Si Saloi pun terus masuk tidur setelah terlalu penat dan kekenyangan. Dilihat isterinya sedang nyenyak tidur maka Si Saloi pun merebahkan diri di sebelah isteribya lalu terlena sebentar itu juga. Menurut adat orang-orang kampung itu apabi,a seseorang itu telah berkahwin maka panggilannya ditukar kepada "Pak" atau "Bapak". Jadi Si Saloi kini ditukar namanya menjadi Pak Saloi dan Istetinya Mak Saloi.
Sebentar kemudian PakSaloi terjaga daripada tidurnya disebabkan perutnya berasa amat sakit, memulas-mulas sahaja perutnya disebabkan terlalu banyak makan dan minum. Pak Saloi lalu bangun sambil menekan-nekan dan mengurut-urut perutnya. Namun perutnya tidak juga beransur pulih, sebaliknya terus bertambah sakit. Berpeluh-peluh badan Pak Saloi menahan sakitnya, sambil dia mengerang perlahan-lahan kerana dia tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang nyenyak tidur itu. Dia pun bangun cuba mencari minyak angin atau ubat tetapi tidak berjumpa. Ini disebabkan dia berada dirumah isterinya, bukan rumahnya sendiri. Mengikut adat mereka orang lelaki yang berkahwin untuk masa beberapa hari mereka mestilah tinggal di rumah isterinya dahulu.
Pak Saloi berasa amat serba ssalah kerana ketika itu perutnya sudah terlampau sakit. Dia tahu isi perutnya yang penuh iti perlu dikeluarkan untuk meredakan sakitnya, Kalau tidak ia akan terus menyenak sahaja. Pak Saloi takut untuk turun ke tanah membuang air besar kerana hari sudah larut malam tambahan pula ketika itu kedengaran bunyi burung hantu tidak berapa jauh dari rumahnya itu. Sungguhpun begitu dia tidak boleh menahan sakit perutnya lebih lama lagi, dia mesti membuang air besar secepat-cepatnya.
Setelah puas berfikir dan menahan sakit perutnya, Pak Saloi pun berdiri lalu berjalan menuju ke pintu. Dia membuka pintu dan dilihatnya bulan sedang mengambang dan cahayanya menerangi seluruh kawasan itu. Dia berdiri sebentar di muka pintu tetapi isi perutnya sudah tidak sabar-sabar lagi hendak keluar. Pak Saloi akhirnya mengambil keputusan untuk melepas dari atas tangga rumahnya sahaja tambahan pula tangga itu cukup tinggi dari atas tanah. Tanpa membuang masa lagi dia pun mengangkat kainnya dan bertenggek di atas anak tangga sambil tangannya berpegang pada . birai tangga itu. Dia pun melepaskan hajat sepuas-puasnya. "Biar keluar semuanya, baru senang hati aku," bisik hati Pak Saloi sambil terus meneran-neran.
Pak Saloi merasa lega setelah benda-benda yang menyebabkan perutnya sakit tadi dilepaskan ke tanah dari atas tangga. Dia tidak dapat berfikir lagi bahawa perbuatannya itu tidak sepatutnya dilakukan dirumah isterinya, kalau diketahui orang tentu dia mendapat malu besar. Oleh sebab cahaya bulan masih terang dia pun memandang ke bawah ke arah najisnya jatuh tadi. Dilihat najis itu bergerak-gerak dan beredar perlahan-lahan pergi dari situ. Dia tidak sedar bahawa ketika najisnya jatuh kebetulan seekor kura-kura yang besar sedang berlalu di situ, Kebetulan juga najisnya itu jatuh betul-betul di atas belakanng binatang itu.
Pak Saloi sangat hairan dan takjub melihat kejadian itu dan dalam hatinya berasa sangat gembira dan senang. Dia memikirkan bahawa najisnya itu boleh bergerak dengan sendirinya dan beredar dari situ. Setelah melihat keadaan itu maka dengan senang hatinya pak Saloi pun kembali ketempat tidurnya dan meneruskan tidurnya yang terganggu tadi. Setelah hari siang Pak Saloi pun bangun dan hatinya tetap berasa gembira. Namun begitu dia tidak menceritakan kejadian itu kepada siapa-siapa walaupun kepada isterinya, Mak Saloi....
Pada malam berikutnya Pak Saloi terjaga lagi dari tidurnya kerana perutnya sakit seperti semalam....
BERSAMBUNG LA.....
No comments:
Post a Comment