Search This Blog

Mar 28, 2017

JAUH PERJALANAN LUAS PEMADANGAN...

Kampungku nan indah

Rabu malam khamis minggu cuti sekolah bertolak lah kami sekeluarga menuju ke selatan tanah air bagi memenuhi ruang ruang cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi. Perjalanan yang biasa memakan masa selama 3 hingga 3 jam setengah, jadi lebih lama memandangkan cuaca hujan lebat sepanjang jalan. Ditambah dengan jalan yang licin memang perlu lebih berhati-hati

Perjalanan jadi lebih lama dan lambat sampai dari jangkaan bila en.suami berhenti di senawang untuk bertemu dengan rakannya sambil menikmati juadah di restoran tom yam. Kita pun ikut sahaja la memandangkan hujan masih lagi turun dengan lebat. Memang tak nampak jalan la.

Walaupun dengan hujan lebat dan jalan licin, kenderaan tak banyak atas jalan jadi jalan lengang sikit tak la sibuk sangat malam tu.

Selepas urusan selesai, perut pun dah kenyang, hujan pun dah renyai renyai, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke kampung halaman. Biasa la kan perut kenyang mata pun ngantuk, memang sepanjang jalan yang berjaga en.suami je, kite ngan anak anak dah lena di buai mimpi.....

Alhamdulillah tepat jam 1.30 pagi sampai la rumah mak. Dan malam tu lepas siap tempat tidur memang sampai ke pagi tak sedar diri, ditambah cuaca yang sejuk memang sedap la tarik selimut. Pagi dikampung memang sejuk yang amat, suasana lebih tenang dengan kokokan ayam, kicauan burung memang menyenangkan.

Sekadar hiasan (raya tahun lepas)

Lewat tengah hari, bersiap-siap lah kami menuju ke rumah mak satu lagi. Disebabkan kami suami isteri datang dari negeri yang sama, so kena la adil kalau balik kampung memang akan singgah semua rumah mak dan adik beradik yang lain (kalau sempat). 

Petang tu, husband dapat whatapps dari group kilang dia, salah seorang dari rakannya terlibat dengan kemalangan. Nak dijadikan cerita, kemalangan yang berlaku adalah malam yang sama kami balik dari Kajang ke Johor, jalan yang sama kami lalu. Kemalangan melibatkan 3 buah kereta, isteri kepada kawan suami meninggal manakala anak anaknya cedera. Terfikir juga kalau la kejadian itu jadi pada keluarga saya, nauzubillah minta dijauhkan.

Itu dah takdir mereka sekeluarga, mungkin si suami dah berhati-hati dalam pemanduannya, tapi mungkin disebabkan kenderaan lain atau jalan yang licin berlaku juga kemalangan. Kita doakan sahaja agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kita yang masih hidup ni ambillah iktibar, beringat-ingat bila memandu. 

Jangan lupa doa naik kenderaan. Kalau tak hafal simpan dalam smartphone boleh tengok dan baca bila naik kenderaan atau pun sekarang ni banyak dah kan jual sticker doa-doa, letak satu dalam kenderaan anda. Selalu cakap pada anak-anak, masuk je kenderaan baca doa.... 


Doa Naik Kenderaan

Berhati-hati dan memandu lah secara berhemah di jalan raya, jangan mementingkan diri sendiri. Ingatlah orang tersayang, kalau tak ada orang tersayang, sayangilah diri sendiri ke haiwan peliharaan ke kan, tak pun sayangi kenderaan anda kalau dah calar balar lekuk sana sini kan dah tak cantik. 

No comments:

Post a Comment