Search This Blog

Dec 13, 2016

PUCUK UBI.. KHASIATNYA RAMAI YANG TIDAK TAHU



Pucuk Ubi...siapa yang tak kenal dengan pucuk ubi. Ada yang kata pucuk ubi adalah sayur kampung. Tak kisah la sayur kampung pun kan tapi tahukah anda, pucuk ubi yang anda makan adalah sayuran organik 100% kerana pokok ubi kayu boleh ditanam dihampir semua tempat tanpa memerlukan penjagaan yang khusus, malahan tidak perlu dibaja atau disembur racun sekalipun. Ini menjadikan sayuran pucuk ubi ini amat tinggi nilainya. 

Pucuk ubi kayu mengandungi pelbagai mineral, vitamin, asid amino dan protein yang sangat diperlukan badan. Protein sayuran yang terkandung dalam daun ubi kayu berfungsi sebagai unsur-unsur yang membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim. Di samping itu kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga. 

Kandungan protein dalam daun ubi disebut-sebut setara dengan protein pada telur, dan mengandungi lebih dari 60% asid amino esensial. Kerana kelebihannya ini, daun ubi sangat baik untuk mencegah sembelit, baik untuk kesihatan mata, dan mampu meningkatkan kekebalan tubuh.

Asid amino dalam daun ubi kayu juga berguna untuk pemulihan luka dan kulit yang bermasalah serta rosak. Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak, menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik.

Selain itu juga ia membantu memulihkan sistem metabolisme tubuh. Klorofil dalam daun juga berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. 

Daun ubi kayu sangat rendah kalori dan amat sesuai sebagai makanan yang dapat menurunkan berat badan. Pucuk ubi kayu juga dapat mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman. 

Tubuh kita memang memerlukan semua khasiat yang terkandung dalam daun ubi ini tapi mampukah kita untuk makan pucuk ubi dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi keperluan tubuh. Bagi orang macam saya yang kurang gemarkan sayur memang tidak akan cukup segala khasiat yang diperlukan. Dan disebabkan itu saya menambah keperluan nutrisi dengan pengambilan supplemen seperti ESP. ESP juga mempunyai khasiat yang hampir sama dengan pucuk ubi.


Bagaimana anda ingin menikmati keenakkan pucuk ubi terpulang kepada anda. Ada yang suka rebus dan cicah dengan sambal tumis atau sambal belacan, mungkin boleh dimasak lemak atau di buat urap atau kerabu.




Dec 12, 2016

HOBI - AKTIVITI DIMASA LAPANG..

"Hobi saya mengumpul stem"... itulah ayat zaman kecik-kecik bila kawan-kawan tanya apa hobi kite. Masa tu pun tak tau apa yang sendiri suka nak buat sebagai hobi, yang tau main pastu kena buat keje rumah. Bila kawan-kawan tanya pasal hobi hanya cakap ape yang tetlintas di kepala.


Hobi ini merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Tak kira la kalau orang kata hobi awak tu buang masa ke tak ada faedah ke asal kan tak ganggu orang lain dan dapat tenangkan fikiran awak, itu sudah memadai. Kalau hobi awak tu boleh menjana pendapatan tu dah kira satu bonus untuk awak.

Tujuan kita berhobi ni untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokkan. Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Terpulang kepada minat awak la.

Hobi saya satu masa dulu suka menonton tv baca novel tapi sejak dah jadi mak mak ni tv dah kena rampas oleh anak-anak, layan je la ape mereka tonton. Nak baca novel pun dah tak ada feel hahaha. So sekarang nak mengisi masa lapang dan menenangkan fikiran memang saya akan main game dalam smartphone saya. Nampak macam tak ada faedah kan tapi bukan lah mengadap game sampai kerja lain pun lupa.


Selain tu, satu lagi aktiviti yang saya akan buat, menjahit baju. Yang ini memang memerlukan mood nak mula menjahit. Kalau dah start menjahit memang semua benda nak dijahitnya. Tapi waktu sekarang agak terhad sebab ada baby sofia suka kacau. Oleh kerana peralatan nak menjahit tu banyak yang merbahaya terpaksa la cari masa yang tidak akan diganggu oleh anak-anak.

Itu hobi saya, mungkin anda diluar sana mempunyai aktiviti tersendiri yang boleh memuaskan diri sendiri. Ada juga sesetengah individu suka hobi yang mahal contohnya suka mengumpul kereta, menghias kenderaan dan sebagainya. Dan ada juga yang menyukai hobi yang biasa sahaja, antaranya :-


1. Mengumpul setem
Hobi yang menjadi kegilaan kanak-kanak satu masa dulu, mungkin sekarang masih ada yang minat nak kumpul setem. Mungkin ada yang menganggap hobi ini membosankan disebabkan kurang pendedahan dan susah nak mendapatkan setem yang terpakai tapi hobi ini ada peminatnya sendiri.


2. Memancing

Biasanya hobi ini dikalangan lelaki sahaja dan jarang bagi wanita yang meminati hobi ini. Hobi seperti ini ada pulangan tersendiri, ikan yang dipancing boleh bawa balik dan dimasak. Di samping dapat melakukan aktiviti kesukaan, perut pun dapat habuan hasil pancingan.


3. Membela haiwan peliharaan
Hobi yang ini mesti ramai yang suka. Beli sahaja haiwan yang berkenan dan jaga. Tak kisah la haiwan ape pun kan, ada orang suka bela ayam, kucing, itik, kura-kura dan sebagainya.


4. Berkebun
Ada juga yang jadikan berkebun sebagai hobi dimasa lapang. Hobi ini juga boleh memberi manfaat kepada kita semua, dapat lakukan aktiviti kesukaan dan hasilnya dapat mengenyangkan perut.


Sebenarnya kalau nak disenaraikan hobi ini memang panjang berjela la. Terpulang kepada individu untuk memilih apa yang disukai. Kadang-kadang aktiviti harian kit juga boleh bertukar menjadi hobi.

Apa pun yang anda minat dan suka selagi tidak mengganggu orang sekeliling, itu sudah memadai. "Keep calm and do whatever you like..."



OBESITI... DIMANAKAH SILAPNYA...

Anak yang gemuk (obesiti) bukan bererti kita cukup bagi dia makan dan anak yang kurus bukan bererti kita tak bagi dia cukup makan.


Dari pengalaman saya sendiri 6 tahun lepas semasa mengandungkan anak pertama, hampir setiap hari saya suka makan fast food. Of coz la McD kan sebab senang nak beli drive thru aje. Sampai la nak melahirkan memang gemar ngan makanan segera tu.
Lepas lahir si kakak memang bam bam sampai la umur 4 tahun memang badan tak pernah turun, makin bam bam ada la. Terpaksa pergi jumpa pakar sebab dah obes, kena jaga pemakanan, susu kena kurangkan, tiap-tiap bulan memang kena pergi jumpa pakar, monitor perkembangan supaya tak terlebih obes. Tak pasal pasal nak kena kira kalori segala bagai....

Lepas stop susu (bagi juga tapi tak kerap), jaga pemakanan, memang kurangkan yang fast food ni nampak ada perubahan tang berat badan.

Selepas kejadian si kakak, anak kedua dan ketiga memang avoid makanan segera ni, tak nak la sejarah berulang, nak pergi jumpa pakar bukan sekejap, seharian kat hospital je. Jumpa pakar nya sekejap nak menunggu memang panas punggung la.

Bila anak anak dah membesar ni kena jaga la pemakanan diorang, bukan tak bagi langsung makanan segera ni bagi juga tapi tidak la kerap.

