Search This Blog

Sep 13, 2016

Pap Smear

Assalamualaikum...

Agak-agak kan berapa ramai antara kita yang tau apa itu pap smear dan berapa ramai yang telah mengambil ujian pap smear. Sejauh mana korang faham kepentingan membuat ujian pap smear ni. Sebab rasanya ramai lagi yang tidak ambil peduli mengenai pap smear ni.

Apa itu Pap Smear?

Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks (peringkat awal) yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tidak dirawat. Ujian Pap Smear dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang tidak normal di bahagian  pangkal rahim. Ujian ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali pada masa haid dan nifas. Sehari sebelum menjalankan ujian pap smear, elakkan hubungan seks dan penggunaan ubat dalam faraj. 

Peralatan Ujian Pap Smear
Siapa yang perlu menjalani ujian pap smear

Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 hingga 64 tahun

Mengapa Pap Smear penting?

Ujian pap smear penting kerana pap smear dapat mengesan peringkat awal sebelum terjadinya kanser serviks. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. 

Bagaimana Ujian Pap Smear Dilakukan? 

Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum atau berus serviks yang dimasukan kedalam faraj. Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa. Ujian ini tidak mengambil masa yang lama hanya beberapa minit sahaja. 


Pengambilan sampel sel

Kekerapan Ujian Pap Smear 

Pap Smear dilakukan setiap 3 tahun sekali. Bagi wanita yang didapati keputusan pap smear tidak normal, ujian pap smear akan dilakukan dengan lebih kerap lagi. Bagi kebanyakan wanita, keputusan ujian pap smear adalah normal. Ini menunjukan sel-sel di pangkal rahim normal atau sihat sepenuhnya. Bagi sesetengah wanita pula, sel-sel pangkal rahim ini mungkin kelihatan tidak normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah. Apabila ini terjadi, ujian pap smear akan di lakukan sekali lagi dan jika perlu pemeriksaan selanjutnya akan dilakukan.

Ok, rasanya dah faham kan apa itu pap smear, kenapa kena buat ujian pap smear ni. Prosedurnya pun tak ada lah susah sangat, boleh pergi ke klinik kerajaan atau klinik swasta, ikutlah keselesaan korang. 

Saya sudah menjalani ujian pap smear ni, itu pun sebab di tempat saya bekerja ada pihak klinik kesihatan datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Peluang depan mata tak perlu susah-susah nak pergi dan menunggu di klinik. Tak perlu takut pun sebenarnya, kalau difikirkan kenapa nak takut, kalau pun keputusan nya tidak normal sekalipun sekurang-kurangnya penyakit tu dapat di kesan awal dan dapat dirawat di peringkat awal kan.

Saya sudah anda bagaimana......

7 comments:

  1. result tu bila kita boleh tau kalau klinik/hospital kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya pihak klinik akan hubungi kita bila ada masalah atau keputusan tidak normal, tapi jika tidak dihubungi biasanya keputusan adalah normal. walau bagaimana pun boleh hubungi pihak klinik untuk kepastian..

      Delete
  2. kena salin pakaian tak masa buat pap smear?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu tukar keseluruhan pakaian hanya tukar kain sahaja.

      Delete
    2. malu kena buka bra dan tanggalkan panties depan nurse sebelum buat pap smear

      Delete
  3. Kita tak buat semua tu depan nurse, lagi pun yang kendalikan adalah nurse perempuan. Tahan sahaja la malu tu daripada menanggung sakit yang menjejaskan kesihatan kita.

    ReplyDelete
  4. Salam. Puan-puan boleh beli dan pakai seluar bersalin mamapride untuk lindungi bahagian betis, lutut dan peha semasa melakukan ujian pap smear ini. Ada penutup perineum di bahagian alat sulit, boleh dibuka semasa diperlukan sahaja.
    Boleh contact Raihana 017-4745369 untuk tempahan.

    ReplyDelete