Search This Blog

Dec 14, 2017

Risiko ibu selepas bersalin yang membahayakan diri dan kesihatan.


Kelahiran bayi yang dikandungkan selama 9 bulan 10 hari adalah saat yang mengembirakan bagi pasangan suami isteri.  Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir wanita yang mengalami masalah selepas bersalin.

Masalah berikut meningkatkan risiko di kalangan ibu bersalin

Sakit dibahagian betis
Sakit disebabkan oleh darah beku yang tersumbat dalam salur darah. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah di pelipat, dan rasa berat atau panas di tempat darah beku.

Darah beku ini boleh bergerak ke saluran darah di paru paru yang mengakibatkan sesak nafas dan kematian. Jika ini berlaku, hubungi doktor dengan segera.


Tumpah darah
Disebabkan oleh rahim tidak menguncup dengan sempurna atau cebisan uri tertinggal dalam rahim ibu. Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan memerlukan rawatan segera di hospital. 

Ibu yang kerap hamil bersiko tinggi mengalami tumpah darah


Jangkitan kuman di perineum (kemaluan) 
Jangkitan ini akan menyebabkan luka episiotomy akan lambat sembuh. 
Kuman boleh merebak ke bahagian pundi kencing dan juga melalui darah (septicaemia)


Meroyan
Keadaan yang dialami oleh sesetengah ibu selepas bersalin. Merasa murung disebabkan oleh perubahan hormon. 

Keadaan ini juga akan mengganggu penyusuan susu ibu dan emosi. Ibu ini berisiko untuk mencederakan diri sendiri atau bayi.

Baca lagi
Faedah berpantang

Pengalaman hampir bentan semasa berpantang

Set pilihan ibu ibu berpantang

No comments:

Post a Comment