Kita pun kena la beringat, kerana nak mudah kan kerja kita, anak anak yang dapat bahagian. Kesian kat diorang kalau kita tak jaga sekarang, akan datang takut mengganggu kesihatan mereka...

Sekarang kita bagi yang berkhasiat je untuk anak anak, junk food ke makanan segera ke memang kurangkan untuk anak anak. Sesekali ada la bagi juga... kalau kita tak jaga pemakanan mereka sape lagi nak jaga kan... Di samping saya juga memberi makanan tambahan seperti Meal Shakes dan OmegaGuard untuk melengkapkan keperluan nutrisi dalam badan dan untuk sistem imunisasi tubuh. 

Maklum sahaja la anak-anak yang sedang membesar ni macam-macam benda dia nak explore nak ambil tahu, masa ni la memang kena jaga kesihatan mereka sebaik mungkin. Mungkin kita rasa, kita dah bagi cukup lengkap nutrisi mereka tapi kita akan tersedar bila mereka mengalami masalah kesihatan. 

Mama sayang anak-anak mama. Mama cuba beri yang paling terbaik untuk anak-anak mama.

Dec 11, 2016

Mengapa saya memilih produk Shaklee untuk kesihatan diri dan keluarga saya.

Tahun 2014 merupakan tahun pertama saya berkenalan dengan Shaklee. Saya memang ada satu kegemaran suka tengok orang jual produk tak kira la produk ape pun, tapi saya tak la suka nak membeli. Dengan Shaklee lain, ntah la memang jodoh tu ada kot hari hari kat news feed facebook lalu la pasal shaklee ni. Kalau selalu scroll je laju-laju malas nak baca tapi satu hari tu boleh lekat kat mata satu iklan pasal combo ESP. Dalam pada masa yang sama ada orang komplen badan dah tinggal tulang.



So dari situ terus PM dia nak set tambah berat badan terus join ahli. Tapi masa ni menyombong sket, orang dah invite group ko g left group hahaha. Lama kelamaan tengok macam best je sharing kebaikan ape yang kita ambil sesambil boleh jana pendapatan kan, so pe lagi request la nak join group semula nak berbisnes pula. Tahun 2015 selepas melahirkan anak ke 3, amik set berpantang, sebab masa ni badan rasa dah sengal sengal, pantang pun dah macam orang tak beranak huhuhu...

Selangkah kaki dah masuk ke alam bisnes shaklee ni memang tekadkan semangat untuk terus berbisnes, tak nak la sangkut separuh jalan je kan. Dah berada dalam dunia shaklee ni macam macam yang saya belajar, dari ilmu dunia sampai la ilmu kerohanian. Masa ni la baru sedar rupanya banyak lagi yang kena belajar dan belajar...

Bestnya bila berbisnes macam ni, kita dapat ramai kenalan dari seluruh pelosok negeri. Saya berani kongsikan kehebatan shaklee sebab saya sendiri dah merasakan perubahan selepas makan vitamin shaklee ni. Kalau kita sendiri tak guna tapi nak jual pun susah juga sebab tak boleh nak cerita macam mana keberkesanan produk tu. Produk lain bisnes lain saya tak arif tapi shaklee memang best. Shaklee bisnes yang low profil tapi kebabom. 

Sekarang apa yang saya cari dalam bisnes semua ada dengan shaklee, kena kuatkan semangat rohani dan jasmani... cheewahh...
Korang dari dok termangu mangu berangan tak tau nak buat ape, meh join shaklee boleh juga buat duit tepi kan...

Banyak benefit kalau join shaklee ni, dapat cash bonus tiap-tiap bulan, Car bonus, ada 5 star trip setiap tahun dan macam-macam lagi la. Hanya yuran keahlian sebanyak RM70 sahaja yang diperlukan untuk memulakan bisnes shaklee ni. Tak perlu simpan stok banyak-banyak, tak perlu risau stok tak habis jual, dan yang penting tak payah sibuk-sibuk nak cari bangunan kosong nak sewa bagai untuk buat kedai, log in je shaklee2u klik klik je sudah. Kalau setakat smartphone dan internet mesti semua ada biar pun made in china kan.

Dari mencari alasan baik lah cari penyelesaian....

Kalau dah habis fikir boleh whatapps Noi 0177274034....






HIKAYAT PAK SALOI BAHAGIAN IV

Pak Saloi semakin risau dan berlegar-legar di situ sambil memujuk najisnya. Dia masih lagi merayu dan memujuk agar najisnya segera keluar dari tempat tidur itu . Dalam keadaan yang demikisn, Mak Saloi pun terjaga. Dia menyangka pak Saloi sedang mengigau dan sedang bercakap dalam tidurnya, lalu dia pun membuka mata. Dilihat Pak Saloi sedang sibuk merayu najisnya keluar dari situ, mak Saloi pun meraba badan suaminya sambil berkata, "Apa yang abang cakapkan sorang-sorang ni? Tidurlah... kan hari masih malam, jangan mengigau lagi. Itulah abang... nak masuk tidur tak mahu basuh kaki dahulu.

Pak Saloi mendiamkan diri sahaja, berpura-pura tidur. Mak Saloi berkata lagi, kali ini agak kasar sedikit kerana matanya mengantuk dan suaminya membuat bising, mengganggunya," Sudahlah... Tidurlah tu... Jangan nak memekak sahaja malam-malam buta ni."

Pak Saloi terus sahaja mendiamkan diri apabila ditegur oleh isterinya. Dia berpura-pura tidur dan berdengkur sedikit-sedikit, tujuannya supaya mak Saloi kembali tidur agar dia dapat meneruskan kerjanya mengusir najisnya keluar dari bilik itu. Oleh sebab Pak Saloi terlalu mengantuk dan hampir semalam-malaman itu dia tidak dapat tidur, Pak Saloi pun terus terlena hingga ke siang.

Apabila hari sudah siang Mak Saloi pun bangun daripada tidurnya. Dilihatnya Pak Saloi masih tidur dan berdengkur lalu di biarkan sahaja. Pada fikirannyaa suaminya tentu masih mengantuk kerana diganggu oleh igaunya semalaman itu. Setelah bangun Mak Saloi sangat terperanjat kerana dilihatnya emping bertaburan di sisi suaminya. Dia menyangka tentulah emping itu tertumpah dilanggar kucing kerana bakul emping itu tidak jauh dari situ. Mak Saloi mengambil bakul itu lalu dikutipnya emping yang bertaburan di atas lantai sambil berkata "Kuuuuurr semangat emping... mengapakah engkau bertaburan begini?."

Semasa Mak Saloi mengutip emping dan memasukkannnya ke dalam bakul dia tercium bau busuk. Dia menyangka bau itu adalah bau emping yang sudah 'buruk', yakni busuk dan rosak disebabkan sudah terlalu lama disimpan. Kalau sudah busuk buat apa disimpan lagi, sudah tidak boleh dimakan. Mak Saloi pun terus membuangkan semua emping yang dikutipnya itu ke tanah dan terus dimakan oleh ayam. Memikirkan semua empingnya sudah busuk, Mak Saloi pun terus kedapur dan mengambil semua emping yang tersimpan di dalam upih dan sumpit lalu dibuangkan ketanah. Berebut-rebutlah ayamnya makan emping itu.

Apabila matahari sudah sepenggalah tingginya barulah Pak Saloi terbangun. Ketika itu Mak Saloi sudah tidak ada lagi di rumah, dia sudah berada di kebun menanam sayur-sayuran dan membersihkan kebunnya itu. Pak Saloi memerhatikan najisnya semalam, didapati najisnya itu sudah tiada lagi. Dia pun berfikir dalam hatinya, "Oh, rupa-rupanya pergi juga engkau setelah puas aku pujuk ya, Rupanya engkau hendakkan upah dulu baru kau mahi pergi."

