Search This Blog

Feb 26, 2018

Hanya bermodalkan RM69 sahaja, anda dah boleh mulakan perniagaan.

Dalam menunggu saat saat due date ni, sempat lagi berkongsi maklumat tentang produk dengan kawan kawan kat group. Tapi tu la tiada tanda baby nak keluar pun, hai mama yang risau.

Sejak join bisnes shaklee ni baru tau macam mana orang lain mengejar untuk mendapatkan keberhasilan dalam bisnes diorang. Yang offline tentulah dengan cara mereka yang on9 ada la cara tersendiri.


Bagi Kaknoi masa awal awal nak buat shaklee memang mencabar, ye la jarang kot update status kat facebook, instagram tu semua. Kaknoi bukan minat kearah update apa aktiviti di media sosial tu. Dengan kes kes yang terjadi kerana status kat facebook, lagi la takut nak up ape ape. Ada tidak pun baca je la status orang lain. Tapi bila kaknoi gunakan facebook sebagai salah satu medium untuk menjalankan perniagaan secara atas talian nak tak nak kena la update status selalu kan. Kalau tak mana orang nak tau kita jual ape. 

Daripada facebook tu sendu tiba tiba meriah. Bukan senang tau nak post sesuatu tu. Macam macam dalam kepala ni difikirkan. Takut la itu takut la gini, segan la, hati berbelah bagi pun ye,  macam macam lagi la. Sebenarnya banyak lagi ilmu facebook, instagram yang boleh dipelajari dan boleh dimanfaatkan untuk kebaikan. Jangan lihat pada keburukan sahaja. 


Dah biasa dengan facebook, upline ajo pula buat blog. Ahh sudah...  Nak wujudkan blog tu mudah,  daftar je guna google akaun. Pilih la nak guna blogspot ke wordpress ke, pilih la mana yang korang suka. Nak yang free atau berbayar pilihan memasing. Tapi bagi permulaan ni kaknoi guna yang free je la dulu. Blog dah wujud, entry pula jadi masalah. Nak menulis entry bagi kita yang first time nak guna medium tu memang agak stress sebabnya, tak tau nak tulis ape, gaya bahasa yang macam mana ehhh macam macam la masa tu.

Tapi sekarang, Alhamdulillah....  Kita perbaiki dari semasa ke semasa. Walaupun entry belum banyak seperti orang orang hebat yang lain, saya masih teruskan menulis. Nanti jemputlah singgah ye www.namakunoi.blogspot.com dan tinggalkan la jejak anda. 


Orang kata hendak seribu daya kalau tak nak tu berjuta dalihnya. Bagi kaknoi biarla yang beribu, berjuta tu incomenya. Tak rugi pun memanfaatkan medium yang boleh menjana pendapatan ni. Yang rugi bila kita tau tapi tak di manfaatkan. Rugi sangat... 

No comments:

Post a Comment