Search This Blog

Dec 18, 2017

Pantang larang semasa berpantang selepas bersalin

Kalau dah namanya berpantang sudah tentu banyak pantang larangnya. Ini semua demi kebaikan ibu ibu selepas melahirkan bayi bagi mengelakkan komplikasi atau bentan, bukan suka suka nak bagi pantang tau. Seperti yang kita semua tahu, berpantang ada yang nak buat selama 44 hari ada yang sehingga 100 hari terpulang kepada individu, bergantung kepada tahap kesihatan masing masing.



Berpantang sendiri atau berpantang dirumah mak ayah atau mertua banyak bezanya.  Bila kita berpantang sendiri, semua kena ambil kira. Pemakanan kita, jamu, suplemen, kerja kerja rumah, anak-anak dan sebagainya, semua kita kena urus sendiri. Memang la suami ada tapi dia pun kerja dan bukan ada 24jam dengan kita.  Beza dengan bila kita berpantang di rumah mak ayah, ada yang tolong uruskan kita dari segi pemakanan sehingga lah tempat nak tidur. Kalau macam ni memang kita akan fokus diri dan bayi sahaja dan kejadian seperti bentan mungkin dapat dielakkan.

Saya pula, berpantang untuk anak ke-4 ni saya kena berpantang sendiri di sebabkan anak anak dah sekolah. Jadi sebelum melahirkan ni kena la membuat persediaan yang rapi. Semoga semuanya dipermudahkan. Masa berpantang ni pemakanan memang kena jaga betul betul, kalau tersilap makan boleh bentan. Tapi pemakanan ni bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Ada sesetengah individu makan ape sahaja tak menjadi masalah dan tiada kesan memudaratkan tetapi mungkin tidak kepada individu yang lain.

Tetapi pada saya, tak salah kalau kita ikut apa yang patut dan tak patut di lakukan dan ambil. Ini untuk kebaikan dan kesihatan kita di masa hadapan. Hri ni mungkin kita boleh berbangga makan apa sahaja dan badan kita masih sihat tapi dua tiga tahun mendatang mungkin kesannya baru nampak sakit sana sakit sini, masa ni nak menyesal pun tiada gunanya.

Disini saya nak kongsikan jadual yang menyenaraikan antara makanan yang boleh diambil dan perlu dielakkan semasa dalam pantang.

Makanan yang harus dielakkan
Sebab dilarang
Makanan yang boleh dimakan
Ikan
(Ikan yang berduri dan berbisa)

û  Ikan Tamban
û  Ikan Kembung
û  Ikan Parang
û  Ikan Sembilang
û  Ikan Tongkol
û  Ikan Keli
û  Ikan Bawal Hitam
û  Ikan Terubuk
û  Ikan Duri
û  Ikan Pari
û  Ikan Parang

N     Kesemua ikan ini adalah berbisa. Dikhuatiri boleh menyebabkan tumpah darah 

N     Badan bisa dan bentan


ü  Ikan Haruan
ü  Ikan Merah
ü  Ikan Gelama
ü  Ikan Bilis
ü  Ikan Tenggiri
ü  Ikan Jenahak
ü  Ikan yu
ü  Ikan Kurau
ü  Ikan Senangin
ü  Ikan Bawal Putih
ü  Ikan Selar
û  Ikan Masin
û  Ikan Kering
N      Nifas akan berbau busuk

û  Udang
û  Sotong
û  Kerang
N      Akan menyebabkan kegatalan

Sayur
(Sayur menjalar, sejuk dan berangin)
Sayur yang boleh dimakan
û  Kubis
û  Tomato
û  Timun
û  Brokoli
û  Pucuk Ubi
û  Pucuk Paku
û  Bayam
û  Terung
û  Petola
û  Ubi Kayu
û  Labu
û  Kangkung
û  Kacang Panjang
û  Kacang Botol
û  Keladi
û  Rebung
û  Cili
û  Petai
û  Jering
N     Sayur-sayur ini bersifat sejuk, berangin dan menjalar. Ia boleh menyebabkan angin jika ibu bersalin yang makan. Bayi juga boleh kembung perut kerana menyusu badan

N     Jika dimakan akan mengalami sakit tulang, sejuk otot dan lemah sendi

ü  Pegaga
ü  Sawi
ü  Lobak Merah
ü  Lobak Putih
ü  Daun Kaduk
ü  Jantung Pisang
Buah
(Buah yang sejuk)

û  Limau
û  Nenas
û  Tembikai
û  Epal Hijau
û  Kiwi
û  Jambu
û  Durian Belanda
û  Pear
û  Belimbing
û  Mangga
û  Betik
û  Ubi Kayu
û  Sengkuang
û  Macang
û  Pisang
N      Buah buahan ini dilarang kerana bersifat sejuk dan tajam

N      Ada juga yang berangin

N      Akibatnya akan sakit tulang, sejuk otot dan lemah sendi
ü  Oren
ü  Kurma
ü  Kismis
ü  Longan Cina
ü  Epal Merah
Minuman

û  Air sejuk
û  Air Gas
û  Air Kelapa Muda
û  Cincau
N      Boleh mengakibatkan Sakit tulang, sejuk otot dan lemah sendi


Selain yang tersenarai dalam jadual di atas, ibu berpantang juga harus elakkan

  • Hidangan yang pedas, gatal dan berlemak dan terlalu berminyak, ia tidak bagus untuk ibu dan dikhuatiri akan menyebabkan bayi cirit birit.
  • Jangan mengambil Air teh atau air batu, akan menyebabkan angin dan boleh menyebabkan bayi kembung. elakkan juga air tebu dan air kelapa muda
  • Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak yang banyak, lebih elok jika dikukus atau dibakar.

Secara amnya, ibu berpantang harus mematuhi pantang larang makanan yang harus dielakkan ketika berpantang. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah amat berfaedah. Antaranya adalah sebagai perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakkan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut untuk faedah kesihatan ibu.

Jangan lupa, selain makanan, harian jamu dan makanan tambahan lain juga perlu semasa dalam tempoh berpantang untuk mempercepatkan luka sembuh dan mengembalikan tenaga yang hilang semasa bersalin. Banyakkan berehat dan elakkan melakukan kerja-kerja berat.

http://kaknoi.wasap.my/
http://sidnoi.wasap.my/

No comments:

Post a Comment