Pak Saloi menjenguk ke luar tingkap didapatinya hari sudah siang benar, matahari sudah tinggi dan orang-orang kampung sudah pergi kekebun masing-masing. Pak Saloi pun memanggil isterinya beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Pak Saloi masih terasa mengantuk dan letih ingin sahaja terus menyambung tidurnya tetapi perutnya sudah mulai berasa lapar. Maka Pak Saloi pun bergegas pergi kedapur untuk mencari sarapan tetapi semuanya sudah tidak ada. Dicarinya eming yang masih tersimpan di dalam upih dan sumpit rotan di rak pun semuanya sudah tidak ada. Upih dan bakul serta sumpit rotan itu semuanya kosong belaka. Pak Saloi berasa sungguh hampa dan perytnya juga sungguh lapar. Pak Saloi pun mengeluh kehampaan, "Hai.... sampai hati engkau najis... engkau habiskan semua emping aku... tak kasihan sedikit pun rupanya engkau pada aku, ya.. ? Begitu lama kau duduk dalam perut aku bila keluar begitu balasan engkau pada aku..."

Pak Saloi pun duduk ditangga rumahnya sambil termenung dan berfikir, fikirannya tidak lain untuk mendapatkan sarapan sahaja kerana perutnya sudah berkerincing. Mahu tidak mahu Pak Saloi terpaksa juga duduk di situ menunggu isterinya pulak untuk memasak makanan tengah hari....
========================================================================

Sebenarnya cerita ini tidak tamat disini, panjang lagi ceritanya tapi dah lama baca buku ni dah lupa jalan cerita yang lain. kalau kalau ada sesiapa yang pernah membaca atau masih ada simpan buku ini boleh kongsikan dengan saya....



Dec 7, 2016

HIKAYAT PAK SALOI BAHAGIAN III

Pada malam berikutnya Pak Saloi terjaga lagi daripada tidurnya kerana perutnya sakit seperti semalam. "ah perut aku ni dan mula sakit, tak tahukah ia bukankah hari ini sudah malam?" bisik Pak Saloi dalam hatinya. Dia sakit perut kali ini kerana terlalu banyak makan emping bersama gula apung. Mula-mulanya Pak Saloi berasa amat malas untuk bangun dan beredar dari situ kerana matanya masih mengantuk. oleh sebab perutnya semakin lama semakin sakit maka tahulah dia bahawa isi perutnya itu mesti dikeluarkan juga. dia pun bangun dan berjalan perlahan-lahan menuju tangga seperti semalam. Dia tidak mahu membuat bising kerana tidak mahu mengganggu Mak Saloi . Dengan cepat dia pun mengangkat kainnya dan mencangkung di atas tangga, di tempat yang sama seperti semalamnya. Pak Saloi sekali lagi terperanjat kerana didapati najisnya boleh bergerak dan beredar dari situ. Peristiwa yang sama semalam berulang semula. Pak Saloi akhirnya membuat kesimpulan bahawa kejadian itu bukanlah suatu keanehan tetapi suatu keistimewaan bagi dirinya kerana dia selalu bersifat jujur. Sebenarnya pada malam itu kura-kura yang sama kebetulan betlalu di situ, agaknya binatang itu keluar mencari makanan atau balim ke tempat diamnya. Selepas melepaskan hajatnya Pak Saloi pun kembali tidur di sebelah isterinya dengan perasaan yang sungguh riang dan gembira. Peristiwa itu juga dirahsiakan oleh Pak Saloi dan tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun.

Pada malam yang ketiga perkara yang sama berlaku lagi. Kali ini perutnya sakit lagi dengan tak menentu fasal. Dia pun tidak pasti sama ada terlalu kenyang atau tersalah makan. Pak Saloi segera bangun dan mengurut-urut perutnya dan dia segera hendak pergi ke tangga seperti malam-malam sebelumnya. Pada ketika itu terlintas dalam fikirannya akan kejadian dua malam yang lalu. Pak Saloi berfikir sejenak dan berkata dalam hatinya, "Ah kali ini buat apa bersusah-susah pergi ketangga, lebih baik aku buang air besar disini sahaja kerana najis aku boleh pergi sendiri dari sini.

Setelah berfikir-fikir Pak Saloi pun mengangkat kainnya lalu melepaskan najisnya di sebelah tempat tidurnya sahaja. Dalam hatinya berkata, "Nah, kali ini barulah aku berasa senang, aku tak payah lagi bersusah payah turun ketangga atau ke tanah. Sebentar lagi tentu najis itu pergi."

Sebelum dia kembali menyambung tidurnya Pak Saloi menuggu najisnya beredar dari situ. Akan tetapi setelah lama menunggu didapati najisnya itu tetap juga berada di situ, tidak bergerak walau sedikit pun. Pak Saloi pun menghampiri najisnya dan berkata perlahan-lahan kerana dia takut isterinya nanti terbangun. "Huusy, huuusy, huuuusy.... pergilah cepat dari sini, pergi masuk kedalam hutan sana, apalagi yang kau tunggu." Namun najis itu tetap juga berada di situ. Pak Saloi teus memujuk najisnya beberapa kali namun tiada apa-apa yang berlaku. Pak Saloi mulai risau dan gelisah sebab tidak lama lagi hari akan siang dan tentu Mak Saloi bangun. Jika dilihat oleh isterinya tak tahulah dia apa akan berlaku.

Emping Padi
Setelah lama memujuk najisnya tetapi tidak juga benda itu bergerak maka timbul pula akal Pak Saloi untuk memujuk najisnya dengan cara lain pula. Lalu dia pun segera bangun dan pergi ke dapur untuk mengambil emping padi satu bakul. Maka ditaburkannya emping padi itu ke atas najisnya sambil berkata perlahan-lahan, "Nah... aku bagi engkau sedikit upah, sekarang apalagi yang ditunggu, lekaslah pergi... Huuuusy, huuusy, huuusy.... Apalagi yang engkau nak tunggu hah?" Namun najis itu tetap juga di situ.

Pak Saloi tidak putus perhitungan, ditambahnya lagi emping itu sambil berkata, "Hai, apalagi yang engkau mahu, hah? Pergilah cepat... biar aku tambah lagi upahnya... berapa lagi yang engkau mahu, cakaplah?". Apabila dilihat najisnya itu tetap juga di situ tidak bergerak-gerak Pak Saloi lalu mencurahkan semua emping yang di dalam bakul itu  ke atas najisnya dambil tangannya menguis-nguis ke udara mengarahkan najis itu supaya segera pergi dari situ, tetapi sia-sia sahaja.

Apa la yang difikirkan Pak Saloi ni... hihihi

BERSAMBUNG... Kisah sebelumnya BACA DISINI..



Dec 6, 2016

HIKAYAT SI SALOI BAHAGIAN II


Setelah jauh malam barulah kampung itu sunyi kerana setiap orang sudah kembali ke rumah masing-masing untuk tidur, setelah penat dan kekenyangan. Yang tinggal cuma seorang berdua sahaja termasuk Datuk penghulu dan Si Salai sendiri. Tidak lama kemudian Datuk Penghulu dan orang yang tinngal itu pun balik ke rumahnya. Melihatkan keadaan demikian maka Si Saloi pun berkira-kira untuk masuk tidur. Ketika itu isteri Si Saloi, Cik Putih telah lama tidur seorang diri di biliknya.

Si Saloi pun terus masuk tidur setelah terlalu penat dan kekenyangan. Dilihat isterinya sedang nyenyak tidur maka Si Saloi pun merebahkan diri di sebelah isteribya lalu terlena sebentar itu juga. Menurut adat orang-orang kampung itu apabi,a seseorang itu telah berkahwin maka panggilannya ditukar kepada "Pak" atau "Bapak". Jadi Si Saloi kini ditukar namanya menjadi Pak Saloi dan Istetinya Mak Saloi.

