Shaklee effect hihi ini lah yang nak saya kongsikan hari ni. Kalau sebelum ni saya pernah menceritakan kesan pengambilan ostematrix dan kini saya nak kongsikan pengambilan beberapa lagi produk shaklee yang lain. Betul kata mereka yang memang jadi pengguna tegar supplemen ni, kalau nak nampak kesan daripada apa yang kita ambil, sentiasa konsisiten dan jangan sesekali skip pengambilan.
Ok, selepas dah nampak kesan pengambilan Ostematrix yang boleh melegakan sakit pinggang, saya mula mencari info tentang vitamin lain juga. Kemudian saya cuba vitamin C, ESP, Alfalfa, Herb-lax, Omega Guard dan Lecithin.
Ish...ish...ish... banyaknya telan semua ke ni.
Yea semua saya telan. Paling tak pernah skip vitamin C dan Ostematrix.
Vitamin C saya ambil sebab muka saya sentiasa berjerawat terutama jerawat pasir kat dahi. Hampir setahun juga la ambil vitamin C ni, jerawat yang besar besar dan sakit tu memang tak ada tapi jerawat pasir masih ada cuma tak sebanyak dulu. Masa ni memang tak konsisten dengan ESP, masih nak menyesuaikan tekak dengan rasa ESP tu.
Alfalfa sebagai agen detox, tapi sebab nak elakkan masalah keputihan dan alfalfa ni juga boleh merapat dan mengetatkan miss v kan. So tak salah pun nak konsisten, boleh eratkan lagi hubungan suami isteri. Herb-lax ambil tapi tak selalu la seminggu dalam 3 kali je. Saya ni memang dah slim sangat, kalau telan hari hari mau nya tinggal kulit je nanti.
Saya mula konsisten dengan semua suplemen ni selepas bersalinkan anak yang ke-3. Selepas dua tahun melahirkan yang ke-3, saya disahkan hamil lagi anak yang ke-4. Tau je hamil memang saya terus konsisten set kehamilan shaklee. ESP, Vita-Lea, Ostematrix, Vitamin C, B-Complex, Omega Guard dan Mealshake. Alhamdulillah kandungan baik baik sahaja, cuma masalah hb je la, doktor kata macam segan segan nak naik. Supplemen semua dah ok, cuma pemakanan saya yang tak berapa disiplin tu yang susah nak naik hb tu.
Ok berbalik tang kesan selepas amik set kehamilan tu, apa yang saya perasan perubahan ketara bila rambut saya yang dulunya kalau disikat, sekali je sikat, sikat tu penuh dengan rambut yang dah gugur. Itu belum lagi kalau mandi, syampoo rambut dah macam orang buat rawatan kemo. Kalau di biarkan agak agak boleh botak. Kat dalam rumah jangan cerita la, setiap penjuru rumah mesti ada rambut, kalau menyapu mesti rambut je yang banyak. Sampai stress la tengok rambut, lepas sapu rumah ehhhh rambut lagi, rambut sana sini sampai ada yang advise soh botak je. Aduhai....
Tapi sekarang dah boleh belagak nak sikat rambut seberapa banyak kali pun tak apa sebabnya nak jumpa sehelai rambut atas lantai pun dah susah. Sikat la rambut macam mana pun, ada juga yang gugur tapi sehelai dua sahaja. Masa mandi tak ada lagi lubang air dalam bilik air tu tesumbat kerana rambut. Nampak tak, bila apa yang kita ambil dan makan mendatangkan kesan positif, struktur rambut pun makin kuat.
Jerawat pasir yang dok betapa kat atas dahi pun dah tak ada bersih licin dah dahi, kalau tak rasa nak gosok ngan kertas pasir je. Masalah rambut dengan jerawat settle tanpa sengaja. Kalau anda diluar sana yang ada maslah keguguran rambut saya cadangkan ambil ESP (Enegizing Soy Protein). Tak rugi pun daripada buat treatment rambut, rambut je la dapat manfaat tapi kalau konsisten ESP dengan kulit kita jadi cantik dan licin.
Selain daripada kesan ke atas rambut dan kulit muka, tenaga kita pun bertambah baik. Bayangkan la mengandung 7 bulan boleh sibuk nak join lawatan pergi depo MRT yang mana sepanjang lawatan memang kena berdiri dan berjalan. Kalau nak ikutkan memang dah lembik la, member memasing dah mula nak standby wheelchair takut kita tak larat nak berjalan. Hello kita masih kuat nak berjalan lagi tau, rahsianya pagi pagi sebelum keluar rumah dah shake dan minum ESP sesiap. Alhamdulillah mampu berjalan dengan steady walaupun asik nak cari toilet je. Masa ni kita pergi naik bas, ok la syiokk duduk je dalam bas, tak banyak jalan, masa nak balik kena naik MRT, dari sg buloh ke kajang sejam juga la dalam MRT tu. Nasib ko mengandung orang bagi tempat duduk kalau tak dok kat lantai je la.
Bila tubuh badan kita cukup dengan semua nutrien yang diperlukan, banyak masalah berkaitan kesihatan kita dapat diselesaikan. Antaranya masalah kulit, rambut semua dapat di atasi. Saya kongsikan dengan anda semua apa yang saya rasa selepas bertahun amalkan produk shaklee ni. Kenapa anda masih ragu ragu, kenapa tak cuba sendiri untuk merasai sendiri kesannya. Lagi pun semua produk shaklee ada ujian klinikal dan dah terbukti berkesan.
Lawatan Depo MRT |
Saya dah jumpa apa yang terbaik untuk diri dan keluarga saya. Selepas ini kita teruskan lagi dengan pengambilan set berpantang pula. Yang ni ada tambahan, selain sambung terus apa yang ada dalam set kehamilan kita tambah dengan vivix. Nak tau macam mana kesannya kena tunggu la saya bersalin dan minum vivix pula.
wah... dahsyatnya. Nanti mak ambil set pantang shaklee juga kalau beranak lagi.. hihihi
ReplyDeleteboleh, silakan dan rasai sendiri kesannya
ReplyDelete