Bagi wanita hamil bila dah selamat melahirkan bayi terasa lega dan bahagia sangat. Lega bersalin dah lepas tiba masa pula untuk melalui fasa berpantang. Walaupun tempoh berpantang cuma 44 hari je tapi bagi kami ibu ibu yang melaluinya terasa sangat lama. Walaupun nampak macam mudah, ibu besalin ni hanya duduk berehat dan segalanya diuruskan oleh orang lain tapi masa ni sahaja la sang ibu dapat menjaga badan dengan lebih baik lagi.
Berbeza dengan mereka yang berpantang sendiri perlu lebih berhati-hati dalam penjagaan diri ketika berpantang. Kebiasaannya mak ayah kita adalah orang paling risau berbanding yang lain bila kita berpantang, lagi-lagi nak berpantang sendiri. berbakul bakul la nasihat diorang bagi. tapi anak-anak zaman sekarang ni sukar untuk mendengar nasihat orang tua. Pada mereka nasihat orang tua ni kolot dan tak mengikuti peredaran zaman. Tapi bila dah jadi sesuatu yang tak di ingini kepada mak ayah juga la mereka ni mengadu.
Pengalaman sebenar
Saya juga pernah hampir mengalami bentan. Kejadian ini terjadi selepas melahirkan anak yang ke-3. Anak pertama dan kedua berpantang selama 90 hari dan mak la yang menjaga di bantu dengan bidan kampung. Memang seronok la kan macam puteri orang layan, makan pun disediakan, kerja-kerja rumah pun memang tak usik sangat, setakat lipat kain je.
Besalin anak ke 3,memang cuti pantang 90 hari tapi dok dengan mak 60 hari je, itu pun dah tak 100% mak jaga, mana yang boleh buat sendiri kita buat la sendiri tu pun yang ringan ringan sahaja. Sebab mak pun dah sibuk dengan komuniti, pergi kelas agama dan sebagainya. Tapi masih terjaga lagi sebab kat uma mak, adik ada tolong buat kerja rumah semua.
Lepas 60 hari balik la kita ni ke rumah sendiri habiskan saki baki cuti besalin yang ada. Sampai rumah sendiri tahu je la, letak baby capai penyapu siap sapu satu rumah, masak layan anak yang lagi dua orang. Sebelum ni anak anak atuk nenek dia layan, sekarang kena layan sendiri, si abah dah kena kerja. Lepas dua hari di rumah sendiri badan dah mula seram sejuk, rasa sengal sengal nak buat kerja pun rasa tak terdaya. Dah la masa dalam pantang jamu makan tapi tak habis sebab sembelit teruk sangat, suplemen belum celik sangat.
Firasat seorang ibu, macam tau-tau je ape nak jadi kat anaak dia. Malam tu mak call tanya sihat ke, macam mana dah boleh uruskan semua. Masa tu la bagi tau mak badan rasa seram sejuk, sengal sengal rasa letih yang amat sangat. Mak tekejut dengar, mak tanya buat ape makan ape sampai jadi macam tu. Kita pun kata la buat kerja rumah menyapu bagai, makan biasa macam kat uma mak tak ada la makan yang meriah sangat. Mak pun apa lagi keluar la kata kata hikmat dia. Mak kata walaupun kita ni luaran nampak sihat tapi dalaman kita tak tahu, mungkin ada urat urat badan tekejut kita dok ligat buat kerja kerja rumah yang sepatutnya kita buat secara perlahan lahan dan berhati hati.
Nasib la masa tu bentan tak berlanjutan dan tak memudaratkan badan. Mak nasihat berehat dulu, elak makan makanan sejuk, jangan minum ais, air yang disimpan dalam peti sejuk pun tak boleh minum. Kerja kerja berat jangan buat dulu, kerja kerja rumah buat la pelan-pelan. Mak risau, nak datang tengok kita bukan dekat, jauh. Jadi cuma doa je la boleh mak kirimkan.
Alhamdulillah berkat doa dan nasihat mak, tak berlarutan bentan tu dalam pada masa yang sama masa ni dah cuba ambil Omega Guard dan Herb-Lax. Omega Guard memang sangat membantu saya semasa dalam pantang kerana Omega Guard memberi kehangatan pada tubuh badan kita disamping bagus untuk perkembangan otak bayi yang menyusu dengan kita.
Apakah yang dikatakan bentan
Bentan ni biasa orang dulu dulu panggil, orang sekarang lebih suka guna ayat komplikasi selepas bersalin. Pantang orang dulu dulu kalau lepas besalin jangan jalan laju laju takut tesandung ibu jari kaki nanti bentan baru ko tau. Tapi adakah itu punca sebenar bentan kita pun tak tahu.
Bentan ni kebiasaannya terjadi diawal tempoh berpantang kerana ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah. Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang kadang selepas tempoh berpantang.
Jenis bentan yang biasa terjadi ke atas ibu selepas bersalin pula seperti
Bentan urat
Keadaan dimana badan ibu tiba tiba lemah, demam serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukkan meskipun tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kekejangan. Biasanya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.
Bentan urat peranakan atau urat rahim (ari-ari)
Keadaan dimana kesakitan di bahagian ari ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang kala kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehungga susah untuk meluruskan badan si ibu. Kebiasaannya terjadi apabila ibu mengangkat benda-benda berat.
Cara penyelesaian, Ibu digalakkan baring diatas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan dua biji bantal. Atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan oengaliran darah
Bentan urat besar (pinggang)
Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasa terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius.
Jadi ibu ibu yang akan berpantang atau sedang berpantang dengarlah nasihat mak ayah kita, orang yang lebih tua dari kita. Jaga kebersihan diri, jaga pemakanan. Elakkan membuat kerja kerja berat. Berehatlah secukupnya. Ini baru salah satu risiko yang ibu berpantang mungkin hadapi dan sebenarnya banyak lagi komplikasi selepas bersalin yang akan terjadi jika ibu mengambil mudah amalan berpantang.
Baca lagi
Mak anies mak bidan, memang ramai yang kena bentan nie..biasa yg datang umah, menggigil-gigil..seram tengok..mesti kena pantang betol2 100hari tu kalau tak nak kena bentan
ReplyDelete