Sebentar kemudian PakSaloi terjaga daripada tidurnya disebabkan perutnya berasa amat sakit, memulas-mulas sahaja perutnya disebabkan terlalu banyak makan dan minum. Pak Saloi lalu bangun sambil menekan-nekan dan mengurut-urut perutnya. Namun perutnya tidak juga beransur pulih, sebaliknya terus bertambah sakit. Berpeluh-peluh badan Pak Saloi menahan sakitnya, sambil dia mengerang perlahan-lahan kerana dia tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang nyenyak tidur itu. Dia pun bangun cuba mencari minyak angin atau ubat tetapi tidak berjumpa. Ini disebabkan dia berada dirumah isterinya, bukan rumahnya sendiri. Mengikut adat mereka orang lelaki yang berkahwin untuk masa beberapa hari mereka mestilah tinggal di rumah isterinya dahulu.

Pak Saloi berasa amat serba ssalah kerana ketika itu perutnya sudah terlampau sakit. Dia tahu isi perutnya yang penuh iti perlu dikeluarkan untuk meredakan sakitnya, Kalau tidak ia akan terus menyenak sahaja. Pak Saloi takut untuk turun ke tanah membuang air besar kerana hari sudah larut malam tambahan pula ketika itu kedengaran bunyi burung hantu tidak berapa jauh dari rumahnya itu. Sungguhpun begitu dia tidak boleh menahan sakit perutnya lebih lama lagi, dia mesti membuang air besar secepat-cepatnya.

Setelah puas berfikir dan menahan sakit perutnya, Pak Saloi pun berdiri lalu berjalan menuju ke pintu. Dia membuka pintu dan dilihatnya bulan sedang mengambang dan cahayanya menerangi seluruh kawasan itu. Dia berdiri sebentar di muka pintu tetapi isi perutnya sudah tidak sabar-sabar lagi hendak keluar. Pak Saloi akhirnya mengambil keputusan untuk melepas dari atas tangga rumahnya sahaja tambahan pula tangga itu cukup tinggi dari atas tanah. Tanpa membuang masa lagi dia pun mengangkat kainnya dan bertenggek di atas anak tangga sambil tangannya berpegang pada . birai tangga itu. Dia pun melepaskan hajat sepuas-puasnya. "Biar keluar semuanya, baru senang hati aku," bisik hati Pak Saloi sambil terus meneran-neran.

Pak Saloi merasa lega setelah benda-benda yang menyebabkan perutnya sakit tadi dilepaskan ke tanah dari atas tangga. Dia tidak dapat berfikir lagi bahawa perbuatannya itu tidak sepatutnya dilakukan dirumah isterinya, kalau diketahui orang tentu dia mendapat malu besar. Oleh sebab cahaya bulan masih terang dia pun memandang ke bawah ke arah najisnya jatuh tadi. Dilihat najis itu bergerak-gerak dan beredar perlahan-lahan pergi dari situ. Dia tidak sedar bahawa ketika najisnya jatuh kebetulan seekor kura-kura yang besar sedang berlalu di situ, Kebetulan juga najisnya itu jatuh betul-betul di atas belakanng binatang itu.

Pak Saloi sangat hairan dan takjub melihat kejadian itu dan dalam hatinya berasa sangat gembira dan senang. Dia memikirkan bahawa najisnya itu boleh bergerak dengan sendirinya dan beredar dari situ. Setelah melihat keadaan itu maka dengan senang hatinya pak Saloi pun kembali ketempat tidurnya dan meneruskan tidurnya yang terganggu tadi. Setelah hari siang Pak Saloi pun bangun dan hatinya tetap berasa gembira. Namun begitu dia tidak menceritakan kejadian itu kepada siapa-siapa walaupun kepada isterinya, Mak Saloi....

Pada malam berikutnya Pak Saloi terjaga lagi dari tidurnya kerana perutnya sakit seperti semalam....
Lepas tu nak tahu apa yang jadi... tunggu next entry....

Cerita Bahagian I baca di sini

BERSAMBUNG LA.....

BUKU TERAKHIR....HIKAYAT SI SALOI BAHAGIAN I

Saya ni bukan la ulat buku, selalu bekepit ngan buku tapi kadang-kadang ada buku yang menarik perhatian suka la saya nak baca. Buku ni pula lama dah dapat tapi bacanya tak habis habis. Sebelum join shaklee ni tak rajin sangat pun nak amik tau pasal solat solat sunat ni, tapi bila join bisnes dan banyak ditekankan kalau nak ape ape kita minta je dengan Allah, rezeki dari Dia nak rezeki lebih minta la dengan Dia, disamping kita berusaha.

Selalu kan dengar nak murah rezeki jangan tinggal solat dhuha, solat tengah malam (tahajjud). Sebab nak faham berkenaan tahajjud tu yang start baca buku ni. Semoga lepas ni lagi banyak nak baca buku buku seperti ini.Apa pun kita buat, jangan lupa pada Allah, semuanya datang dari Dia. Susah ke senang ke sentiasa bersyukur. Jangan lupa tu.

Gambar sekadar hiasan

Masa zaman sekolah dulu ada satu buku cerita kerakyatan buku tu tajuknya PAK SALOI. Buku nya bewarna coklat, agak lusuh bukunya mungkin kerana sudah banyak bertukar tangan. Tak tau kenapa tiba-tiba tertarik nak baca buku tu. Kalau dulu baca ceritanya memang ada lawaknya tapi disebalik lawak tu ada maksud yang tersirat dan tersurat.

Ini adalah sedikit kisah Pak Saloi tu

SI SALOI

Menurut cerita orang tua-tua di Pulau Borneo, iaitu di pulau yang mengandungi Negeri Sarawak, Sabah dan Brunei Darusslam serta Kalimantan di sebelah republik Indonesia bahawa pada zaman dahulu ada seorang pemuda bernama Saloi. Saloi ini seorang pemuda yang lurus jujur dan pintar. Dalam pada itu ada masanya dia juga seorang yang bebal dan dungu sehingga perbuatan dan perangainya selalu menyebabkan orang ketawa. Disebabkan sifat dan perangainya yang begitu seringkali dipermain-mainkan oleh kanak-kanak.

Adapun Si Saloi tinggal seorang diri sahaja kerana ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Hiduplah Si Saloi dengan bekerja membanting tulang bertanam padi, menanam sayur-sayuran, mengail ikan serta memelihara ayam dan itik. Si Saloi juga merupakan seorang yang rajin bekerja terutama kalau ada orang yang memberinya upah. Ada masanya kalau orang perempuan yang meminta tolong, Si Saloi tidak meminta upah, memadai dengan memberinya sedikit makanan sahaja. Disebabkan dia tiada beribu bapa maka orang-orang yang berdekatan selalu juga mengambil berat akan dirinya, lebih-lebih lagi Datuk Penghulu Kampung tempat dia tinggal.

Pada suatu hari Datuk Penghulu Kampung telah memanggil Si Saloi serta beberapa orang tua-tua di kampung itu. Datuk Penghulu ingin menjodohkan Si Saloi dengan seorang gadis yang juga mempunyai perangai lebih kurang dengannya. Nama perempuan itu Cik Putih. Setelah mendengar nasihat dan pandangan daripada orang tua-tua itu akhirnya Si Saloi menerima sahaja cadangan itu. Maka Datuk Penghulu sendiri bertindak bagi pihak keluarga Si Saloi. Dipendekkan cerita maka Si Saloi pun dikahwinkan dengan Cik Putih. Majlis perkahwinan itu amat meriah kerana masyarakat kampung itu sangat rapat hubungannya antara satu dengan yang lain serta selalu bertolong-tolongan.

