Search This Blog

Sep 26, 2016

5 TIPS MENANGANI RESDUNG DAN PANTANG LARANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Umum yang kita ketahui pesakit yang menghidap RESDUNG ni dia mempunyai alahan. Alahan ni ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah kepada agen persekitaran seperti debu, habuk atau biji-biji debunga, tumbuh-tumbuhan, bijirin, bulu binatang, bahan pelarut kimia, asap rokok dan habuk kapur tulis.



Kita juga sering mendengar terdapat orang yang alah kepada beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan. Ada pula individu yang menjadi alah kepada suhu yang terlalu sejuk. Andai mereka terdedah kepada keadaan yang sedemikian, gejala-gejala alahan akan timbul.

Alahan ini juga menjadi salah satu PUNCA seseorang individu menghidapi penyakit resdung. Apa yang perlu anda lakukan untuk menangani penyakit ini atau mengendalikan pesakit yang sudah mempunyai SIMPTOM resdung.

Pantang larang bagi orang yang menghidap penyakit resdung.
  • Elakan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yan diperbuat daripada bulu binatang.
  • Elakan daripada menggunakan perkakasan atau peralatan rumah yang boleh boleh memerangkap habuk seperti karpet atau permaidani.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan makanan terutama makanan laut yang mengakibatkan alahan.
  • Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak didalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan lagi gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
Tips menangani penyakit resdung
  • Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air.
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda. 
  • Lap muka dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan penafasan wap.
  • Gunakan penyedut hampagas atau vacuum cleaner untuk membersihkan habuk di dalam rumah.
  • Gunakan penutup hidung  ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.


Bagi pesakit resdung sendiri ada banyak KAEDAH RAWATAN yang boleh anda ambil untuk merawat penyakit resdung anda. Sama ada berjumpa doktor, menggunakan vitamin atau suplemen atau kaedah yang lain yang difikirkan sesuai dan tidak memudaratkan pesakit.

No comments:

Post a Comment