Search This Blog

Dec 16, 2017

Cara mudah untuk membayar kompaun parking dengan Flexi Parking.

Selama duduk kat kajang ni kalau nak parking kete kat bandar kajang atau bangi memang tak pernah kisah pasal kene bayar tempat parking. Sebab selama ni memang tak pernah kena saman dengan majlis pasal parking ni. Tapi kan sejak kat area bangi ni di naik taraf tempat pejalan kaki siap berbumbung dah nak parking kena letak kupon pulak.


Nak di jadikan cerita, kita ni nak la pergi beli barang sikit kat PKNS bangi tu.  Sampai je cam biasa la nak cari parking. Parking depan PKNS tu dah penuh, nak park sebelah Mcd tu pulak ada jualan hape ntah dah tak boleh park situ. Pusing pusing tengok kot kot ada park kosong kat tepi tepi jalan tu tapi ada pula pegawai majlis tengah kuarkan saman satu-satu kenderaan. Pikir tak ada kupon parking.  Kita pun malas nak pikir banyak terus la balik.

Hari yang lain pergi lagi PKNS tu, dah siap siap standby dengan kupon. Dengan konfident la parking kat tepi jalan je, letak kupon.  Masuk PKNS pusing pusing vari barang keluar.  Bejalan menuju kekereta, dari jauh dah nampak kertas kat wiper depan berkibar kibar. Alahai ada kupon pun kena saman dah kenapa pula ni.

Rupanya bukan saman sebab tak ada kupon tapi sebab parking sesuka hati bukan di petak parking yang disediakan. Patut la masa sampai tadi cam lengang je tepi jalan tu, selalunya penuh kereta. Tapi tu la, dah tempat parking kenderaan di buat tempat booth jualan mana lagi nak park kereta, parking je la mana boleh. Salah sendiri juga tak alert bab parking, selama ni boleh je parking tepi jalan tetiba kali ni terus tak boleh.

Nasib baik la kompaun dia bukan beratus, RM10 je tapi kena bayar dalam tempoh masa yang di tetapkan  la.  Lebih dari tempoh masa tu akan naik dan naik lagi la jumlah bayarannya.

Bayaran kompaun  ada 4 tahap bayaran, korang boleh pilih nak jumlah bayaran yang mana.

1.  RM 10 jika dibayar dalam masa 72 jam kira-kira dalam tempoh 3 hari
2. RM 30 Bayaran dalam tempoh 14 hari
3. RM 50 Bayaran Selepas 14 hari
4. RM 80 Bayaran Selepas 28 hari

Sekarang ni pula kaedah bayaran dah senang boleh guna apps Flexi Parking. Saya pun baru tau ni sebab ada tulis kat kertas kompaun tu. Kalau kena pergi ke Majlis perbandaran jenuh la nak kesana . Sekarang semua dihujung jari, janji ada aplikasi atas talian.

Nak install dan daftar tak la susah sangat. Pergi ke Google Apps, search je Flexi Parking, dah keluar install je la, cuma bila pertama kali buat pendaftaran tu kekadang ada error la nama dah di daftar la, tapi jangan putus asa cuba buat lagi sampai jadi.


Kompaun tu saya dah bayar guna aplikasi Flexi Parking tu, kena RM10 je tak masuk GST, kalau kena pergi kaunter Majlis Perbandaran, ada harapan sampai hilang la tulisan kat kompaun tu belum tentu terbayar kompaun nya. 

Walaupun sekarang ni semua mudah dihujung jari je tapi itu bukan la alasan asik nak kena saman ke kompaun ke kan. Kena berhati hati juga la. Bila dah jadi macam ni nak keluar rumah pun rasa dah malas. Salah parking terbang RM. Lepas ni kena lebih berhati hati la. 

No comments:

Post a Comment