Majlis perkahwinan Si Saloi dengan isterinya diraikan siang dan malam, diraikan oleh seluruh penduduk kampung. Banyaklah binatang ternakan disembelih buat lauk serta bergantang-gantang beras dimasak. Setiap orang dijamu dengan makanan siang dan malam. PAda sebelah malamnya pula diadakan berbagai majlis, seperti bertandak atau ronggeng, permainan mukun, adai-adai dan sebagainya. Sambil menonton permainan, orang ramai dijamu lagi dengan makanan dan minuman.

Bersambung di entry seterusnya.......


Nov 22, 2016

LANDMARK STUDY SHAKLEE II

Pernah tak dalam hidup korang dengar mengenai Landmark Study, cuba cari dalam banyak2 produk nutrisi yang mana ada menjalankan kajian landmarkstudy ni. Kenapa Landmark Study ini penting.

Sudah tentulah penting, sebab kita kata produk kita jual ni bagus, berkesan dan selamat tapi apa yang membuktikannya. Shaklee satu satunya syarikat nutrisi yang berani menjalankan kajian Landmark Study ni, dan kajian dibuat ke atas mereka yang mengambil vitamin jenama lain, yang tidak mengambil apa apa suplemen dan yang makan suplemen shaklee dan mereka ini semua telah mengamalkan suplemen selama lebih 20 tahun.

Dan hasilnya mereka yang ambil suplemen shaklee adalah mereka yang kurang risiko berpenyakit berbanding yang mengambil suplemen jenama lain dan tidak mengambil apa apa suplemen. Lebih mengejutkan, mereka yang mengambil suplemen jenama lain lebih risiko berpenyakit berbanding yang tidak mengambil apa apa suplemen.


Kebanyakkan kajian yang dibuat bergantung pada keberhasilan satu vitamin sahaja dan itu pun dalam jangka masa yang pendek, sedangkan penyakit atau  masalah kesihatan akan menunjukkan simptom setelah 10 - 30 tahun. Walaubagaimanapun, terdapat juga gabungan nutrien dan cara hidup kita yang menggalakkan penyakit mudah menyerang kita.

Ada juga suplemen yang kita ambil memang nampak cepat kesannya tapi kita tidak tahu jika ia diambil dalam jangka masa yang lama apa akan jadi sebab tiada kajian atau bukti yang menunjukkan kesan pengambilan berterusan.

Berbeza dengan shaklee yang mempunyai cukup bukti dan kajian yang menunjukkan suplemennya selamat walaupun di ambil dalam jangka masa yang panjang dan dapat meningkatkan kualiti kesihatan dan kehidupan yang lebih baik.

Betul, sekarang ini zaman semua nak cepat, ambil apa apa suplemen pun nak nampak kesan terus. Kalau tak nampak kesan seperti yang diharapkan mula lah nak kata produk ni tak bagus, produk itu tipu. Bila ada produk ari ni amik esok dah nampak kesan, produk ini bagus, produk itu baik, tapi lepas setahun, 5 tahun, 10 tahun bagaimana pula...

Jangan hanya dengar dengar orang cakap sahaja, carilah bukti, sekarang semuanya dihujung jari taip sket je, semua jawapan ada. Malas nak cari boleh tanya, tapi tanya pada orang yang betul...


Nov 19, 2016

PISANG GORENG SEDAP...


Pisang goreng atau Goreng pisang adalah dua perkara yang berbeza. Pisang goreng adalah pisang yang dah di goreng siap untuk dimakan sahaja manakala goreng pisang adalah aktiviti menggoreng pisang.

Biasa kita yang menetap di bandar ni suka sangat kan beli pisang goreng kat tepi jalan, rasa macam sedap sangat kan biarpun kadang kadang pisang muda dia goreng dan jual pun kita beli. Kadang kadang saya pun suka beli sebab tak sabar nak makan .

Pernah juga viral kan satu masa dulu pisang goreng cheese. Dah macam cendawan tumbuh lepas hujan, sana sini ada je yang jual pisang goreng cheese, permintaan pisang pun laku keras sampai habis pisang-pisang di kedai. Tak kurang juga yang merembat pisang di belakang rumah orang . Kesian tuan pisang, penat tanam, jaga last last kena curi. Kurang ajar yang mencuri tu.


Korang tau tak resepi rahsia kenapa pisang goreng tepi jalan tu sedap. Kalau korang beli pisang goreng tepi jalan tu kan cuba jeling minyak yang di gunakan untuk menggoreng tu, lebih gelap dari biasakan. Lagi lagi kalau yang menjual tu ada pelbagai juadah goreng-gorengan, minyak yang digunakan minyak tu juga la, tu yang perasa semua dah sebati dengan minyak. Minyak tu pun kurang je tambah lagi hihihi...

Kalau korang sayang tubuh badan korang, demi menjaga kesihatan, korang tau la ape yang perlu dilakukan. Sama ada tak perlu beli pisang goreng tepi jalan atau beli pisang dan goreng sendiri.

*nota kaki : para peniaga pisang goreng jangan risau, tak akan ada yang tutup gerai pun sebab artikel ni, sebab dah sedia maklum rakyat malaysia ni memang suka membeli yang segera siap tinggal makan je.

Rezeki Allah yang bagi bukan mak cik sebelah rumah hokeyyy... peace ✌✌✌...


Nov 8, 2016

OMEGA GUARD, KHASIAT DAN KELEBIHAN

Ibu-ibu yang dah ada anak, selalu dengan anak mesti perasan dengan perubahan anak kan. Anak anak kurang fokus, lemah dalam mata pelajaran, mudah letih atau sering tidak sihat.. Jika ini yang berlaku terhadap anak anak kita, sedarlah, ini semua simptom-simptom anak kita kekurangan nutrisi. Ya betul, kita bagi mereka cukup makan, tak ada la sampai kelaparan tapi adakah makanan itu cukup untuk memenuhi nutrisi anak anak kita.

Bagaimana pula dengan ibu dan ayah atau suami, isteri malah diri kita sendiri, mungkin ada antara kita yang mengalami sakit sendi, darah tinggi, masalah kolesterol atau masalah kesihatan lain yang berkaitan. Atau ada penyakit turun temurun yang mungkin akan kita hidapi. Adalah lebih baik jika kita bersedia dari sekarang.

Disini saya nak terangkan bagaimana Omega Guard membantu keluarga kita malah diri kita sendiri untuk kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang berkualiti.


OmegaGuard untuk Perkembangan Minda & Otak 
Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat disalurkan kepada bayi sejak didalam kandungan ibu dan sewaktu ibu menyusukan bayi mereka. Apabila berusia 1 tahun, Omega Guard boleh diambil dengan cara dicampurkan ke dalam susu, makanan atau menguyah.

OmegaGuard untuk Perkembangan Memori & Fokus 
Sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan. Selain bagus untuk minda, minyak ikan juga membantu mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lebih lancar.

OmegaGuard untuk Darah Tinggi 
Sesetengah orang memiliki darah yang lebih pekat yang boleh mengganggu kelancaran perjalanan darah dan menyebabkan darah tinggi.

Minyak ikan yang kaya dengan EPA & DHA membantu dinding arteri menjadi elastik. Dinding yang lebih elastik membantu perjalanan darah yang lancar dan mengelakkan tekanan darah menjadi tinggi...

OmegaGuard untuk Menyokong Kesihatan Kardiovaskular
Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Produk ini membantu paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada penyakit jantung ataupun stroke

OmegaGuard untuk Kolestrol
Bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.

