Search This Blog

Dec 6, 2016

BUKU TERAKHIR....HIKAYAT SI SALOI BAHAGIAN I

Saya ni bukan la ulat buku, selalu bekepit ngan buku tapi kadang-kadang ada buku yang menarik perhatian suka la saya nak baca. Buku ni pula lama dah dapat tapi bacanya tak habis habis. Sebelum join shaklee ni tak rajin sangat pun nak amik tau pasal solat solat sunat ni, tapi bila join bisnes dan banyak ditekankan kalau nak ape ape kita minta je dengan Allah, rezeki dari Dia nak rezeki lebih minta la dengan Dia, disamping kita berusaha.

Selalu kan dengar nak murah rezeki jangan tinggal solat dhuha, solat tengah malam (tahajjud). Sebab nak faham berkenaan tahajjud tu yang start baca buku ni. Semoga lepas ni lagi banyak nak baca buku buku seperti ini.Apa pun kita buat, jangan lupa pada Allah, semuanya datang dari Dia. Susah ke senang ke sentiasa bersyukur. Jangan lupa tu.

Gambar sekadar hiasan

Masa zaman sekolah dulu ada satu buku cerita kerakyatan buku tu tajuknya PAK SALOI. Buku nya bewarna coklat, agak lusuh bukunya mungkin kerana sudah banyak bertukar tangan. Tak tau kenapa tiba-tiba tertarik nak baca buku tu. Kalau dulu baca ceritanya memang ada lawaknya tapi disebalik lawak tu ada maksud yang tersirat dan tersurat.

Ini adalah sedikit kisah Pak Saloi tu

SI SALOI

Menurut cerita orang tua-tua di Pulau Borneo, iaitu di pulau yang mengandungi Negeri Sarawak, Sabah dan Brunei Darusslam serta Kalimantan di sebelah republik Indonesia bahawa pada zaman dahulu ada seorang pemuda bernama Saloi. Saloi ini seorang pemuda yang lurus jujur dan pintar. Dalam pada itu ada masanya dia juga seorang yang bebal dan dungu sehingga perbuatan dan perangainya selalu menyebabkan orang ketawa. Disebabkan sifat dan perangainya yang begitu seringkali dipermain-mainkan oleh kanak-kanak.

Adapun Si Saloi tinggal seorang diri sahaja kerana ibu bapanya sudah lama meninggal dunia. Hiduplah Si Saloi dengan bekerja membanting tulang bertanam padi, menanam sayur-sayuran, mengail ikan serta memelihara ayam dan itik. Si Saloi juga merupakan seorang yang rajin bekerja terutama kalau ada orang yang memberinya upah. Ada masanya kalau orang perempuan yang meminta tolong, Si Saloi tidak meminta upah, memadai dengan memberinya sedikit makanan sahaja. Disebabkan dia tiada beribu bapa maka orang-orang yang berdekatan selalu juga mengambil berat akan dirinya, lebih-lebih lagi Datuk Penghulu Kampung tempat dia tinggal.

Pada suatu hari Datuk Penghulu Kampung telah memanggil Si Saloi serta beberapa orang tua-tua di kampung itu. Datuk Penghulu ingin menjodohkan Si Saloi dengan seorang gadis yang juga mempunyai perangai lebih kurang dengannya. Nama perempuan itu Cik Putih. Setelah mendengar nasihat dan pandangan daripada orang tua-tua itu akhirnya Si Saloi menerima sahaja cadangan itu. Maka Datuk Penghulu sendiri bertindak bagi pihak keluarga Si Saloi. Dipendekkan cerita maka Si Saloi pun dikahwinkan dengan Cik Putih. Majlis perkahwinan itu amat meriah kerana masyarakat kampung itu sangat rapat hubungannya antara satu dengan yang lain serta selalu bertolong-tolongan.

Majlis perkahwinan Si Saloi dengan isterinya diraikan siang dan malam, diraikan oleh seluruh penduduk kampung. Banyaklah binatang ternakan disembelih buat lauk serta bergantang-gantang beras dimasak. Setiap orang dijamu dengan makanan siang dan malam. PAda sebelah malamnya pula diadakan berbagai majlis, seperti bertandak atau ronggeng, permainan mukun, adai-adai dan sebagainya. Sambil menonton permainan, orang ramai dijamu lagi dengan makanan dan minuman.

Bersambung di entry seterusnya.......


No comments:

Post a Comment