagi tau pula apa akan jadi kalau kita kurang minum air. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan beberapa penyakit seperti dehidrasi. Apa iti Dehidrasi??

Dehidrasi


Dehidrasi ialah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi kerana pengeluaran air lebih banyak daripada yang masuk (minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh. Dehidrasi juga boleh terjadi apabila tubuh kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya dari tubuh.

Punca Dehidrasi

Dehidrasi berpunca dari :
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Demam
  • Diabetes
  • Ubat-ubat diuvetik
  • kencing tawar
  • kepanasan yang keterlaluan
Kepanasan yang keterlaluan merupakan satu keadaan dimana suhu tubuh meningkat hingga ke paras yang terlalu tinggi akibat cuaca panas dan badan tidak berupaya untuk menyejukan semula. Seseorang yang mengalami masalah kepanasan yang keterlaluan ini boleh di kenal pasti melalui gejala-gejala seperti :-
  • Tubuh terlalu lemah
  • Pening kepala
  • Rasa hendak muntah
  • Pucat
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk
Jenis-jenis dehidrasi

Dehidrasi boleh dibahagikan
Dehidrasi Sedikit - individu yang mengalami dehidrasi sedikit akan mengalami haus, bibir dan mulut kering serta boleh mendapat ulser 
Dehidrasi Sederhana - Mulut dan membran bahagian dalamnya menjadi terlalu kering, kulit menjadi kurang elastik apabila dicubit. Sesetengah kanak-kanak yang mengalami dehidrasi mengalami jangkitan, muntah-muntah, mata cengkung atau terbenam dan bahagian atas kepala (umbun-umbun) tenggelam.
Dehidrasi Serius - Gejalanya tidak banyak beza dengan dehidrasi pada tahap sederhana, bagaimanapun gejala-gejala yang dilalui memerlukan rawatan segera seperti denyutan nadi menjadi lemah, mengalami renjatan, penafasan menjadi laju, keletihan yang amat sangat dan kekeliruan.
Dalam keadaan ini , individu terutama kanak-kanak memerlukan rawatan kecemasan dan perlu di bawa ke hospital segera. Warga tua merupakan golongan yang paling kerap mengalami dehidrasi peringkat sederhana dan serius.

Jenis-jenis Kepanasan Haba
  1. Kekejangan Haba
  2. Kelesuan Haba
  3. Suhu tubuh meningkat tinggi
  4. Stroke Haba - Memerlukan rawatan kecemasan segera dan tidak seharusnya dipandang ringan.
Apa itu Stroke Haba


Stroke Haba atau Heat Stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori paling serius. Penakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan mekanisma peraturan suhu badan (thermoregulation)

Ciri utama strok haba ialah pendedahan terhadap cuaca panas keterlaluan boleh menyebabkan seseorang mengalami hipertemia. Hipertemia ialah satu keadaan dimana seseorang mengalami pelbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Hipertemia terbahagi kepada dua iaitu kelesuan haba dan stroke haba.

Bahaya stroke Haba

Kesan stroke haba boleh mengundang kompilasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. Oleh itu, kita harus lebih berwaspada dan lebih bersedia dalam menghadapi keadaan cuaca panas ini agar dapat mengelakan kejadian yang tidak di ingini.....

To the next entry.....

No comments:

Post a Comment