Search This Blog

Aug 20, 2016

Tips melegakan Gastrik...

Asslamualaikum,. hari ni nak berstory pasal gastrik. Saya sendiri pun memang ada gastrik. Selepas dapat anak ke dua memang waktu makan tak teratur perut kerap masuk angin, gastrik pun datang sekali. 

Semalam tanda-tanda gastrik kembali menyerang tu ada lagi nasib ada ESP kita pun bancuh la, Alhamdulillah.. tak la melarat gastrik nya. Sebelum tu nak bg tau sikit ape tu gastrik, kenapa boleh jadi gastrik.



Gastrik adalah masalah yang sangat lazim terjadi di kalangan kita. Gastrik terbahagi kepada dua jenis iaitu gastritis dan ulser perut. Gastritis terjadi disebabkan keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut manakala ulser perut atau peptik pada lapisan yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastiris). Biasanya yang sering terjadi dikalangan kita ialah gastritis. 

Sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi untuk mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah).

Antara tanda utama seseorang itu mengalami gastrik adalah sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen), senak, berangin atau pedih, tidak selesa, kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan, rasa mual (loya) dan muntah. 

Punca yang menyebabkan gastrik :-

Pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, minuman berkarbonat secara berlebihan
Makan berlebihan dalam satu masa
Pengambilan makanan pedas, berlemak secara berlebihan
Waktu makan yang tidak teratur
Perokok
Tekanan
Pengambilan ubat tahan sakit seperti aspirin
Pengambilan alkohol

Ramai pesakit gastrik yang salah anggap kerana tidak mengambil ubat tetapi menggantikan dengan makanan. Pesakit seperti ini menganggap apabila mereka tiba-tiba diserang gastrik, mereka perlu makan. Seharusnya mereka perlu mendapatkan rawatan termasuk pengambilan ubat gastrik seperti yang disarankan oleh pakar. Jika simptom terutamanya sakit menjadi teruk atau muntah semakin kerap, adalah lebih baik rawatan lanjut diberikan di wad kecemasan dan seterusnya dirujuk kepada pakar.

Tips Mengelakan Gastrik

Jaga pemakanan dan ubah gaya hidup. 
Berhenti merokok 
Kurangkan minuman berkafein, berkarbornat, beralkohol
Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur.
Jangan sesekali tinggal makan.

Selain daripada pengambilan ubat untuk melegakan gastrik Shaklee juga ada vitamin yang berkesan untuk hilangkan gastrik. Antara produk yang dicadangkan untuk SET GASTRIK ialah 

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Membantu meneutralkan keasidan dalam perut kerana ia terdiri dari sumber protein yang tinggi sifat kealkalian. Mengandungi 20 jenis asid amino yang membantu membina sel-sel baru lama yang rosak akibat hakisan daripada asid hidroklorik semasa proses pencernaan.

OSTEMATRIX
Ostematrix lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D yang bersifat alkali sangat membantu mengurangkan keasidan dalam perut. Mengurangkan rasa pedih ulu hati dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus. 

B-COMPLEX
Amat membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisma. B-Complex mrngandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat dari tekanan, kerja, alkohol dan ubatan preskripsi.

PAPPERMINT GINGER
Kajian klinikal menunjukan pengambilan halia sebagai makanan tambahan dapat membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan. Mengurangkan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman. 

Untuk kesan jangka masa panjang, supplement berasaskan sumber semulajadi dan bebas dari bahan kimia merbahaya adalah lebih baik.

Noi
0177274034 / 0108381554

No comments:

Post a Comment