Search This Blog

Feb 28, 2018

Perubahan kearah kebaikan atau keburukkan, kita sendiri yang tentukan.

Pernah dengar cerita yang disampaikan oleh seseorang , ceritanya lebih kurang cam ni,  seorang surirumah (kalau tak silap) berjaya dalam dunia bisnesnya hebat. Daripada tiada apa apa kini jadi orang yang sibuk sehingga lupa tanggungjawab kepada keluarga sehingga la satu hari suaminya berkata "melingkuplah bisnes awak", sebab si suami rasa terabai anak anak tak dipedulikan dan kesannya memang melingkuplah bisnes itu. 

Mungkin ada yang pernah mendengar cerita itu dan mungkin tidak. Bukan la nak kata suami tu sesaje nak doakan bisnes isteri tu melingkup, tapi kerana keterlekaan seorang isteri yang syok sangat berbisnes sampai lupa tanggungjawab kepada suami, anak anak  dan keluarga. 

Nampak tak disitu, kita ni kalau dah bersuami apa apa nak buat pun dengan izin suami kalau suami tak benarkan lebih baik jangan di teruskan. Kalau yang bujang tu minta la izin ibu bapa, supaya senang dikemudian hari.


Masa memula nak buat bisnes shaklee ni memang saya ada bagi tau husband nak cuba berniaga ni. Memula dia macam acuh tak acuh je agaknya dia tau kot bini dia ni bukan pandai berniaga, cepat kesian kat orang nanti orang mintak diskaun sampai sendiri tak dapat untung hihihi.

Tapi memang betul pun, kalau dia suruh jual pape dia siap tetapkan harga dan jangan jual bawah dari harga yang dia tetapkan. Kita pun belajar la dari situ, tak nak la asik rugi je kan. Macam shaklee senang, dia dah letak harga sesiap so kita ikut je tak payah nak susah payah pikir nak letak harga. 

Setakat hari ni Alhamdulillah...  Family boleh terima terutama suami la. Kalau ada apa apa nak meluah pasal bisnes pun dengan suami so dia layan je la. Kadang kadang pun minta dia tolong sekali COD. Selagi tak terabai tanggungjawab yang lain tiada masalah nak buat bisnes ni.

Lagi pun suami bekerja dan kebanyakkan masa dia kat tempat kerja, hari minggu pun dia kena kerja jadi kita yang kat rumah ni amik la kesempatan isi masa dengan aktiviti bisnes kita (selepas kerja kerja uma siap). Bila dah start berbisnes ni, memang masa tu akan ada perubahan. Dengan aktiviti yang kita dah biasa buat dah jadi rutin tiba tiba ada tambahan aktiviti, jadi masa tu kena susun semula supaya tak tercicir mana mana kerja yang perlu disiapkan. 

Restu suami atau ibu bapa itu sangat penting walaupun nampak macam simple je kan. Bila dah minta izin dan pasangan tak izinkan lebih baik la jangan di teruskan mungkin ada la sebab dia buat cam tu. Kalau yang diizinkan pula jangan amik kesempatan sampai terabai semua.

Ianya mudah bila kita memudahkan ia tapi ia akan jadi beban dan susah bila kita rasa ia adalah beban.  Doakan kaknoi berjaya dengan bisnes ni. 

No comments:

Post a Comment