Search This Blog

Oct 19, 2016

MAKANAN ORANG SEMBELIT


Kesukaran untuk mengosongkan usus atau kemampuan untuk hanya mengosongkannya kurang daropada 3 kali seminggu dikenali sebagai SEMBELIT. Terdapat banyak kemungkinan PUNCA disamping perubahan patologi dalam usus, kandungan lemak dan gula disertai kekurangan serat dalam diet dan kekurangan cecair merupakan antara pemangkin utama sembelit.

Makanan yang sesuai di ambil oleh mereka yang menderita sembelit
  • Buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh

Kumpulan makanan ini juga kaya dengan serat larut mahupun serat tidak larut. Serat adalah kunci utama kesihatan sistem pencernaan. Apabila ia memasuki sistem pencernaan, ia akan menyerap cecair dan melembutkan sisa buangan. Ini akan membantu pergerakan sisa di sepanjang usus,

Kandungan serat tinggi di bahagian kulit, stem dan daun buah-buahan atau sayur-sayuran, jadi makan epal, pir bersama kulitnya, brokoli atau kangkung jangan dibuang batangnya. Orang dulu-dulu selalu cakap kalau makan buah tu jangan di kupas kulitnya sebab semua zat ada pada kulit.

Sayuran hijau gelap seperti kangkung, brokoli, kailan dan sebagainya kaya dengan kandungan magnesium yang bersifat laksatif. Bukan sekadar tinggi serat tetapi juga tinggi nutrien yang menggalakkan pencernaan efektif.
  • Buah prun dan buahan kering lain

Buah prun bertindak sebagai agen laksatif ringan, dengan merangsang otot usus untuk menolak keluar bahan buangan. 5 biji prun membekalkan 3g serat, tetapi kajian menunjukkan keberkesanannya bukan hanya terletak pada serat tetapi juga pada kandungan sorbitol serta komponen lain.
  • Kopi dan minuman panas lain
Sebahagian individu akan terus buang air besar setelah menikmati kopi. Antara faktornya ialah minuman panas akan membantu pergerakan usus. Kandungan kafein dalam kopi juga merangsang pergerakan dan pengecutan otot usus. Tetapiia bukanlah penyelesaian jangka masa panjang, kerana pengambilan kafein secara berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan lain pula.
  • Air
Serat memerlukan air untuk berfungsi sepenuhnya. Jika tidak meminum air secukupnya, badan akan menyerap balik air dalam bahan buangan dan seterusnya akan menyebabkan sisa tersebut mengeras. 
  • Probiotik
Usus memerlukan tindakan dari bakteria dan prebiotik iaitu serat untuk menjalankan proses pencernaan, penyerapan dan perkumuhan secara efisien.Kita boleh mendapati sumber probiotik dari makanan harian terutamanya dari makanan yang ditapai seperti tempeh, yogurt, makanan beryis dan minuman probiotik.
  • Supplemen jika perlu
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang selalunya mencukupi untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan tetapi saranan pengambilan suplemen mungkin membantu individu tertentu.

Kurangkan atau Hadkan
  • Pengambilan susu lembu atau produk tenusu secara berlebihan 
Alahan pada protein susu kadang-kadang akan menyebabkan sembelit. Kajian menunjukkan, 68% dari kanak-kanak yang mengalami sembelit kronik sembuh apabila pengambilan susu lembu di tukar kepada susu soya. Jika anda sudah mengambil serat dan air yang mencukupi tetapi masih juga sembelit, cuba kurangkan pengambilan tenusu selama 2 minggu bagi mengenalpasti perbezaan, tetapi pastikan anda mengambil makanan sumber kalsium secukupnya dalam tempoh ini.
  • Pengambilam Protein Berlebihan 
Diet tinggi protein terutamanya daging merah boleh menyumbang masalah sembelit. Anda hanya akan perlu 65-100g sehidangan 3-4 kali seminggu. Sekurang-kurangnya sekali seminggu cuba makan makanan vegetarian, anda mungkin mampu mengubah masalah kekurangan serat dan sembelit.

  • Roti putih, nasi putih dan pasta putih
Apabila semuanya putih bermaksud yang sudah di tapis, diproses dan seratnya dibuang. jika anda seorang yang hanya suka dengan nasi putih, padtikan anda mengambil sayuran dan buahan secukupnya. Roti mil juga bagus bagi menggantikn roti putih dan jangan lupakan kekacang dan binian yang kaya dengan serat.

  • Alkohol
Bagi yang gemar minum arak, alkohol akan memperlahankan pergerakan otot usus dan ia juga bersifat diuretik. Jadi anda memerlukan lebih air. (Haram bagi muslim untuk minum arak).

Diharap dengan penulisan kali ini dapat mengawal masalah sembelit anda. Jika anda dapat mengenal pasti PUNCA terjadinya sembelit maka mudahlah untuk anda mengatasinya. Walaubagaimanapun, jika keafaan bertambah parah, RAWATAN daripada pakar mungkin di perlukan... 


No comments:

Post a Comment