Search This Blog

Dec 21, 2017

Kepentingan penyusuan awal terhadap bayi



Penyusuan ibu secara eksklusif sangat-sangat digalakkan dari sejak bayi di lahirkan sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak di beri makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripaa susu ibu. Lagi pun, kenapa nak peningkan kepala nak memilih susu yang sesuai untuk bayi sedangkan susu ibu adalah susu yang terbaik berbanding susu yang lain.

Kepentingan memulakan penyusuan awal

Susu ibu membekalkan segala yang diperlukan oleh bayi untuk berkembang maju selama enam bulan pertama hidupnya. Pentingnya memulakan penyusuan awal untuk memastikan kejayaan penyusuan ibu secara eksklusif serta memastikan bayi mendapat cukup kolostrum.

Kolostrum



Kolostrum adalah susu yang dihasilkan semasa usia kandungan tujuh bulan hingga beberapa hari selepas bersalin. Ia berkeadaan pekat, melekit dan bewarna kekuningan. Kolostrum dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit (3oz dalam masa 24 jam)  sesuai dengan saiz perut bayi. Kolostrum mengandungi nutrien (protein dan vitamin A)  yang sempurna untuk bayi. 

Fungsi Kolostrum

Kolostrum berfungsi sebagai "paint coating" melindungi usus bayi daripada jangkitan. Ia juga bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria dan membantu dalsm pembentukkan bakteria baik untik usus bayi. 

Fungsi kolostrum juga dapat membantu bayi mengeluarkan meconium untuk mencegah jaundis. Meconium merupakan najis yang pertama kali dikeluarkan oleh bayi. Inilah bentuk najis bayi selama 9 bulan didalam kandungan sehingga beberapa hari kelahirannya.  Ia mengandungi sel epitelium usus, mukus, air ketuban, ianugo, hempedu dan air. Bahan buangan ini biasanya bewarna hijau gelap, hampir kehitaman atau hitam. Selain itu,  bahan buangan ini bentukny pekat dan melekit dan ia sama sekali tidak berbau. 

Kepentingan penyusuan bayi dengan kerap

  • Susui bayi dengan kerap pada bila bila masa dan seberapa lama disukai oleh bayi supaya
  • Bayi akan mendapat lebih kolostrum
  • Bekalan susu akan dihasilkan dengan cepat
  • Berat badan bayi anda meningkat dengan cepat
  • Bayi akan kurang mengalami neonatal jaundice
  • Bayi akan kurang menangis dan kurang desakkan untuk memberikan susu gantian
  • Ibu kurang mengalami bengkak payudara
  • Ibu boleh menyusukan bayi dalam tempoh penyusuan yang lama. 
Berikan bayi penyusuan dengan kerap, sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari termasuk penyusuan di waktu malan dan bukannya mengikut jam. Sekiranya selepas ibu menyusukan bayi dan masih ada susu lagi, hendaklah ibu memerah susu itu sehingga habis. Pastikan ibu mendapat makanan dan minuman berkhasiat serta rehat yang mencukupi. Jika perlu ibu juga boleh mengambil makanan tambahan untuk menggalakkan lagi penghasilan susu dan memulihkan tenaga ibu.


Jika ibu bekerja, beri penyusuan sebelum ibu pergi kerja pada waktu pagi dan sebaik sahaja ibu kembali kerumah pada waktu petang. Jika boleh jangan beri bayi menghisap puting tiruan. Untuk ibu yang ingin memerah susu di tempat kerja, disarankan ibu menggunakan double pump kerana ia lebih menjimatkan masa dan menggalakkan penghasilan prolaktin. 

Semasa menyusukan bayi pada satu payudara, gunakan pam untuk memerah susu pada satu lagi payudara. Sebaiknya susukan bayi secara terus dari payudara pada hari tidak bekerja dan susukan juga bayi diwaktu malam. 

Kepentingan bayi dan ibu diletakkan bersama 24 jam sehari

Bayi dan ibu perlu berada bersama-sama 24 jam sehari kerana ia lebih mudah untuk menguruskan bayi berbanding jika bayi berada asing dengan ibu. Sebab itu lah dalam tempoh berpantang bayi sentiasa ada bersama dengan ibu. Bayi yang berada bersama ibu biasanya kurang  menangis dan boleh tidur dengan lena. Selain itu, waktu tidur ibu dan bayi tidak terganggu apabila ibu dan bayi ada bersama-sama.

Penyusuan susu ibu boleh diperkukuhkan berterusan dan berat badan bayi boleh meningkat dengan cepat. Penyusuan bayi juga boleh mengikut kehendak bayi dan bekalan susu akan berkekalan.Ibu juga boleh memantau bayi sepanjang masa. Dengan cara ini juga akan mengelakkan bayi mendapat jangkitan.

http://kaknoi.wasap.my/  😊

No comments:

Post a Comment