Search This Blog

Oct 14, 2016

RAWATAN DAN CARA MENGATASI SEMBELIT...

SEMBELIT memang menyakitkan dan ia terjadi bukan sahaja kepada individu dewasa malah kepada bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup yang sihat dan aktif boleh membantu untuk melegakan sembelit selain mengurangkan sakit akibat sembelit.


Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Jika Jika keadaan ini berlaku, pembedahan mungkin akan dilakukan untuk mengeluarkan najis yang keras dan melekat dalam usus.


Risiko Penyakit 

Jangan pandang ringan sembelit ini. Walaupun kita anggap ia sebagai perkara biasa namun jika tidak diatasi dengan betul dan sempurna, sembelit akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Disebabkan sembelit, toksin dalam aliran darah menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga didapati mampu menyebabkan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks akan mengalami keradangan.

Cara Mengatasi Sembelit

Ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan bagi mengelakan sembelit berulang.
  • Banyakkan minum air kosong - Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain seperti jus atau soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.
  • Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.
  • Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.
  • Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah mambantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.
  • Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati juga membantu mencegah sembelit.
  • Jauhi rokok kerana perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit
Dengan mengetahui PUNCA masalah sembelit ini mudah untuk kita mengatasi sembelit dari berulang lagi dan menjadi lebih kronik. Selain itu, masalah sembelit ini juga boleh diatasi dengan mengambil suplemen semulajadi yang sesuai dan berkesan.


No comments:

Post a Comment