Search This Blog

Sep 25, 2016

KAEDAH RAWATAN RESDUNG, BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca..


Resdung boleh mengganggu kualiti hidup seseorang sehingga menyebabkan mereka bersifag emosi dan kerap tidak hadir ke sekolah atau tempat kerja. Golongan ini juga mudah mengalami imsomnia, kemurungan, keletihan dan masalah pendengaran. 

Sebelum  ini ada saya  terangkan APA ITU RESDUNG (SINUSITIS), PUNCA yang menyebabkan resdung serta SIMPTOM jika seseorang itu menghidapi resdung. Bagaimana pula dengan rawatan kepada penyakit resdung ini.

Di Malaysia, biasanya resdung ini dirawat secara tradisional dan moden. Di dalam kaedah rawatan moden biasanya mereka akan berjumpa doktor. Mereka mungkin akan di diagnosis, skop hidung untuk melihat punca resdung dan scan CT hidung dan sinus untyk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah.

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan seperti antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut), ubat selsema, Dekongestan (ubat tiris atau semburan hidung). Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.


Tidak ketinggalan, ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang berubat secara tradisional. Walaupun kemujarabannya berbeza-beza antara individu, namun kaedah ini telah banyak mendapat kepercayaan daripada lara pesakit resdung. Antara kaedah yang popular ialah rawatan wap dengan menggunakan campuran herba seperti bawang, daun sirih, biji sawi dan jintan manis, kaedah rokok resdung dan kaedah lipas resdung.

Ada juga yang menggunakan kaedah semulajadi dan sangat berkesan untuk jangka masa panjang dalam mengurangkan dan menghindari penyakit ini daripada melarat. Kaedah semulajadi dan selamat ini ialah memperkuatkan sistem imunisasi badan dengan vitamin-vitamin yang sesuai.

Walau apa pun kaedah rawatan yang anda pilih, pastikan ianya selamat dan tidak memudaratkan diri anda.

No comments:

Post a Comment