Detox ialah proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Berpuasa adalah salah satu cara efektif detox. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox secara semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar.
Menghilangkan atau mengeluarkan racun (detox) dari dalam tubuh wajar di lakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup yang tidak sihat termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang di ambil boleh menyebabkan racun-racun terkumpul di dalam badan. Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh dan sebab itulah kita perlu menyingkirkan toksin dalam badan melalui kaedah detox semulajadi atau dengan supplement.
TOKSIN
Toksin dalam badan bukan hanya dari hampas makanan yang kita makan dan makanan-makanan yang tidak tercerna tetapi juga boleh berasal dari zat makanan aditif. Hampas atau zat yangvtidak diperlukan oleh tubuh dipanggil sebagai racun (toksin) atau penyakit. Hampas atau toksin juga di hasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita sendiri. Ini merupakan proses metabolisma sehingga kita sendiri tidak dapat menghindarinya.
Sel-sel yang sudah tua akan mati dan menjadi hampas. Dalam keadaan normal, hampas
akan dikeluarkan secara teratur setiap hari melalui sistem pembuangan tubuh.
SUMBER TOKSIN
Toksin pada badan kita datang dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri seperti
- UDARA - apabila kita bernafas kita menyedut sekali udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain.
- Makanan & minuman - makanan atau minuman yang tidak bersih atau tidak di masak dengan sempurna
- Ubat-ubatan - Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah di dalam badan
- Radiasi - Pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
- Makanan yang tidak hadam - makanan yang tidak hadam dan tertinggal dalam usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
- Pembuangan air besar tidak lancar
- Mulut berbau
- Penghadaman kurang baik
- Perut kembung
- Kurang bersemangat
- Badan lemah, senang demam dan selsema
- Hilang tumpuan
- Muka pucat - jeragat
- Susah hendak tidur
- Senang cemas
- Cepat marah
MENGAPA PERLU DETOX
- Untuk mengeluarkan toksin dalam badan
- Mengelakan penyakit kronik
- Menguatkan sistem imun
- Mengurangkan berat badan
- melambatkan kesan penuaan
- Meningkatkan kualiti hidup
- Meningkatkan tenaga
- Meningkatkan kualiti kulit
- Membantu penyerapan supplemen @ makanan tambahan dengan lebih baik
- Meningkatkan daya fikir
Kebiasaannya kita tidak sedar bila badan jadi letih lesu makan supplemen pun tiada tindak balas macam tak ada apa-apa berlaku, kita kata produk tu tipu produk ni melebih lebih pada hal badan tu dah penuh dengan toksin yang menghalang penyerapan vitamin. Masa ni la kita perlu detox badan kita. Macam-macam cara kita boleh buat untuk detox sama ada menggunakan apa yang ada kat dapur tu atau dengan shaklee. Nak tau cam mana nanti kita bagi tau.. daaaaaa..........
Noi 0177274034
Noi 0177274034
No comments:
Post a Comment