OmegaGuard untuk memelihara fungsi Sendi
Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective,

OmegaGuard untuk Asthma
Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka dengan pengambilan OmegaGuard dapat membantu mengurangkan gejala selsema asthma ataupun radang paru-paru

OmegaGuard untuk kurus
OmegaGuard boleh menguraikan lemak dan  mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti

OmegaGuard untuk sistem imun
Meningkatkan sistem Imun dan menyihatkan paru-paru. Meningkatkan sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkotis, penyakit lelah, hepatitis, SLE dan penyakit buah pinggang.

OmegaGuard menentang Kanser
Kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga meningkatkan penkreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih effektif.

OmegaGuard mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan 
EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxienty), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

Bagus sebenarnya bila kita dan keluarga amalkan OmegaGuard ni. Baik untuk kesihatan kita dan keluarga kita. Dari kanak-kanak hingga dewasa boleh amalkan OmegaGuard.



Nov 1, 2016

TESTIMONI SEMBELIT


Perkataan SEMBELIT sudah begitu sinonim dengan masyarakat kita sekarang ni. Kadang-kadang ada diantara kita yang malu bila bercerita pasal sembelit ni, padahal dia memang memerlukan bantuan.

Disini saya nak kongsikan bagaimana saya bebas dari masalah sembelit ni.

" Dari dulu lagi memang saya ada masalah dengan sistem pencernaan, kalau membuang tu memang dua tiga hari sekali, dan setiap kali buang air besar mesti sembelit. Walaupun minum air dah banyak tetap juga tidak menyelesaikan masalah.


Sehinggalah saya mengamalkan vitamin shaklee iaitu Alfalfa, Ostematrix dan Herb-Lax. Saya ambil vitamin ni pun bukan kerana masalah sembelit tapi saya ambil Alfalfa untuk milk booster, Ostematrix sebab sakit pinggang dan Herb-Lax untuk detox usus. Dan secara tidak langsung ia membantu masalah sembelit saya. Buang air besar jadi lebih lancar dan tidak perlu nak meneran dengan kuat. Suka sangat dah tak fobia nak pergi toilet dah dan tak risau untuk kena buasir.

Sejak amalkan vitamin shaklee ni memang tahap kesihatan saya bertambah baik. Badan jadi lebih cergas dan bertenaga. Banyak beza dengan sebelum saya amalkan apa apa supplemen pun, memang cepat letih, naik tangga tingkat dua pun dah semput. Shaklee memang banyak membantu saya".

Anda diluar sana jika ada masalah seperti saya, jangan di biarkan. Anda mungkin menanggung RISIKO yang anda tidak ketahui. Tidak salah untuk kita memilih mengambil suplemen untuk  masalah sembelit ini demi untuk keselesaan dan kesihatan diri kita sendiri.

Lagi pun, jika kita tahu apa yang kita perlukan dan kita amalkan, bukan setakat menyelesaikan masalah kesihatan malah meningkatkan kualiti hidup kita. Ye la kan, badan dah sihat, cergas, stress tiada, kita pun boleh menjalani hari hari mendatang dengan senang hati dan gembira kan.

Saya yang jual dan mengamalkan vitamin shaklee. Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Noi 017 7274034

AWAS... RISIKO SEMBELIT...

AWAS....

SEMBELIT jika dibiarkan boleh mengundang bahaya kepada individu yang menghidapinya. Sembelit juga boleh terjadi di sebabkan oleh seseorang itu menghidapi penyakit. Jika tidak di rawat atau di cegah berkemungkinan akan mendatangkan penyakit lain.

Kesan Sembelit
  • Buasir
Sembelit yang terjadi dalam jangka masa yang lama dan kerap akan menyebabkan pelebaran pembuluh darah vena disekitar anus atau ambeien atau buasir. Buasir sukar dirawat dan biasanya memerlukan pembedahan.
  • Lubang Punggung Koyak
Najis yang kering dan keras serta besar akan membuat lubang punggung terkoyak dan berdarah. Ini boleh dirasai pedih terkena air atau sabun ketika anda mencuci lubang punggung.
  • Faeces Impaction.
Sembelit kronik menyebabkan pengumpulan najis yang sangat keras sehingga terkumpul dalam usus besar dan tidak dapat dikeluarkan melalui proses pembuangan air besar biasa. Jika ini berlaku pembedahan terpaksa di lakukan unguk mengeluarkan najis tersebut.
  • Rektum Prolaps
Najis yang keras semasa sembelit juga boleh menyebabkan rektum atau bahagian yang lebih dalam dari punggung menonjol keluar.

Menurut Doktor Kanan kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr. Zubaidi Ahmad, Sembelit yang kronik sememangnya menyakitkan dan menyebabkan berlakunya berlakunya buasir.

Faktor pemakanan antara elemen yang memainkan peranan penting penyebab buasir.

Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan selain perlu pastikan minum air secukupnya upaya proses pembuangan air besar berjalan lancar.

Namun, sekiranya penghidapnya tidak dapat menahan rasa kesakitan melampau, langkah terbaik adalah dengan segera bertemu doktor di klinik atau hospital berhampiran mendapatkan ubat yang dapat membantu mengatasi sembelit. Ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah yang dialami itu.


Jika anda adalah individu yang sering mengalami masalah sembelit dan susah untuk mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup, anda memang memerlukan makanan tambahan atau vitamin untuk mengelakkan sembelit bertukar menjadi lebih serius. Kita anggap benda ni biasa tapi yang biasa ni boleh mengundang bahaya. Jika anda memerlukan bantuan untuk masalah sembelit ini, saya cadangkan anda mengambil SET SEMBELIT dari shaklee memang mujarab.



Oct 29, 2016

SET SEMBELIT PALING MUJARAB...


Masalah SEMBELIT jika tidak diatasi dan dirawat dengan cara yang betul akan mengundang bahaya kepada sesiapa yang mengalaminya. Lazimnya ia terjadi disebabkan gaya hidup dan pemakanan seseorang itu. Jika anda sudah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah sembelit tetapi sembelit masih berulang, saya cadangkan anda mengambil set sembelit paling mujarab daripada Shaklee. Set ini mengandungi Herb-Lax, Ostematrix dan Alfalfa.


  • Herb-Lax
Herb-Lax Shaklee Terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi dari barat yang mengandungi 9 herba semulajadi termasuklah : 
  • alfalfa leaves 
  • senna leaves 
  • anise seed 
  • blue malva flover 
  • bucknorn bark 
  • licorice root 
  • rhubarb root 
  • fennel seed 
  • culver’s root 
Herb-lax juga dikenali sebagai julap lembut yang berperanan sebagai “pembersih najis yang tersekat”. Ia meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan kepada najis yang tersimpan lama di dalam sistem pencernaan kita. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut boleh membantu melembutkan najis, mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement), dan sangat sesuai digunakan oleh tubuh kita dalam masa panjang. Ia terbukti secara klinikal dan ini sekaligus akan membantu menyelesaikan masalah sembelit yang kronik. 
  • Ostematrix 

Ostematrix ialah nama lain bagi kalsium daripada Shaklee. Ia bukanlah tergolong sebagai sejenis vitamin, sebaliknya satu mineral lengkap dengan magnesium yang membantu mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan otot dan saraf, seterusnya memudahkan proses rembesan keluar sisa-sisa daripada perut dan usus.

