Search This Blog

Dec 12, 2016

HOBI - AKTIVITI DIMASA LAPANG..

"Hobi saya mengumpul stem"... itulah ayat zaman kecik-kecik bila kawan-kawan tanya apa hobi kite. Masa tu pun tak tau apa yang sendiri suka nak buat sebagai hobi, yang tau main pastu kena buat keje rumah. Bila kawan-kawan tanya pasal hobi hanya cakap ape yang tetlintas di kepala.


Hobi ini merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang. Tak kira la kalau orang kata hobi awak tu buang masa ke tak ada faedah ke asal kan tak ganggu orang lain dan dapat tenangkan fikiran awak, itu sudah memadai. Kalau hobi awak tu boleh menjana pendapatan tu dah kira satu bonus untuk awak.

Tujuan kita berhobi ni untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokkan. Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Terpulang kepada minat awak la.

Hobi saya satu masa dulu suka menonton tv baca novel tapi sejak dah jadi mak mak ni tv dah kena rampas oleh anak-anak, layan je la ape mereka tonton. Nak baca novel pun dah tak ada feel hahaha. So sekarang nak mengisi masa lapang dan menenangkan fikiran memang saya akan main game dalam smartphone saya. Nampak macam tak ada faedah kan tapi bukan lah mengadap game sampai kerja lain pun lupa.


Selain tu, satu lagi aktiviti yang saya akan buat, menjahit baju. Yang ini memang memerlukan mood nak mula menjahit. Kalau dah start menjahit memang semua benda nak dijahitnya. Tapi waktu sekarang agak terhad sebab ada baby sofia suka kacau. Oleh kerana peralatan nak menjahit tu banyak yang merbahaya terpaksa la cari masa yang tidak akan diganggu oleh anak-anak.

Itu hobi saya, mungkin anda diluar sana mempunyai aktiviti tersendiri yang boleh memuaskan diri sendiri. Ada juga sesetengah individu suka hobi yang mahal contohnya suka mengumpul kereta, menghias kenderaan dan sebagainya. Dan ada juga yang menyukai hobi yang biasa sahaja, antaranya :-


1. Mengumpul setem
Hobi yang menjadi kegilaan kanak-kanak satu masa dulu, mungkin sekarang masih ada yang minat nak kumpul setem. Mungkin ada yang menganggap hobi ini membosankan disebabkan kurang pendedahan dan susah nak mendapatkan setem yang terpakai tapi hobi ini ada peminatnya sendiri.


2. Memancing

Biasanya hobi ini dikalangan lelaki sahaja dan jarang bagi wanita yang meminati hobi ini. Hobi seperti ini ada pulangan tersendiri, ikan yang dipancing boleh bawa balik dan dimasak. Di samping dapat melakukan aktiviti kesukaan, perut pun dapat habuan hasil pancingan.


3. Membela haiwan peliharaan
Hobi yang ini mesti ramai yang suka. Beli sahaja haiwan yang berkenan dan jaga. Tak kisah la haiwan ape pun kan, ada orang suka bela ayam, kucing, itik, kura-kura dan sebagainya.


4. Berkebun
Ada juga yang jadikan berkebun sebagai hobi dimasa lapang. Hobi ini juga boleh memberi manfaat kepada kita semua, dapat lakukan aktiviti kesukaan dan hasilnya dapat mengenyangkan perut.


Sebenarnya kalau nak disenaraikan hobi ini memang panjang berjela la. Terpulang kepada individu untuk memilih apa yang disukai. Kadang-kadang aktiviti harian kit juga boleh bertukar menjadi hobi.

Apa pun yang anda minat dan suka selagi tidak mengganggu orang sekeliling, itu sudah memadai. "Keep calm and do whatever you like..."



No comments:

Post a Comment