Search This Blog

Sep 27, 2016

SET RESDUNG SHAKLEE PALING BERKESAN

Assalamualaikum...

Penyakit resdung sering menghantui kita, cuba lah kalau kita mencari maklumat berkaitan resdung pasti ada keluar gambar-gambar pesakit resdung yang mengerikan, rompong di bahagian hidung, ada yang berulat dan bernanah dan bermacam-macam lagi.

Bagaimana pula yang sudah mempunyai SIMPTOM resdung, adakah masih berkira-kira untuk mencari penawar penyakit tersebut. Kenali PUNCA dan carilah KAEDAH RAWATAN yang sesuai.

Sebelum anda mencari penawar yang lain, saya ingin mencadangkan kepada pesakit resdung salah satu alternatif yang semulajadi dan selamat daripada Shaklee. SET RESDUNG SHAKLEE yang mengandungi Vitamin C, Alfalfa Complex dan B-Complex.

Vitamin C
  • Peranannya adalah sebagai antioksida yang hebat dalam mengoptimumkan antibodi dan imuniti dalam menyerap serangan resdung.
  • Mempercepat proses penyembuhan
  • Memastikan proses pemuliharaan dan proses metabolisma dalam tubuh berperanan dengan sempurna.
Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan keradangan penyakit resdung itu sendiri.
  • Diperkaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap radang daripada alahan, gegata dan resdung.
B-Complex
  • Kandungan B6 dalam B-Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B-Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
Selain daripada vitamin yang disebut ini, anda boleh menambah atau menggunakan Vivix dan Nutriferon. 

Vivix

FUNGSI VIVIX itu sendiri yang bagus dalam memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki sel DNA. Vivix mengandungi 4 BAHAN AKTIF yang tinggi dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang lain.  4 cara vivix bertindak ke atas sel tubuh manusia 
  1. Cell Deffence - mempertahankan sel yang mudah rosak dan berpenyakit
  2. Cell Energy - memberi tenaga kepada sel yang lemah
  3. Cell Repair - memperbaiki sel yang telah rosak
  4. Cell Performance - meningkatkan prestasi sel.
dan disebabkan ini lah, vivix dapat membantu melegakan penyakit resdung itu sendiri dan telah terbukti vivix boleh membantu pesakit resdung.

Nutriferon

Nutriferon sangat bagus untuk boost imun sistem badan. Dengan formula ekslusif berpaten mampu meningkatkan sistem imun dengan selamat dan semulajadi.

Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah, selamat serta berkesan. Walaubagaimanapun bagi penghidap penyakit resdung ni ada PANTANG LARANG yang harus di ikuti bagi mengelakan resdung menjadi lebih kronik. Ambil peduli sekarang kerana penyakit resdung ini jika dibiarkan akan bertambah kronik dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi sehingga boleh membawa maut.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh berhubung dengan Noi 017 7274034.

Sep 26, 2016

5 TIPS MENANGANI RESDUNG DAN PANTANG LARANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Umum yang kita ketahui pesakit yang menghidap RESDUNG ni dia mempunyai alahan. Alahan ni ialah satu fenomena di mana seseorang menjadi alah kepada agen persekitaran seperti debu, habuk atau biji-biji debunga, tumbuh-tumbuhan, bijirin, bulu binatang, bahan pelarut kimia, asap rokok dan habuk kapur tulis.

Kita juga sering mendengar terdapat orang yang alah kepada beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan. Ada pula individu yang menjadi alah kepada suhu yang terlalu sejuk. Andai mereka terdedah kepada keadaan yang sedemikian, gejala-gejala alahan akan timbul.

Alahan ini juga menjadi salah satu PUNCA seseorang individu menghidapi penyakit resdung. Apa yang perlu anda lakukan untuk menangani penyakit ini atau mengendalikan pesakit yang sudah mempunyai SIMPTOM resdung.

Pantang larang bagi orang yang menghidap penyakit resdung.
  • Elakan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yan diperbuat daripada bulu binatang.
  • Elakan daripada menggunakan perkakasan atau peralatan rumah yang boleh boleh memerangkap habuk seperti karpet atau permaidani.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan makanan terutama makanan laut yang mengakibatkan alahan.
  • Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak didalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya.
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan lagi gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
Tips menangani penyakit resdung
  • Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air.
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda. 
  • Lap muka dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan penafasan wap.
  • Gunakan penyedut hampagas atau vacuum cleaner untuk membersihkan habuk di dalam rumah.
  • Gunakan penutup hidung  ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

Bagi pesakit resdung sendiri ada banyak KAEDAH RAWATAN yang boleh anda ambil untuk merawat penyakit resdung anda. Sama ada berjumpa doktor, menggunakan vitamin atau suplemen atau kaedah yang lain yang difikirkan sesuai dan tidak memudaratkan pesakit.

