Search This Blog

Sep 22, 2016

Ketahui apa itu penyakit resdung, adakah kita mangsanya....

Assalamualaikum, 


Selalunya bila anda bangun pagi ada tak sentiasa bersin sampai kesudah, kadang-kadang selsema berpanjangan, hidung tetiba tersumbat. Ini semua ada kaitannya dengan resdung. Resdung, mesti dah selalu dengar kan tapi sejauh mana kita faham tentang resdung ni. Dari mana dia datang, bahayakah resdung ini. Ada ke cara nak mengubatinya. Ikuti kupasannya....

Resdung dalam istilah perubatan tradisional atau yang sering kita panggil tu merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Dalam istilah saintifik pula merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Ramai yang tidak memandang serius terhadap penyakit ini tapi sebenarnya ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata, akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Resdung (sinusitis)

Merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikian ia akan dipenuhi dengan rembesan. Biasanya silia (rerambut halus) akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila rerambut halus silia dalam sinus gagal untuk menyempurnakan fungsinya, ini akan mengakibatkan bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat SINUSITIS.

Silia

Jenis Resdung (Sinusitis)

Resdung jenis akut. Sinusitis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan tersumbatnya hidung. 

Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Antara ciri-ciri sinusitis jenis akut, hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut dimuka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi. Srangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang. Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

Satu lagi Sinusitis adalah jenis kronik (kadangkala disebut sebagai sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku berterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang-kadang bertahun-tahun.Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinusitis Akut tetapi sinusitis kronik boleh mencetuskan kompilasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.

Perbezaan antara sinus (rongga) yang normal dan tidak


Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir yang dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai yang beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu-pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Pintu-pintunperhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya bakteria akan membiak didalam rongga sinus. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan di dalam lapisan hidung.

Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus. Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia. Walaubagaimanapun, cecair ini tidak statik dan sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung. Dari hidung ia akan mengalir masuk kebelakang hidung terus masuk kedalam tekak. kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
  • Sinus maxilla
  • Sinus erhmoid
  • Sinus frontal
  • Sinus sphneoid
Diharap dengan penerangan ringkas mengenai resdung menambah lagi pefahaman kita mengenai penyakit resdung yang mana mungkin akan membahayakan nyawa kita sendiri. Cegah dari awal mampu menyelamatkan nyawa kita...

Noi 0177274034

No comments:

Post a Comment