Search This Blog

Sep 23, 2016

Ulat Resdung fakta atau mitos, adakah ia punca sebenar resdung.

Ada tak dikalangan anda yang mengalami resdung. Sebelum ini saya ada menerangkan berkaitan resdung atau sinusitis dan untuk  penerangan yang jelas mengenai resdung boleh baca DISINI, Ketahui Apa itu penyakit resdung.

Sekarang ini pula kita ketahui pula akan punca-punca utama terjadinya penyakit resdung ini. Mungkin ianya dapat dijadikan panduan mahupun rujukan agar dapat menghindari atau mengurangkan gejala penyakit resdung anda. 

Punca sebenar yang menyebabkan RESDUNG




Segelintir daripada kita ni mungkin percaya kewujudan ulat resdung yang dikatakan menjadi punca penyakit resdung. Kepercayaan bahawa ulat resdung itu bukan mitos dan ulat resdung itu adalah sejenis parasit yang tinggal dalam rongga hidung seseorang. Sekaligus dikatakan menjadi punca seseorang itu berasa gatal-gatal, tidak selesa dan hidung selalu tersumbat dan dipenuhi hingus. 

Sebenarnya ulat resdung ini memang tidak wujud dan daripada mana datangnya ketika rawatan itu juga tidak di ketahui. Jika kita memahami dengan betul bagaimanakah punca penyakit resdung ini terjadi maka kita akan faham mengapa ulat resdung itu adalah mitos semata mata kerana daripada kajian kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan, ulat resdung ini tidak pernah wujud.

Tetapi, Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan dalam bidang perubatan moden 'ulat resdung' tidak pernah dibuktikan kewujudannya. Ini kerana resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa

Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Tambahan pula, resdung juga berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Boleh bayangkan tak jika benar ulat resdung tu wujud dan ada ulat di bawah kulit muka kita. Tapi ada juga yang menyatakan penyakit resdung berpunca dari parasit yang dipanggil demodex, mungkin parasit ini lah yang orang perkatakan sebagai ulat resdung. Dan mungkin demodex ini lah yang keluar semasa rawatan resdung di lakukan.

Demodex

Ada juga faktor-faktor lain yang menjadi penyumbang kepada risiko penyakit resdung seperti :-

  • Virus - yang mengakibatkan selsema
  • Alahan - Terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. 
  • Bakteria
  • Udara Tercemar dan Bahan Kimia
  • Jangkitan kulat (Fungi)
  • Merokok
  • Kekurangan air atau udara yang kering
  • Struktur hidung yang berbeza - kes yang ini jarang berlaku tapi risiko untuk mendapat jangkitan sinus adalah tinggi apabila individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan sinus yang berbeza dari normal atau dengan polip. Saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan rongga sinus lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada sinus.Dalam kes sebegini biasanya pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.
Cuba kita lihat kemungkinan penyakit resdung yang kita hidapi berpunca dari keadaan sekeliling kita, jika boleh di elakkan lebih baik hindari agar penyakit resdung ini tidak melarat dan jadi lebih teruk. 

No comments:

Post a Comment