Search This Blog

Dec 11, 2017

Atasi sembelit semasa kehamilan

Semasa sedang hamil ni kalau jumpa kawan-kawan yang dah berumah tangga dan mempunyai  memang berkongsi pengalaman masing-masing ketika hamil. Ada yang pengalamannya sedih, menyakitkan ada yang gembira senang hati macam-macam la. Ada juga antara rakan-rakan yang setiap kali hamil akan mengalami sembelit. Bila dengar cerita mereka ni, kita ni dah kira bernasib baik kerana tak pernah mengalami sembelit ketika hamil. Sembelit semasa hamil ni pun menjadi satu masalah terhadap ibu yang hamil kerana risiko akan buasir. 


Sembelit semasa hamil ni lebih bergantung kepada bagaimana kekerasan najis semasa hendak membuang air besar. Ada sesetengah orang mempunyai tabiat pembuangan najis yang berbeza, ada yang setiap hari membuang,  ada yang dua hari sekali membuang, ada yang lebih. Jadi yang menyebabkan seseorang itu sembelit sebenarnya bukanlah disebabkan oleh kekerapan membuang tetapi kekerasan najisnya.

Saya juga pernah berpengalaman sembelit ketika hamil anak pertama dan kedua. Disebabkan kurang pengetahuan dan menganggap ia adalah perkara biasa disebabkan sebelum hamil pun memang dah ada masalah sembelit, tapi tidak la begitu kronik. Semasa hamil anak ke-3 tak pernah makan pil zat besi yang klinik bagi, hanya makan yang beli di farmasi, masalah sembelit tu tiada. Minum air pun secukupnya, jadi terhindarlah masalah sembelit tu.

Mengandungkan anak yang ke-4, saya dah standby awal awal ambil set hamil Shaklee, Alhamdulillah tiada langsung masalah sembelit dan memang tidak sukar untuk membuang. Ini kerana dalam set hamil shaklee mengandungi semua suplemen lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan juga bayi.

Kalau terjadi sembelit, kita kadang-kadang tak sabar rasa nak meneran sepenuh hati biar semua keluar cepat disebabkan najis yang keras, tapi bahaya sebenarnya buat macam tu, takut nanti terjadi pendarahan dan buasir, lebih malang takut kandungan kita terkeluar sekali. Jadi wanita hamil perlu lebih banyak berhati-hati.

Faktor yang menyebabkan sembelit semasa hamil

Antara faktor terjadinya sembelit bergantung kepada individu itu sendiri seperti rasa kerisauan, kurang pergerakkan fizikal dan pemakanan yang kurang serat (fiber).



Selain itu, Dalam tubuh seorang wanita hamil mengandungi hormone Progesterone yang banyak yang menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Rahim yang semakin membesar juga akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga menghalang pergerakkan najis ke usus besar dan rektum.

Kurang minum air juga membawa kepada punca sembelit dikalangan wanita hamil. Oleh itu pengambilan air secukupnya adalah penting bagi wanita yang sedang hamil untuk mengelakkan sembelit.

Pil suplemen zat besi juga boleh menyebabkan najis menjadi lebih keras dan sembelit. Oleh kerana wanita hamil memang memerlukan pil zat besi, maka ia harus diambil dengan hati hati dan jika sembelit terjadi pada waktu yang lama,berbincanglah dengan doktor atau jururawat agar pil zat besi boleh diganti dengan ubat atau pil yang lebih baik.

Cara mengatasi masalah sembelit semasa hamil

  • Ambil berat dengan diet anda seharian. Pastikan minum air secukupnya
  • Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari.
  • Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu 
  • Bersenam. Sekarang ini pun banyak pusat senaman untuk wanita hamil atau anda boleh rujuk dalam buku pemeriksaan kehamilan anda untuk cara senaman semasa hamil.
Sembelit semasa hamil bukanlah satu masalah yang serius,  tetapi jika keadaan berlarutan, maklumkan kepada doktor atau jururawat.

Kadang kala sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh menyakitkan, gatal dan rasa tidak selesa, tetapi ianya masih boleh dirawat. 

Elakkan pengambilan ubat-ubatan berbentuk julap tanpa mendapat nasihat daripada doktor atau jururawat terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil.

Untuk wanita hamil yang mengalami masalah sembelit, saya sangat cadangkan ambillah OSTEMATRIX, tablet kalsium yang bukan hanya membekalkan kalsium sahaja. Ostematrix dapat membantu melembutkan najis dan memudahkan pembuangan setiap hari.

Manfaat lain Ostematrix untuk wanita hamil.

Wanita hamil memerlukan 1000mg-1300mg kalsium sehari. Setiap 1 biji ostematrix ini mengandungi 250mg kalsium. Jadinya pengambilan 4 biji ostematrix setiap hari sudah memadai bagi wanita hamil.

Selain Kalsium, Ostematrix ini juga mengandungi Magnesium dan Vitamin D. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

Tidak mengandungi lemak berbanding bagi wanita hamil yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi wanita hamil serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya wanita hamil kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakkan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

Testimoni Pengambilan Ostematrix
Artikel berkaitan




Noi 0177274034

No comments:

Post a Comment