Search This Blog

Sep 23, 2016

Gejala atau Simptom penyakit Resdung, Siapa yang menghidapinya...

Assalamualaikum.

Hari ini nak selongkar lagi berkaitan penyakit RESDUNG. Kadang-kadang gejala atau simptom resdung tu memang dah ada dan mungkin kita tidak perasan dan mungkin sengaja kita tidak endahkan. Ambil perhatian penyakit ini boleh membahayakan nyawa kita semua.


Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang melampau, batuk, gatal-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalha kompilasi pada otak.

Simptom atau gejala jika anda seorang penghidap resdung :-


  • Hidung tersumbat dan berbau busuk
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
  • Kerap bersin terutama di waktu pagi
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak secara berpanjangan serta berulang
  • Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Kerap sakit kepala
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
Tanda-tanda tersebut muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung adalah tinggi dan jika dibiarkan masalah resdung ini boleh menyebabkan kecacatan, dan memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.

Mungkin ada diantara kita tidak sedar mengenai PUNCA RESDUNG sehingga muncul gejala atau simptom resdung ni. Biasanya, bila dah ada simptom baru kita nak cari puncanya. Ambil peduli sekarang untuk kesejahteraan akan datang...

No comments:

Post a Comment