Search This Blog

Dec 27, 2017

Mencegah itu lebih baik dari merawat, ikhtiar untuk mencegah batu dalam hempedu

Orang kita ni kebiasaannya dah sakit panik sibuk nak cari penawar, bukan nak pergi jumpa doktor dulu ke buat rawatan ke.  Masa tak sakit tak pula beringat nak jaga kesihatan. Katanya selagi sihat ni makan je la apa nak makan nanti dah sakit tak dapat makan macam macam. Memang la betul, dah sakit memang kena catu la segalanya itu tak boleh, ini tak boleh. Macam penyakit batu hempedu ni kalau boleh mesti kita nak elakkan ianya terjadi. Jadi macam mana nak cegah. 

Pencegahan 

Melihat kepada punca sebenar penyakit batu hempedu ini masih lagi kabur dan belum dapat dikenalpasti secara tepat, maka usaha untuk mencegahnya agak sukar. Tetapi, bagi individu yang mungkin tergolong dalam kumpulan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini seharusnya megamalkan beberapa langkah seperti


  • Diet yang seimbang. Kurangkan atau elakkan makanan yang mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi.
  • Melakukan senaman dapat menurunkan kadar mendapat batu hempedu
  • Menurunkan berat badan secara perlahan-lahan bagi seseorang yang tidak mempunyai berat badan ideal.

Supplemen Shaklee untuk batu hempedu

Disini kak noi ada beberapa cadangan supplemen dari shaklee untuk mencegah terjadinya batu hempedu.


Vivix
Vivix Shaklee minuman campuran botani melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol. Vivix mengandungi ramuan unik botani shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan Polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaan sel.

Vivix juga adalah suplemen yang tinggi dengan antioksidan dan resveratrol, yang terbukti secara klinikal boleh memperbaiki sehingga ke peringkat sellular. Vivix mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak derta abnormal. 

Antioksidan yang terdapat dalam vivix dapat melindungi tubuh kita dari serangan radikal bebas yang ada pada sel-sel tubuh kita, disebabkan dalam badan kita banyak toksin yang menyebabkan sel tubuh kita rosak.Vivix juga membantu membaiki sel-sel badan kita yang telah rosak dan tidak berfungsi sepenuhnya serta memberikan tenaga kepada sel yang lemah.

DTX Complex
DTX Complex membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat menggunakan formulasi herba yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat. 

DTX menghasilkan protein yang membantu dalam regenarasi sel hati. Ia juga dapat mengekalkan pengaliran cecair hempedu yang normal. Dtx juga membantu mengeluarkan komponen yang dinyahtoksin oleh hati dan menggalakkan fungsi hati yang sihat.

Lecithin
Lecithin juga dikenali sebagai pengemulsi semula jadi yang menguraikan lemak menjadi molekul molekul kecil untuk penghadaman. Lecithin juga ditukar menjadi asetikolina di dalam tubuh  yang diperlukan untuk membantu mengekalkan tubuh yang sihat.

Video Testimoni  penyakit batu hempedu


Walaubagaimanapun pengambilan supplemen ini hanya sebagai satu ikhtiar untuk tubuh kita lebih bertenaga bukan sebagai ubat yang boleh menyembuh sebarang penyakit. Pemeriksaan dan rawatan daripada doktor atau pakar adalah lebih penting. 

No comments:

Post a Comment