Kajian juga menunjukkan bahawa dengan mengambil 1,000 mg kalsium dan magnesium secara serentak, ia dapat meringankan sakit semasa haid serta dapat membantu pembuangan air kecil selain berupaya memastikan nutrien dapat diserap dengan lebih baik oleh sel-sel tubuh. Relevannya, ostematrix membantu pengecutan otot dan saraf pada rahim (contraction) sewaktu datang haid, jadi kesakitan yang dialami juga lebih terkawal. 
  • Alfalfa Complex 
Alfalfa Complex adalah Sejenis tumbuhan herba yang memiliki gred yang paling tinggi, kaya dengan klorofil dan khasiat pelbagai nutrisi seperti : 
  • protein 
  • asid amino 
  • klorofil 
  • serat 
  • fitokimia 
  • 10 vitamin 
  • 8 enzim 
  • 15 zat galian 
Merupakan Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) yang bebas daripada racun serangga dan hanya menggunakan baja kompas yang bebas daripada bahan kimia. Pengambilan 10 biji tablet alfalfa bersamaan dengan segelas susu segar. 

Alfalfa membekalkan zat galian yang tidak terdapat dalam kebanyakan tumbuhan lain. Ia adalah sejenis makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghapuskan toksin, mencuci hati, darah dan usus serta mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa juga baik untuk memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti sebu, kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit selain boleh menghapuskan kolesterol jahat. 

Sembelit Kanak-kanak

Sembelit juga boleh terjadi dikalangan kanak-kanak. Untuk anak-anak yang berumur setahun ke atas, saya cadangkan Meal Shake kerana ia memang sesuai untuk anak-anak kecil. 
  • Kenapa Meal Shake
Untuk satu bahagian Meal Shake, terdapat 3gm serat. Serat dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Sebab itu ia sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit

Selain itu, salah satu sifat Meal Shakes ialah tinggi elektrolit. Ia mengandungi sodium dan magnesium yang membantu keseimbangan cecair dalam badan. Maknanya ia diperlukan oleh kanak-kanak yang mengalami sembelit akibat kekurangan cecair dalam badan. 

Meal Shake tidak disarankan kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan kepada susu lembu, kerana sumber meal shake adalah susu lembu.

Ini adalah salah satu cara mengatasi sembelit dengan suplemen jika anda seorang yang susah untuk mengubah gaya pemakanan seharian.



Oct 19, 2016

MAKANAN ORANG SEMBELIT


Kesukaran untuk mengosongkan usus atau kemampuan untuk hanya mengosongkannya kurang daropada 3 kali seminggu dikenali sebagai SEMBELIT. Terdapat banyak kemungkinan PUNCA disamping perubahan patologi dalam usus, kandungan lemak dan gula disertai kekurangan serat dalam diet dan kekurangan cecair merupakan antara pemangkin utama sembelit.

Makanan yang sesuai di ambil oleh mereka yang menderita sembelit
  • Buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin penuh

Kumpulan makanan ini juga kaya dengan serat larut mahupun serat tidak larut. Serat adalah kunci utama kesihatan sistem pencernaan. Apabila ia memasuki sistem pencernaan, ia akan menyerap cecair dan melembutkan sisa buangan. Ini akan membantu pergerakan sisa di sepanjang usus,

Kandungan serat tinggi di bahagian kulit, stem dan daun buah-buahan atau sayur-sayuran, jadi makan epal, pir bersama kulitnya, brokoli atau kangkung jangan dibuang batangnya. Orang dulu-dulu selalu cakap kalau makan buah tu jangan di kupas kulitnya sebab semua zat ada pada kulit.

Sayuran hijau gelap seperti kangkung, brokoli, kailan dan sebagainya kaya dengan kandungan magnesium yang bersifat laksatif. Bukan sekadar tinggi serat tetapi juga tinggi nutrien yang menggalakkan pencernaan efektif.
  • Buah prun dan buahan kering lain

Buah prun bertindak sebagai agen laksatif ringan, dengan merangsang otot usus untuk menolak keluar bahan buangan. 5 biji prun membekalkan 3g serat, tetapi kajian menunjukkan keberkesanannya bukan hanya terletak pada serat tetapi juga pada kandungan sorbitol serta komponen lain.
  • Kopi dan minuman panas lain
Sebahagian individu akan terus buang air besar setelah menikmati kopi. Antara faktornya ialah minuman panas akan membantu pergerakan usus. Kandungan kafein dalam kopi juga merangsang pergerakan dan pengecutan otot usus. Tetapiia bukanlah penyelesaian jangka masa panjang, kerana pengambilan kafein secara berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan lain pula.
  • Air
Serat memerlukan air untuk berfungsi sepenuhnya. Jika tidak meminum air secukupnya, badan akan menyerap balik air dalam bahan buangan dan seterusnya akan menyebabkan sisa tersebut mengeras. 
  • Probiotik
Usus memerlukan tindakan dari bakteria dan prebiotik iaitu serat untuk menjalankan proses pencernaan, penyerapan dan perkumuhan secara efisien.Kita boleh mendapati sumber probiotik dari makanan harian terutamanya dari makanan yang ditapai seperti tempeh, yogurt, makanan beryis dan minuman probiotik.
  • Supplemen jika perlu
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang selalunya mencukupi untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan tetapi saranan pengambilan suplemen mungkin membantu individu tertentu.

Kurangkan atau Hadkan
  • Pengambilan susu lembu atau produk tenusu secara berlebihan 
Alahan pada protein susu kadang-kadang akan menyebabkan sembelit. Kajian menunjukkan, 68% dari kanak-kanak yang mengalami sembelit kronik sembuh apabila pengambilan susu lembu di tukar kepada susu soya. Jika anda sudah mengambil serat dan air yang mencukupi tetapi masih juga sembelit, cuba kurangkan pengambilan tenusu selama 2 minggu bagi mengenalpasti perbezaan, tetapi pastikan anda mengambil makanan sumber kalsium secukupnya dalam tempoh ini.
  • Pengambilam Protein Berlebihan 
Diet tinggi protein terutamanya daging merah boleh menyumbang masalah sembelit. Anda hanya akan perlu 65-100g sehidangan 3-4 kali seminggu. Sekurang-kurangnya sekali seminggu cuba makan makanan vegetarian, anda mungkin mampu mengubah masalah kekurangan serat dan sembelit.

  • Roti putih, nasi putih dan pasta putih
Apabila semuanya putih bermaksud yang sudah di tapis, diproses dan seratnya dibuang. jika anda seorang yang hanya suka dengan nasi putih, padtikan anda mengambil sayuran dan buahan secukupnya. Roti mil juga bagus bagi menggantikn roti putih dan jangan lupakan kekacang dan binian yang kaya dengan serat.

  • Alkohol
Bagi yang gemar minum arak, alkohol akan memperlahankan pergerakan otot usus dan ia juga bersifat diuretik. Jadi anda memerlukan lebih air. (Haram bagi muslim untuk minum arak).

Diharap dengan penulisan kali ini dapat mengawal masalah sembelit anda. Jika anda dapat mengenal pasti PUNCA terjadinya sembelit maka mudahlah untuk anda mengatasinya. Walaubagaimanapun, jika keafaan bertambah parah, RAWATAN daripada pakar mungkin di perlukan... 


Oct 14, 2016

RAWATAN DAN CARA MENGATASI SEMBELIT...

SEMBELIT memang menyakitkan dan ia terjadi bukan sahaja kepada individu dewasa malah kepada bayi dan kanak-kanak. Bagaimanapun, cara hidup yang sihat dan aktif boleh membantu untuk melegakan sembelit selain mengurangkan sakit akibat sembelit.


Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Jika Jika keadaan ini berlaku, pembedahan mungkin akan dilakukan untuk mengeluarkan najis yang keras dan melekat dalam usus.


