Search This Blog

Dec 10, 2017

Adakah kehamilan anda kehamilan yang berisiko.

Tempoh kehamilan memang indah. Mengetahui ada satu lagi nyawa dalam badan kita memang mengujakan tetapi tahukah anda bahawa ada kehamilan yang berisiko. Mungkinkah anda salah seorang yang mempunyai risiko semasa hamil.


Terdapat segelintir ibu hamil mungkin tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi. Keadaan tersebut boleh dirawat melalui penjagaan kesihatan ibu hamil oleh anggota kesihatan terlatih.

Anda mungkin salah seorang yang berisiko sekiranya anda

๐Ÿ’— Mengandung kali pertama
Ibu tidak berpengalaman dan tidak pernah melalui proses kehamilan dan kelahiran


๐Ÿ’— Mengandung kali ke enam atau lebih
Para ibu yang mengandung anak ke enam atau lebih mudah mendapat komplikasi seperti anemia, hipertensi, kedudukan janin yang tidak tetap dan pendarahan yang banyak semasa bersalin.


๐Ÿ’— Berumur kurang dari 18 tahun
Mudah menghadapi komplikasi disebabkan organ reproduktif yang kurang matang dan tidak berpengalaman secara fizikal dan emosi


๐Ÿ’— Mengandung kali pertama pada umur 35 tahun ke atas
Mudah mendapat komplikasi seperti diabetes dan hipertensi


๐Ÿ’— Jarak kelahiran kurang dari dua tahun atau lebih dari 5 tahun
Berisiko tinggi mendapat pendarahan semasa hamil, kelahiran pra-matang dan bayi kurang berat lahir

Masalah lain yang membawa kepada risiko semasa hamil

  • Mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah
  • Mengidap penyakit-penyakit seperti Anemia, Diabetes, Hipertensi dan penyakit jantung
  • Mengalami pendarahan semasa hamil
  • Kandungan Kembar atau lebih
  • Kedudukan janin luar biasa seperti menyongsang atau melintang
  • Pecah mentuban sebelum cukup bulan.
Penyakit yang dikaitkan sebelum dan semasa hamil

Keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan keseluruh badan. Oleh itu apabila kita menghidapi anemia semasa hamil, tisu seluruh badan menjadi hipoksa (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Anemia akan menyebabkan 
  • Ibu hamil mengalami keguguran, tumpah darah semasa dan selepas bersalin dan kematian. 
  • Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut
  • Kelahiran bayi kurang berat badan
  • kelahiran tidak cukup bulan
  • bayi meninggal dalam kandungan
Penyakit Diabetes
Keadaan dimana badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah

Jenis Diabetes
  • Diabetes Jenis 1
  • Diabetes Jenis 2
  • Gestational Diabetes (Diabetes semasa hamil)
Siapa yang berisiko mendapat Diabetes
  • Terdapat gula dalam air kencing semasa pemeriksaan rutin
  • Berlebihan berat badan
  • Mempunyai ibu bapa yang menghidap diabetes
  • pernah melahirkan bayi yang mempunyai berat lahir melebihi 4kg
  • pernah mengalami keguguran berturut-turut, kematian bayi dalam kandungan atau semasa lahir dan bayi cacat
  • pernah menghidapi diabetes semasa kehamilan lalu
  • Mengalami penyakit seperti hipertensi dan polyhydramnios (air mentuban berlebihan) pada kandungan ini
  • Pernah hamil bayi lebih besar dari usia kehamilan.
Jika anda salah seorang yang menghidap diabetes semasa hamil, ambil pemeriksaan yang disarankan untuk pesakit diabetes dan pemeriksaan paras glukos berkala di rumah.

Penyakit Hipertensi (Tekanan darah tinggi)
Keadaan dimana tekanan darah wanita hamil meningkat melebihi paras normal.

Mereka ini berisiko untuk mendapat hipertensi semasa hamil
  • Pertama kali hamil
  • Berumur kurang dari 20 tahun atau lebih 35 tahun semasa hamil
  • mempunyai sejarah hipertensi semasa kehamilan lalu
  • Kandungan kembar
  • Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti sebelum hamil
  • Wanita yang mengidap hipertensi dan diabetes
Tanda-tanda hipertensi semasa hamil/ kerap
  • Penglihatan kabur
  • Sakit kepala yang teruk
  • Rasa tidak sihat
  • Sakit hulu hati
  • loya dan muntah
  • Bengkak seluruh badan (muka sembab, tangan dan kaki bengkak)
  • Sesak Nafas
Jika anda mengalami tanda tanda seperti ini segera mendapatkan pemeriksaan diklinik atau hospital untuk mendapatkan kepastian. ikut nasihat doktor dan makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan. Selain itu, dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan penggunaan garam dalam makanan.

Penyakit Jantung
Dianggarkan hampir 30% ibu hamil menghidap penyakit jantung. penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian ibu.

Penyakit jantung yang paling kerap terjadi di malaysia ialah masalah pada injap jantung (Rheumatic heart disease) dan masalah jantung congenital.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya mempunyai penyakit jantung.
  • Mematuhi arahan doktor, temujanji dan rawatan yang ditetapkan. 
  • Rehat yang secukupnya
  • Elakkan merokok dan minum arak
  • Kurangkan pengambilan makanan bergaram
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang
  • Berbincang dengan doktor jika anda merancang untuk hamil
  • Berjumpalah dengan doktor jika hamil dan dapatkan pemeriksaan awal kehamilan
Jaga diri, jaga kesihatan patuh arahan doktor dan jururawat.

Entry berkaitan 


No comments:

Post a Comment