Bagaimana anda boleh mengetahui jika anda sedang mengalami sembelit. Jika anda sudah terbiasa dengan keadaan sembelit, mungkin anda anggap itu sesuatu yang normal, tapi bagaimana yang lain.
Simptom Sembelit
- Angin Terperangkap
Ini mungkin akan memalukan dalam keadaan tertentu, tetapi itu merupakan keadaan yang paling teruk. Kita mungkin terasa seolah-olah perut kita mempunyai udara terlalu banyak dan udara ini perlu dikeluarkan. Akibat daripada pengeluran udara itu maka terjadilah bunyi dan bau yang tidak menyenangkan. Di kalangan kita ia dikenali sebagai kentut.
- Najis Keras atau Berketul-ketul
Apabila najis kita mengandungi terlalu sedikit cecair di dalamnya, ia akan menjadi keras dan kering. Ini mungkin disebabkan oleh masalah dalam sistem pencernaan kita, tetapi ianya lebih kerap dikaitkan dengan gaya hidup dan persekitaran kita. Antara punca yang mungkin adalah diet yang tinggi lemak dan gula, kurang serat, kurang bersenam atau perubahan hormon yang disebabkan keadaan seperti menopaus atau kehamilan.
- Najis Berdarah
- Hilang Selera Makan
Dalam kebanyakan kes, ini hanyalah kerengsaan kecil yang akan berlaku. Tetapi jika kehilangan selera makan anda berterusan tanpa sebarang sebab yang ketara dan berlanjutan untuk beberapa hari, anda perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor. Kurang selera makan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab fizikal atau psikologi, termasuk tekanan atau masalah peribadi.
- Ketidakselesaan dan kesakitan
Sakit perut adalah masalah yang meluas. Sakit perut boleh jadi antara tanda sembelit dan mempunyai pelbagai sebabnya, antaranya ialah persekitaran yang baru dan perubahan rutin, tekanan atau makanan tertentu.
- Kembung Perut
Terdapat pelbagai kemungkinan yang tidak berbahaya sekiranya perut anda terasa kembung. Jika ia terjadi sejurus selepas makan, berkemungkinan besar makanan yang kaya dengan serat atau lemak adalah puncanya. Ada juga kembung perut berpunca daripada gastrousus di mana enzim pencernaan yang terlalu sedikit dalam tubuh anda boleh membawa kepada pengumpulan gas. Pergerakkan yang terlalu sedikit dalam usus kecil, disebabkan oleh duduk terlalu lama, adalah satu lagi punca yang mungkin untuk kembung perut.
- Membuang air besar kurang sekali dalam seminggu dalam jumlah yang kecil
Tiada jumlah yang normal untuk bilangan ke tandas dalam tempoh seminggu oleh kerana setiap individu adalah berbeza. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya, doktor merujuk kepada antara dua kali sehari dan tiga kali seminggu sebagai julat normal. Dalam julat itu, jumlah yang kecil adalah tanda bagi diet yang kaya dengan protein, manakala bilangan yang lebih besar menunjukkan kuantiti serat yang lebih tinggi.
- Sembelit dan cirit-birit yang silih berganti
Najis kita ada kalanya lembik atau cair dan ada kalanya kering disertai rasa sembelit. Ada ketikanya kita masih merasakan yang kita tidak dapat membuang dengan puas.
No comments:
Post a Comment