Belek-belek gugle ni teringat zaman skola dulu, ada sorang pak cik toke kedai tetiba sebulan x nampak kat kedai nya, tertanya2 juga mana pak cik tu pegi. Rupanya pak cik toke kedai tu sakit tp x tau sakit ape, sehingga satu hari dia datang kedai tgk muka dia herot sebelah. masa tu orang-orang kampung ni kurang pendedahan dengan dunia internet ni so nak cari tau kenapa muka pak cik tu herot pun tak tau. Dengar cerita dari kawan-kawan ada yang kata muka pak cik tu kene lempang dek jin (tak tau la betul ke tak ni). lama kelamaan cerita tu senyap n pak cik tu pulih seperti sedia kala.
Hari ini, dengan teknologi canggih hanya di hujung jari menggoogle la tang penyakit pak cik toke kedai tu. Ingatkan kena stroke tapi stroke lumpuh separuh badan ni tang muka je. Gugle lagi.... jumpa dah, ohhh penyakit tu nama nya bell palsy.
Bell Palsy ini adalah sejenis penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Penyakit ini melibatkan saraf muka ke-7 yang menyebabkan kelemahan atau kelumpuhan tiba-tiba pada otot wajah. Penyakit ini biasanya bersifat sementara.
Beberapa keadaan lain juga boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya barah otak, stroke, miastenia gravis dan penyakit lyme. Walaubagaimananpun jima tiada punca khusus boleh didentifikasikan keadaan itu dikenali.sebagai bell palsy atau kelumpuhan wajah.
Biasanya pesakit yang terkena penyakit bell palsy ini akan mengalani kesukaran untuk menutup mata di bahagian terbabit. Mata akan sentiasa terbuka dan memerlukan bantuan untuk menutup kelopak mata seperti menampal dengan selotape. Ini kerana mata perlu dilindungi daripada kering atau kornea mungkin akan risak dan mengakibatkan cacat penglihatan.
Bell Palsy boleh memberi kesan keatas semua petingkat umur, tetapi ia kerap berlaku kepada orang dewasa. Mereka yang menghidap diabetes dan wanita hamil adalah mereka yang mudah untuk mendapat kelumpuhan wajah.
Gejala Bell Palsy
- Terjadi secara tiba-tiba, beberapa kelumpuhan ringan pada salah satu sisi muka menyebabkan kesukaran tersenyum tmatau menutup salah satu kelopak mata
- Peeubahan dan luahan muka (muka herot)
- kesukatan makan dan minum
- melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
- kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
- Mata atau mulut yang kering
- rasa tegang di muka atau mata ditarik kesebelah satu lagi
- sakit mata
- kehilangan deria rasa
- Sakit di belakang atau dihadapan telinga
- Gerenyetan di muka
- Rasa lemah dimuka
Rawatan Bell Palsy
Dalam banyak kes tiada rawatan diperlukan, tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan gejala. Ubat kortikostrenroid atau antiviral mungkin boleh mengirangkan gejala bengkak dan mengurangkan tekanan pada saraf muka. Pesakit mesti ambil ubat ini pada awal waktu (dalam masa 24 jam apabila gejala bermula) untuknlebih berkesan. Tetapi tiada kajian yang diterbitkan menunjukan ubat antiviral boleh mempercepatkan proses pemulihan.
Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan saraf yang terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun bedasarkan beberapa kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya
senaman muka bagi pesakit bell palsy
Pembedahan
Bagi masalah Bells Palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antarnya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejas. Pembedahan mengembalikan senyuman (smile sugery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.
Penyakit ini memakan waktu yang panjang untuk pulih seperti sedia kala, tetapi shaklee ada vivix bagi mempercepatkan proses pemulihan pesakit bells palsy.
Ikhtiar tetap ikhtiar, Vivix juga salah satu alternatif dalam mencari penawar yang sesuai. Semuanya bergantung kepada tubuh badan kita menerimanya. InsyaAllah....
No comments:
Post a Comment