Search This Blog

Dec 26, 2017

Tanda dan gejala anda ada batu hempedu dan kaedah rawatan yang perlu diambil

Apakah anda salah seorang yang berisiko untuk mendapat batu hempedu?. Apakah tanda atau gejala yang menunjukkan kehadiran batu hempedu dalam tubuh . Setelah yakin wujudnya batu hempedu tu apa pula kaedah rawatan yang boleh diambil oleh pesakit batu hempedu.

Tanda dan gejala yang menunjukkan batu hempedu dalam badan kita

Batu dalam Hempedu

Biasanya penyakit batu hempedu tidak menunjukkan tanda atau gejala yang khusus tetapi ianya boleh dikesan semasa pemeriksaan rutin harian di klinik atau hospital. Ada juga sebahagian kecil pesakit akan mengalami rasa sakit berpanjangan dibahagian atas kanan abdomen. Rasa sakit ini dipanggil Gallstone colic. Gejala ini disertai dengan rasa loya dan muntah.

Demam juga boleh dikaitkan dengan tanda batu hempedu telah pun wujud dalam badan kita. Ini disebabkan oleh keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil Cholecystitis akut.

Batu Hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan cecair hempedu yang berlebihan. Cecair hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistematik lalu menyebabkan jaundis (mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan).

Rawatan terhadap pesakit batu hempedu

Rawatan yang akan dilakukan terhadap pesakit batu hempedu adalah dengan membuat ujian darah untuk melihat kehadiran jangkitan kuman di pundi hempedu, kehadiran penyakit kuning untuk batu yang terhimpit dan saringan kolesteroluntuk mengetahui jenis batu. Ultrasound akan menjelaskan kehadiran batu di pundi hempedu secara visual dan juga mengenalpasti tanda-tanda jangkitan kuman di pundi hempedu.

Jika keradangan saluran hempedu (ascending cholangitis) menyebabkan jangkitan kuman dan jaundis, rawatan adalah memberikan antibiotik dan endoskopi untuk mengeluarkan batu yang tersumbat di saluran hempedu.

Jika keradangan hempedu berlaku, rawatan adalah melalui pemberian antibiotik dan pembedahan pembuangan pundi hempedu. Pembedahan pundi hempedu boleh dilakukan secara laparoskopi atau pembedahan terbuka. 

contoh pembedahan laparoskopi

Pembedahan Laparoskopi, dimana ia menggunakan sejenis tiub nipis dengan sistem lampu dan kamera video kecil. Beberapa pembedahan kecil akan dilakukan dan individu berkenaan akan kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

Pembedahan terbuka dimana pundi hempedu dikeluarkan melalui insisi (menghiris tisu) besar di perut. Selepas pembedahan dilakukan, hati terus menghasilkan hempedu secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.

Gejala penyakit yang disebabkan oleh batu di pundi hempedu, seperti keradangan saluran hempedu (ascending cholangitis), saluran hempedu tersumbat (cholidocholithiasis) semuanya memerlukan rawatan pembedahan pembuangan pundi hempedu. ini kerana batu yang hadir di dalam saluran hempedu adalah berasal daripada pundi hempedu.

Ada juga kaedah rawatan tidak melalui pembedahan di sebabkan oleh pilihan pesakit. Batu hempedu mungkin akan terjadi berulang kali jika rawatan bukan pembedahan jadi pilihan. Doktor akan mencadangkan untuk pesakit mengambil pil garam hempedu. Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall) yang akan melarutkan batu kolesterol untuk tempoh yang ditetapkan. rawatan ini hanya sesuai untuk batu yang kecil.

Elakkan pengambilan makanan berlemak dan tinggi kolesterol 

Jika anda seorang yang suka makan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi, seorang wanita atau pengidap diabetes, anda mungkin berisiko untuk mendapat penyakit batu hempedu. Pencegahan untuk mengelakkan daripada mendapat penyakit ini mungkin lebih baik berbanding daripada merawat. Jaga pemakanan dan amalkan pemakanan tambahan (supplemen) juga perlu.

No comments:

Post a Comment