Search This Blog

Dec 25, 2017

Apa itu batu hempedu, bagaimana ia boleh terjadi.

Penyakit batu hempedu bukanlah penyakit yang asing bagi masyarakat kita, ianya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Dengan gaya pemakanan dan cara hidup kita sekarang ni tak mustahil setiap dari kita mungkin memiliki batu dalam hempedu ini.  Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit yang popular dikalangan kita tetapi ia tetap membahayakan pengidapnya.

Batu hempedu yang telah dikeluarkan.

Pertama kali seorang pesakit yang ada batu dalam hempedu menunjukkan gambar batu batu yang telah dikeluarkan selepas pembedahannya, batu batunya banyak dengan pelbagai saiz. Peliknya bagaimana batu itu boleh terjadi dalam badan kita, kalau boleh jadi batu permata tu bagus juga kan hihihi. 

Penyakit ini agak unik kerana melibatkan 3 organ iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.  Entry kali ini, saya nak kongsikan dengan pembaca semua bagaimana batu hempedu boleh wujud dalam badan kita. Tak sangka kan batu pun boleh terjadi dalam badan kita.

Pundi hempedu dan fungsinya

Kedudukan hempedu

Setiap yang bernyawa diatas bumi ni mesti ada hempedu. Hempedu ni adalah karung kecil yang berbentuk buah pear, terletak di bawah kanan hati. Jus hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga di perlukan oleh tubuh untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil choleystokinin di lepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu.


Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah komponen utama yang menentukan pembentukkan batu hempedu.

Batu Hempedu



Batu hempedu terbentuk apabila salah satu daripada 3 komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin)  wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Batu hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistik atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu

Faktor yang mempengaruhi pembentukkan batu hempedu.

Antara faktor yang mempengaruhi pembentukkan batu hempedu ialah

Jantina
Seorang wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki mengalami penyakit batu hempedu. ini disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan di kalangan wanita. Penggantian hormon dan pil perancang keluarga juga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu dan mengganggu keseimbangan cecair hempedu.

Berat Badan
Obesiti merupakan satu lagi faktor yang menyumbang terjadinya batu hempedu kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah

Diet
Pengambilan makanan harian kita yang  tinggi lemak dan kolesterol

Umur
Individu yang berumur 60 tahun ke atas mempunyai risiko mendapat batu hempedu lebih tinggi. Bagi yang muda muda ni pula jangan anggap anda sudah terlepas untuk mendapat penyakit ini.

Diabetes
Penghidap diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi berbanding yang tiada diabetes.

Ubat Kolesterol
Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.



Makanan tinggi lemak

Boleh disimpulkan disni kebanyakkan penyakit yang kita dapat semua berpunca dari pemakanan  dan gaya hidup kita seharian. Selain pencemaran yang semakin teruk ketika ini. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Belum ada penyakit lebih baik kita cegah, dah ada penyakit kita rawat jangan dibiarkan sahaja.

No comments:

Post a Comment