Search This Blog

Feb 18, 2018

Bagaimana anda kembalikan semangat yang telah hilang

Seminggu penat bekerja, bukan yang kerja je penat yang jadi surirumah pun penat juga kan. Jadi mak mak ni mana ada istilah cuti sama je. Nak melepak rilex rilex boleh lepas tu rasa nak nangis tengok keadaan rumah hahaha. Mak tang ni nama je cuti besalin, penat nya sama je je macam orang pegi keje. Nasib la ada supplemen shaklee ni, ada la tenaga nak buat kerja. Kadang kadang lupa kita ni masih dalam tempoh pantang.


Kebanyakkan orang dah seminggu koje, hujung minggu jadi pilihan nak recharge semula, bagi bersemangat tak de la down sepanjang masa kan. Ada yang ke pantai, ada yang chek in hotel, ada yang balik kampung macam macam la cara ada. Yang jadi surirumah hadap rumah ngan anak anak pun mesti ada angan angan nak pergi holiday kan. Memanjakan diri, me time la orang kata.

Cara saya memang berbeza, sebab saya pun bukan kaki jalan sangat, dari dulu pun kalau tak ada aktiviti luar suka habiskan masa kat uma je, so bila hari minggu dok uma tak ada la panas bontot hihi. Tapi bila jadi mak tang ni, 24 jam kat uma tak keluar senak juga kepala ni. Tapi nak buat macam mana kan, nama pun pantang bukan boleh nak merayap sesuka hati. Agak macam ni rasa surirumah fulltime yang tak leh keluar kemana mana tu.

Apa yang saya buat kalau dah tak boleh nak keluar rumah ni. Letak phone kat tepi menonton tv la pe lagi. Tapi menonton ni pun bukan tengok drama melayu sangat, saya lebih suka tengok cite cite omputih, CSI ke atau rancangan memasak.

Mesti pelik kan macam la hari biasa tak boleh menonton. Hihi hari biasa memang jarang dapat menonton tv pun, rancangan ape yang ada pun kite tak berapa nak tau. Hari minggu je ada peluang mengadap bebetul hihi. Lagi pun bila dah anak anak hadap tv dah malas nak begaduh ngan diorang. Tapi sesejak hubby dah pasang tv dalam bilik ada la movie nak layan biarpun tv bisu hihi.

Lain orang lain cara. Kita ikut cara kita. Tak perlu nak memaksa dan rasa terpaksa. Elok elok nak tingkatkan semangat terus down jadi lain pula. Ikut la kemampuan dan kelapangan masing masing. Rasa mampu keluarlah beriadah ke shopping ke kan, rasa tak mampu kreatif la, bukan semua aktiviti perlukan modal yang banyak.

No comments:

Post a Comment