Search This Blog

Dec 7, 2016

HIKAYAT PAK SALOI BAHAGIAN III

Pada malam berikutnya Pak Saloi terjaga lagi daripada tidurnya kerana perutnya sakit seperti semalam. "ah perut aku ni dan mula sakit, tak tahukah ia bukankah hari ini sudah malam?" bisik Pak Saloi dalam hatinya. Dia sakit perut kali ini kerana terlalu banyak makan emping bersama gula apung. Mula-mulanya Pak Saloi berasa amat malas untuk bangun dan beredar dari situ kerana matanya masih mengantuk. oleh sebab perutnya semakin lama semakin sakit maka tahulah dia bahawa isi perutnya itu mesti dikeluarkan juga. dia pun bangun dan berjalan perlahan-lahan menuju tangga seperti semalam. Dia tidak mahu membuat bising kerana tidak mahu mengganggu Mak Saloi . Dengan cepat dia pun mengangkat kainnya dan mencangkung di atas tangga, di tempat yang sama seperti semalamnya. Pak Saloi sekali lagi terperanjat kerana didapati najisnya boleh bergerak dan beredar dari situ. Peristiwa yang sama semalam berulang semula. Pak Saloi akhirnya membuat kesimpulan bahawa kejadian itu bukanlah suatu keanehan tetapi suatu keistimewaan bagi dirinya kerana dia selalu bersifat jujur. Sebenarnya pada malam itu kura-kura yang sama kebetulan betlalu di situ, agaknya binatang itu keluar mencari makanan atau balim ke tempat diamnya. Selepas melepaskan hajatnya Pak Saloi pun kembali tidur di sebelah isterinya dengan perasaan yang sungguh riang dan gembira. Peristiwa itu juga dirahsiakan oleh Pak Saloi dan tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun.

Pada malam yang ketiga perkara yang sama berlaku lagi. Kali ini perutnya sakit lagi dengan tak menentu fasal. Dia pun tidak pasti sama ada terlalu kenyang atau tersalah makan. Pak Saloi segera bangun dan mengurut-urut perutnya dan dia segera hendak pergi ke tangga seperti malam-malam sebelumnya. Pada ketika itu terlintas dalam fikirannya akan kejadian dua malam yang lalu. Pak Saloi berfikir sejenak dan berkata dalam hatinya, "Ah kali ini buat apa bersusah-susah pergi ketangga, lebih baik aku buang air besar disini sahaja kerana najis aku boleh pergi sendiri dari sini.

Setelah berfikir-fikir Pak Saloi pun mengangkat kainnya lalu melepaskan najisnya di sebelah tempat tidurnya sahaja. Dalam hatinya berkata, "Nah, kali ini barulah aku berasa senang, aku tak payah lagi bersusah payah turun ketangga atau ke tanah. Sebentar lagi tentu najis itu pergi."

Sebelum dia kembali menyambung tidurnya Pak Saloi menuggu najisnya beredar dari situ. Akan tetapi setelah lama menunggu didapati najisnya itu tetap juga berada di situ, tidak bergerak walau sedikit pun. Pak Saloi pun menghampiri najisnya dan berkata perlahan-lahan kerana dia takut isterinya nanti terbangun. "Huusy, huuusy, huuuusy.... pergilah cepat dari sini, pergi masuk kedalam hutan sana, apalagi yang kau tunggu." Namun najis itu tetap juga berada di situ. Pak Saloi teus memujuk najisnya beberapa kali namun tiada apa-apa yang berlaku. Pak Saloi mulai risau dan gelisah sebab tidak lama lagi hari akan siang dan tentu Mak Saloi bangun. Jika dilihat oleh isterinya tak tahulah dia apa akan berlaku.

Emping Padi
Setelah lama memujuk najisnya tetapi tidak juga benda itu bergerak maka timbul pula akal Pak Saloi untuk memujuk najisnya dengan cara lain pula. Lalu dia pun segera bangun dan pergi ke dapur untuk mengambil emping padi satu bakul. Maka ditaburkannya emping padi itu ke atas najisnya sambil berkata perlahan-lahan, "Nah... aku bagi engkau sedikit upah, sekarang apalagi yang ditunggu, lekaslah pergi... Huuuusy, huuusy, huuusy.... Apalagi yang engkau nak tunggu hah?" Namun najis itu tetap juga di situ.

Pak Saloi tidak putus perhitungan, ditambahnya lagi emping itu sambil berkata, "Hai, apalagi yang engkau mahu, hah? Pergilah cepat... biar aku tambah lagi upahnya... berapa lagi yang engkau mahu, cakaplah?". Apabila dilihat najisnya itu tetap juga di situ tidak bergerak-gerak Pak Saloi lalu mencurahkan semua emping yang di dalam bakul itu  ke atas najisnya dambil tangannya menguis-nguis ke udara mengarahkan najis itu supaya segera pergi dari situ, tetapi sia-sia sahaja.

Apa la yang difikirkan Pak Saloi ni... hihihi

BERSAMBUNG... Kisah sebelumnya BACA DISINI..



No comments:

Post a Comment