Search This Blog

Dec 23, 2017

Benarkah durian boleh membahayakan kandungan wanita hamil.

Durian ohhh durian. Bila tiba musim durian memang sana sibi la orang dok update pasal durian, makan durian, cendol durian, durian murah, durian mahal, pesta durian ish macam macam lagi la. Yang memang ada dusun durian tu bahagia la tunggu durian gugur je, yang tak ada kobun ni tunggu la durian jual tepi jalan dengan modal yang ado.



Durian sekarang ni pula tak macam durian dulu, dulu cuma tau durian kampung, durian tembaga, durian susu, durian sedap dan durian tak sedap hihihi. Sekarang  ni sampai tak tau nak panggil durian ape, ada Durian Musang King yang dikatakan harganya boleh mencecah hingga ratusan ringgi sekilo, durian IOI, durian XOX, durian Udang Merah ehhh macam macam nama durian ni. Beza antara durian durian ni jangan tanya kak noi, kak noi tau makan je jenis durian kelaut. kalau nak beli durian pun kena minta tolong suami belikan sebab tak pandai nak pilih takut kena kelentong dengan penjual durian tu.

Risiko makan durian ketika hamil

Pernah tak dengar ibu hamil tidak boleh makan durian takut nanti akan mengalami keguguran dan ada yang kata akan menyebabkan janin cacat. Ada juga yang kata makan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau ruam lampin pada bayi baru lahir. Sejauh mana kebenaran wallahu a'lam. Ada juga pernah kak noi terbaca komen dalam sebuah laman sosial yang mana individu ni membenci durian kerana selepas makan durian dia mengalami keguguran. Bagi kak noi la kan durian tu tak salah pun yang salah diri kita sendiri. Durian tetap durian, kita yang makan durian ni beringat atau tidak, nak makan durian ketika sedang hamil pun tak salah, yang menjadi salah kuantiti kita makan durian tu sebenarnya.


Sifat durian yang kita tahu bila dimakan akan menyebabkan badan kita terasa panas. Mungkin kerana sifat durian ini lah yang menyebabkan ibu hamil yang makan durian secara berlebihan mengalami keguguran. Tetapi kalau nak diikutkan sebenarnya tiada mana mana kajian pun mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Kalau setakat makan satu dua ulas tu tak menjadi apa apa, tapi kalau dah makan sampai dua tiga biji tu kena la tanggung risiko nya sendiri.

Durian juga mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori dan durian dianggap sebagai makanan yang tinggi indeks glisemik, oleh itu wanita hamil perlu menghadkan pengambilan durian.

Bagi wanita hamil yang mengidap kencing manis (diabetes gestasi) perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi. Durian juga boleh menghasilkan banyak gas dalam perut dan usus. Ini akan menyebabkan wanita hamil yang makan durian akan mengalami kembung perut dan loya

Manfaat durian terhadap wanita hamil

Cendol durian ni sedap
Walaupun dengan makan durian akan mengundang berbagai risiko, ada juga kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat organo-sulfur dan triptofan yang terkandung dalam durian. Bahan bahan ini mempunyai kesan anti-oksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.

Kesimpulannya, untuk wanita hamil yang nak makan durian tiada masalah langsung. Namun begitu, hadkan kuantiti pengambilan durian, dua ulas sehari sudah memadai bukan makan dua biji sehari.

No comments:

Post a Comment