Search This Blog

Oct 11, 2016

SEMBELIT, APA ITU SEMBELIT....

Assalamualaikum pembaca sekalian....

Dalam seminggu berapa kerap you all gunakan tandas untuk buang air besar, Kalau tengah terfikir-fikir berapa kali tu, memang ada masalah la dengan sistem penghadaman you tu. Jika orang normal biasanya akan membuang air besar setiap hari, kalau ikut logik la kan ape yang masuk mesti akan keluar kan. Sama la setiap hari kita makan, zat-zat makanan dah habis badan kita serap tinggal hampas, hampas tu mestilah kene buang.



Apa itu SEMBELIT

Biasanya yang kita tahu kalau seseorang itu susah nak buang air besar, najis keras dah tu kena meneran sampai merah padam muka, tak habis lagi paksa juga sampai ada yang terkoyak berdarah, belum yang berpeluh-peluh dah macam dalam sauna, ini dah kira sembelit. Dan biasanya kalau kejadian seperti ini berlaku kita akan jadi fobia nak buang air besar, sampai ada yang sanggup la menahan tak buang air. (Ini dah memang ada pengalaman sendiri) Atau jarang membuang air besar iaitu kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, orang normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.


Pengidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Perut akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.

Jenis-Jenis Sembelit

Sembelit sekali sekala
Merupakan jenis sembelit yang paling lazim dialami termasuk wanita hamil, warga tua, pengembara, pesakit yang mengambil ubat tertentu atau yang pernah menjalani pembedahan. Ia mudah dirawat dengan pengambilan ubat yang mengandungi serat dan mengubah gaya hidup.

Sembelit Akut
Sembelit yang terjadi secara tiba-tiba akibat faktor tertentu, ia hanya sementara dan boleh berulang.

Sembelit Hypotonic atau Sembelit Atonic
Berpunca dari gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang pengambilan serat dan kurang cairan dalam tubuh menyebabkan otot abdomen menjadi lemah dan tidak mampu menolak pergerakan usus seperti sepatutnya.

Sembelit Rektum
Apabila seseorang itu terlalu sibuk atau leka dengan gesaan mengosongkan usus, dia sebenarnya melatih rektum untuk menjadi tidak sensitif. Akibatnya rektum tidak menghantar isyarat pada otak walaupun telah penuh. Bahan fekal yang kering dan kesat menjadikannya lebih sukar untuk digerakkan.

Sembelit Fungsian
Tiada sebarang kaitan antara kimia, fizikal atau hormon dalam tubuh tapi ia mungkin disebabkan faktor psikologi akibat pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Memang ada orang yang buang air besar sekali seminggu. Ia normal bagi orang yang sudah dilatih dari kecil  dan sudah terbiasa dengan cara begitu. Jumlah kekerapan bukan penentu sama ada orang itu sembelit atau tidak kerana tabiat ke tandas antara kita adalah berbeza.

Seelok-eloknya, elakkan kerap menahan daripada membuang air besar. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk membuang, tidak mengapa untuk menahan dalam jangka masa yang pendek. Jangan menahan terlalu lama takut-takut menjadi PUNCA SEMBELIT.

No comments:

Post a Comment