Sep 25, 2016

KAEDAH RAWATAN RESDUNG, BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca..

Resdung boleh mengganggu kualiti hidup seseorang sehingga menyebabkan mereka bersifag emosi dan kerap tidak hadir ke sekolah atau tempat kerja. Golongan ini juga mudah mengalami imsomnia, kemurungan, keletihan dan masalah pendengaran. 

Sebelum  ini ada saya  terangkan APA ITU RESDUNG (SINUSITIS), PUNCA yang menyebabkan resdung serta SIMPTOM jika seseorang itu menghidapi resdung. Bagaimana pula dengan rawatan kepada penyakit resdung ini.

Di Malaysia, biasanya resdung ini dirawat secara tradisional dan moden. Di dalam kaedah rawatan moden biasanya mereka akan berjumpa doktor. Mereka mungkin akan di diagnosis, skop hidung untuk melihat punca resdung dan scan CT hidung dan sinus untyk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah.

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan seperti antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut), ubat selsema, Dekongestan (ubat tiris atau semburan hidung). Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tidak ketinggalan, ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang berubat secara tradisional. Walaupun kemujarabannya berbeza-beza antara individu, namun kaedah ini telah banyak mendapat kepercayaan daripada lara pesakit resdung. Antara kaedah yang popular ialah rawatan wap dengan menggunakan campuran herba seperti bawang, daun sirih, biji sawi dan jintan manis, kaedah rokok resdung dan kaedah lipas resdung.

Ada juga yang menggunakan kaedah semulajadi dan sangat berkesan untuk jangka masa panjang dalam mengurangkan dan menghindari penyakit ini daripada melarat. Kaedah semulajadi dan selamat ini ialah memperkuatkan sistem imunisasi badan dengan vitamin-vitamin yang sesuai.

Walau apa pun kaedah rawatan yang anda pilih, pastikan ianya selamat dan tidak memudaratkan diri anda.

Sep 23, 2016

Gejala atau Simptom penyakit Resdung, Siapa yang menghidapinya...

Assalamualaikum.

Hari ini nak selongkar lagi berkaitan penyakit RESDUNG. Kadang-kadang gejala atau simptom resdung tu memang dah ada dan mungkin kita tidak perasan dan mungkin sengaja kita tidak endahkan. Ambil perhatian penyakit ini boleh membahayakan nyawa kita semua.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang melampau, batuk, gatal-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalha kompilasi pada otak.

Simptom atau gejala jika anda seorang penghidap resdung :-

  • Hidung tersumbat dan berbau busuk
  • Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
  • Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
  • Kerap bersin terutama di waktu pagi
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak secara berpanjangan serta berulang
  • Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Kerap sakit kepala
  • Mempunyai lendir dari hidung dan tekak
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain
Tanda-tanda tersebut muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung adalah tinggi dan jika dibiarkan masalah resdung ini boleh menyebabkan kecacatan, dan memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.

Mungkin ada diantara kita tidak sedar mengenai PUNCA RESDUNG sehingga muncul gejala atau simptom resdung ni. Biasanya, bila dah ada simptom baru kita nak cari puncanya. Ambil peduli sekarang untuk kesejahteraan akan datang...

Ulat Resdung fakta atau mitos, adakah ia punca sebenar resdung.

Ada tak dikalangan anda yang mengalami resdung. Sebelum ini saya ada menerangkan berkaitan resdung atau sinusitis dan untuk  penerangan yang jelas mengenai resdung boleh baca DISINI, Ketahui Apa itu penyakit resdung.

Sekarang ini pula kita ketahui pula akan punca-punca utama terjadinya penyakit resdung ini. Mungkin ianya dapat dijadikan panduan mahupun rujukan agar dapat menghindari atau mengurangkan gejala penyakit resdung anda. 

Punca sebenar yang menyebabkan RESDUNG

Segelintir daripada kita ni mungkin percaya kewujudan ulat resdung yang dikatakan menjadi punca penyakit resdung. Kepercayaan bahawa ulat resdung itu bukan mitos dan ulat resdung itu adalah sejenis parasit yang tinggal dalam rongga hidung seseorang. Sekaligus dikatakan menjadi punca seseorang itu berasa gatal-gatal, tidak selesa dan hidung selalu tersumbat dan dipenuhi hingus. 