Risiko Penyakit 

Jangan pandang ringan sembelit ini. Walaupun kita anggap ia sebagai perkara biasa namun jika tidak diatasi dengan betul dan sempurna, sembelit akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Disebabkan sembelit, toksin dalam aliran darah menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga didapati mampu menyebabkan kanser usus besar dan kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks akan mengalami keradangan.

Cara Mengatasi Sembelit

Ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan bagi mengelakan sembelit berulang.
  • Banyakkan minum air kosong - Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain seperti jus atau soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.
  • Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.
  • Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.
  • Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah mambantu mengeluarkan najis daripada dubur berbanding kaedah duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.
  • Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang bersifat mentona dan menguatkan fungsi hati juga membantu mencegah sembelit.
  • Jauhi rokok kerana perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit
Dengan mengetahui PUNCA masalah sembelit ini mudah untuk kita mengatasi sembelit dari berulang lagi dan menjadi lebih kronik. Selain itu, masalah sembelit ini juga boleh diatasi dengan mengambil suplemen semulajadi yang sesuai dan berkesan.


Oct 12, 2016

PUNCA DAN SEBAB SEMBELIT

Assalamualaikum...

Setelah mengetahui apa yang di maksudkan dengan SEMBELIT kini kita kupas pula apa yang menjadi punca kepada masalah sembelit ini. Kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda. Ramai wanita muda yang suka memilih untuk menahan buang air besar jika berada dikawasan awam yang mempunyai tandas yang kotor dan berbau disebabkan berasa geli.

Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut kembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas dan ini menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.

Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu, bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengan ketandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ketandas.


Antara Sebab Lain yang Menjadi Punca Sembelit

1. KURANG MINUM AIR - Kebiasaannya kita perlu minum kira-kira 8 gelas air atau 2-3 liter air bergantung kepada berat kita setiap hari untuk memastikan proses pencernaan berjalan lancar. Kekurangan cecair dalam badan akan menyebabkan berlakunya kesukaran membuang air besar. Ini berpunca dari proses penghadaman yang terganggu akibat kekurangan cecair.

2. KURANG CERGAS ATAU TIDAK BERSENAM - Bila kita malas nak bersenam badan jadi tidak aktif bergerak, ini juga boleh mengganggu sistem penghadaman. Amalkan senaman ringan untuk memastikan badan sentiasa kekal cergas. 

3. STRESS ATAU TEKANAN - Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa stress atau tekanan juga boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Saraf yang berfungsi mengatur sistem penghadaman boleh terganggu prosesnya bila seseorang berada dalam keadaan tertekan atau stress dan ini akan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk membuang air besar.

4. WANITA MENGANDUNG - Sistem hormon dan saraf seseorang wanita mengandung akan menjadi tidak stabil, ini mengakibatkan wanita tersebut mengalami sembelit yang kadang kala boleh menjadi agak kronik juga.

Kesan akibat sembelit 


Bagi mengelakan sembelit berulang, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mencegah sembelit seperti
  • Minum air dengan cukup
  • Melakukan Senaman 
  • Mengambil makanan yang banyak serat dari buah-buahan, roti gandum dan lain-lain
  • Kurangkan atau jangan minum minuman yang mengandungi kafein
Bagaimana pula SIMPTOM orang yang sembelit. kita sambung entry seterusnya....

SIMPTOM SEMBELIT

Istilah SEMBELIT mungkin tidak asing lagi bagi kita, biasanya susah buang air besar. Pernah atau tidak diantara kita yang bila membuang air besar kita lihat sendiri rupa najis kita. Ada sesetengah orang dia berasa geli untuk lihat walaupun najis itu dia punya sendiri. Cuba lihat yang mana satu keadaan najis anda..

Bagaimana anda boleh mengetahui jika anda sedang mengalami sembelit. Jika anda sudah terbiasa dengan keadaan sembelit, mungkin anda anggap itu sesuatu yang normal, tapi bagaimana yang lain.

Simptom Sembelit
  • Angin Terperangkap
Ini mungkin akan memalukan dalam keadaan tertentu, tetapi itu merupakan keadaan yang paling teruk. Kita mungkin terasa seolah-olah perut kita mempunyai udara terlalu banyak dan udara ini perlu dikeluarkan. Akibat daripada pengeluran udara itu maka terjadilah bunyi dan bau yang tidak menyenangkan. Di kalangan kita ia dikenali sebagai kentut.
  • Najis Keras atau Berketul-ketul
Apabila najis kita mengandungi terlalu sedikit cecair di dalamnya, ia akan menjadi keras dan kering. Ini mungkin disebabkan oleh masalah dalam sistem pencernaan kita, tetapi ianya lebih kerap dikaitkan dengan gaya hidup dan persekitaran kita. Antara punca yang mungkin adalah diet yang tinggi lemak dan gula, kurang serat, kurang bersenam atau perubahan hormon yang disebabkan keadaan seperti menopaus atau kehamilan.
  • Najis Berdarah
Ada diantara kita kan kalau buang air besar tib-tiba ada darah sekali mesti panik kan masa tu. Darah dalam najis tidak semestinya tanda masalah yang serius. Kebanyakannya merupakan keadaan yang sementara dan tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, lebih baik untuk mendapatkan pandangan doktor untuk mendapatkan kepastian. Doktor boleh membezakan pelbagai bentuk najis berdarah bedasarkan rupa dan konsistensinya.
  • Hilang Selera Makan
Dalam kebanyakan kes, ini hanyalah kerengsaan kecil yang akan berlaku. Tetapi jika kehilangan selera makan anda berterusan tanpa sebarang sebab yang ketara dan berlanjutan untuk beberapa hari, anda perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor. Kurang selera makan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab fizikal atau psikologi, termasuk tekanan atau masalah peribadi.
  • Ketidakselesaan dan kesakitan
Sakit perut adalah masalah yang meluas. Sakit perut boleh jadi antara tanda sembelit dan mempunyai pelbagai sebabnya, antaranya ialah persekitaran yang baru dan perubahan rutin, tekanan atau makanan tertentu.
  • Kembung Perut
Terdapat pelbagai kemungkinan yang tidak berbahaya sekiranya perut anda terasa kembung. Jika ia terjadi sejurus selepas makan, berkemungkinan besar makanan yang kaya dengan serat atau lemak adalah puncanya. Ada juga kembung perut berpunca daripada gastrousus di mana enzim pencernaan yang terlalu sedikit dalam tubuh anda boleh membawa kepada pengumpulan gas. Pergerakkan yang terlalu sedikit dalam usus kecil, disebabkan oleh duduk terlalu lama, adalah satu lagi punca yang mungkin untuk kembung perut.
  • Membuang air besar kurang sekali dalam seminggu dalam jumlah yang kecil
Tiada jumlah yang normal untuk bilangan ke tandas dalam tempoh seminggu oleh kerana setiap individu adalah berbeza. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya, doktor merujuk kepada antara dua kali sehari dan tiga kali seminggu sebagai julat normal. Dalam julat itu, jumlah yang kecil adalah tanda bagi diet yang kaya dengan protein, manakala bilangan yang lebih besar menunjukkan kuantiti serat yang lebih tinggi.
  • Sembelit dan cirit-birit yang silih berganti
Najis kita ada kalanya lembik atau cair dan ada kalanya kering disertai rasa sembelit. Ada ketikanya kita masih merasakan yang kita tidak dapat membuang dengan puas.


Cuba kita lihat pada diri kita, ntah ntah ada simptom sembelit tapi kita tak perasan disebabkan dah terbiasa dengan keadaan itu. Bahaya sembelit jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit seperti buasir atau kanser kolon. Ketahui PUNCA yang menjadi sebab terjadinya sembelit dan Bagaimana pula dengan KAEDAH RAWATAN SEMBELIT.