Sebenarnya ulat resdung ini memang tidak wujud dan daripada mana datangnya ketika rawatan itu juga tidak di ketahui. Jika kita memahami dengan betul bagaimanakah punca penyakit resdung ini terjadi maka kita akan faham mengapa ulat resdung itu adalah mitos semata mata kerana daripada kajian kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan, ulat resdung ini tidak pernah wujud.

Tetapi, Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan dalam bidang perubatan moden 'ulat resdung' tidak pernah dibuktikan kewujudannya. Ini kerana resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa

Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Tambahan pula, resdung juga berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus.

Boleh bayangkan tak jika benar ulat resdung tu wujud dan ada ulat di bawah kulit muka kita. Tapi ada juga yang menyatakan penyakit resdung berpunca dari parasit yang dipanggil demodex, mungkin parasit ini lah yang orang perkatakan sebagai ulat resdung. Dan mungkin demodex ini lah yang keluar semasa rawatan resdung di lakukan.

Demodex

Ada juga faktor-faktor lain yang menjadi penyumbang kepada risiko penyakit resdung seperti :-

  • Virus - yang mengakibatkan selsema
  • Alahan - Terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. 
  • Bakteria
  • Udara Tercemar dan Bahan Kimia
  • Jangkitan kulat (Fungi)
  • Merokok
  • Kekurangan air atau udara yang kering
  • Struktur hidung yang berbeza - kes yang ini jarang berlaku tapi risiko untuk mendapat jangkitan sinus adalah tinggi apabila individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan sinus yang berbeza dari normal atau dengan polip. Saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan rongga sinus lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada sinus.Dalam kes sebegini biasanya pembedahan adalah pilihan yang ada untuk memulihkan keadaan pesakit.
Cuba kita lihat kemungkinan penyakit resdung yang kita hidapi berpunca dari keadaan sekeliling kita, jika boleh di elakkan lebih baik hindari agar penyakit resdung ini tidak melarat dan jadi lebih teruk. 

Sep 22, 2016

Ketahui apa itu penyakit resdung.. Adakah kita mangsa seterusnya....

Assalamualaikum, 

Selalunya bila anda bangun pagi ada tak sentiasa bersin sampai kesudah, kadang-kadang selsema berpanjangan, hidung tetiba tersumbat. Ini semua ada kaitannya dengan resdung. Resdung, mesti dah selalu dengar kan tapi sejauh mana kita faham tentang resdung ni. Dari mana dia datang, bahayakah resdung ini. Ada ke cara nak mengubatinya. Ikuti kupasannya....

Resdung dalam istilah perubatan tradisional atau yang sering kita panggil tu merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Dalam istilah saintifik pula merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Ramai yang tidak memandang serius terhadap penyakit ini tapi sebenarnya ia boleh mendatangkan bahaya kepada pengidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata, akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

Resdung (sinusitis)

Merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus. Oleh yang demikian ia akan dipenuhi dengan rembesan. Biasanya silia (rerambut halus) akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila rerambut halus silia dalam sinus gagal untuk menyempurnakan fungsinya, ini akan mengakibatkan bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat anda akan mendapat SINUSITIS.

Silia

Jenis Resdung (Sinusitis)

Resdung jenis akut. Sinusitis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan tersumbatnya hidung. 

Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Antara ciri-ciri sinusitis jenis akut, hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut dimuka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi. Srangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang. Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

Satu lagi Sinusitis adalah jenis kronik (kadangkala disebut sebagai sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku berterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang-kadang bertahun-tahun.Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinusitis Akut tetapi sinusitis kronik boleh mencetuskan kompilasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan kebutaan.

Perbezaan antara sinus (rongga) yang normal dan tidak

Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir yang dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai yang beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara. Ruang-ruang udara ini menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu-pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. Pintu-pintunperhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya bakteria akan membiak didalam rongga sinus. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan di dalam lapisan hidung.

Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus. Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia. Walaubagaimanapun, cecair ini tidak statik dan sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung. Dari hidung ia akan mengalir masuk kebelakang hidung terus masuk kedalam tekak. kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :
  • Sinus maxilla
  • Sinus erhmoid
  • Sinus frontal
  • Sinus sphneoid
Diharap dengan penerangan ringkas mengenai resdung menambah lagi pefahaman kita mengenai penyakit resdung yang mana mungkin akan membahayakan nyawa kita sendiri. Cegah dari awal mampu menyelamatkan nyawa kita...

Noi 0177274034

Ketahui apa itu penyakit resdung, adakah kita mangsanya....