Search This Blog

Mar 4, 2016

GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh pulih.

Assalamualaikum sahabat sekalian, rasa lama x update blog ni atas sebab-sebab yang tak dapat dielakan terpaksa la menyepi sekejap. Dalam menyepi di dunia blog, jengah-jengah la dunia whatsapp dan jumpa la perkongsian dari salah satu group family saya mengenai punca Gout.Cerita asal saya tidak pasti di ceritakan oleh siapa tapi demi kebaikan bersama tidak salah saya kongsikan dengan anda juga.....

Kisahnya begini......
     
Minuman Milo adalah antara punca penyakit gout. Selain Milo, Nescafe dan minuman Sunquick juga adalah antara punca penyakit gout dan juga mengakibatkan penyakit arthritis dan diabetes serta kegagalan fungsi buah pinggang.


Pada kira-kira dua bulan lepas, seorang ibu berusia sekitar 40 tahun mengadu pinggangnya kerap sakit. Saya kata "buah pinggang engkau dah mula meragam".

Wanita ini seakan-akan tidak puas hati dengan jawapan saya lalu berkata "tetapi sakitnya tu kat bawah lagi, Rasanya bukan buah pinggang"

Saya menjawab "cuba engkau bangun berdiri membelakangkan saya dan tunjukkan bahagian yang engkau kerap sakit tu"

Wanita ini berdiri membelakangi saya dan menunjukkan bahagian pinggangnya yang kerap sakit tu. Saya lalu berkata "ha tu bahagian buah pinggang kau lah tu"

Wanita ini macam tak gembira diberitahu buah pinggangnya sudah mula meragam. Saya pun menyoal ibu ini tabiaat pengambilan makanan dan minumannya. Alhamdulillah amalan permakanannya baik melainkan satu iaitu ibu ini gemar minum air Sunquick.

Pendek kata bekalan air minuman Sunquick ini sentiasa ada di rumah wanita ini bukan untuk tempuh setahun dua tetapi sudah amat lama bertahun tahun. Wanita ini berserta anak anak dan suaminya memang kerap minum air Sunquick ini.

Saya memberi arahan kepada anak sulung wanita ini "balik rumah nanti tugas engkau ialah ambil botol minuman sunquick di rumah dan terus buang ke dalam tong sampah"

Anak sulung wanita ini menjawab dengan wajah tidak gembira "tetapi botol sunquick ini masih penuh, baru beli"

Lalu saya segera membalas "lagi penuh botol sunquick tu lagi perlu kau buang kerana kalau masuk perut lagi mudarat'

Pada minggu berikutnya wanita ini datang lagi bersama keluarganya untuk menyambung pelajaran ilmu agama. Saya memulakan kelas dengan soalan kepada wanita tersebut "macam mana dengan masalah pinggang sakit kau tu?"

Wanita ini dengan muka gembira berkata "lepas nasihat dulu saya sudah tidak minum lagi Sunquick dan alhamdulillah saya terus tidak lagi mengalami sakit pinggang".


Begitulah kesan pengambilan air Sunquick. Apabila sampai satu tahap ia akan menyebabkan sakit pinggang dan bila diteruskan pengambilan Sunquick ini ia akan menyebabkan tahap kerosakan buah pinggang yang lebih serius dan tahap seterusnya, penyakit GOUT sedia menanti.

Bagi mereka yang sudah kena penyakit gout atau arthritis, mereka boleh mencuba minum air Sunquick untuk tempuh beberapa hari dan lihatlah sendiri kesan pengambilan air Sunquick ini. Bagi mereka yang cukup sihat, pengambilan sekali sekala air Sunquick mungkin tidak memberikan kesan tetapi bagi mereka yang sudah mula bermasalah dengan buah pinggang, pengambilan Sunquick meninggalkan kesan yang jelas.


Apabila air sunquick ini memudaratkan buah pinggang, jadi apakah pilihan lain yang boleh diambil? Setakat ini, pengambilan air Ribena saya dapati tidak meninggalkan mudarat begitu juga air sirap. Air jus perisa buah-buahan di pasaran, elakkanlah kerana semata-mata perasa dan pewarna.

Begitulah juga air Nescafe. Tak usahlah minum Nescafe. Nescafe ni mahal begitu juga dengan Milo. Mahal kalau mendatangkan khasiat tidak mengapa. Saya telah diazab perit oleh Allah dahulu antaranya akibat minum air Sunquick, Nescafe dan Milo.

Kalau kita bertanya kepada beberapa orang sama ada mereka minum Nescafe atau tidak, mungkin kita akan temui jawapan "aku tidak boleh minum Nescafe, kalau minum aku pening". Ada orang yang bila minum Nescafe akan pening kepala, ada yang sakit tengkuk dan ada macam macam jawapan lain.


Begitulah lumrahnya minuman perosak kesihatan Nescafe. Kalau air susu lembu diminum, insyaallah tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan negatif malahan peminumnya bakal mendapat kesan positif seperti mudah buang air besar dan sebagainya.

Tidak perlulah pembaca semua mengikuti laluan kehidupan saya dengan mengambil Nescafe dan Milo. Alhamdulillah hidup lebih sihat tanpa Nescafe dan Milo.Air kopi dan teh saya memang minum. Campur susu tepung fullcream sedap sekali. Tentang Milo, aduh mengucap panjang saya apabila terkenang azab Allah pada diri saya akibat MILO!! Sekian lama saya menghidap gout dahulu, walau pun saya sudah berjaga-jaga dengan segala pantang larang namun situasi gout saya tetap sensitif. Apabila saya dalam keadaan sihat, cuba makan sepotong piza, keesokan harinya saya kaki sudah bengkak kena gout. Pendek kata tidak boleh salah makan, memang bakal kena gout bila terambil makanan yang menjadi pantang larangnya.

Alhamdulillah setelah berhenti mengambil MILO, terima kasih ya Allah semoga gout saya tidak berulang lagi. Saya juga dapat rahmat kedua iaitu belanja dapur berkurang kerana harga Milo ni agak mahal juga.


Tentang kesan pengambilan Milo kepada kanak-kanak pula, marilah pembaca sekelian melihat kesan apabila anak kecil mengambil Milo berterusan untuk satu tempuh dan selepas itu hentikan pengambilan Milo. Lihatlah kesan bentuk tahi anak-anak kecil anda. Insyaallah anda akan perasan bahawa anak-anak kecil sukar buang air besar dan tahinya juga keras setelah mengambil Milo. Apabila anak-anak tidak mengambil Milo, mereka lebih budah buang air besar dan tahinya juga tidak keras. Itu adalah antara kesan buruk mengambil Milo. Jika pengambilan Milo pada kanak-kanak ini diteruskan sejak kecil hingga dewasa, inilah yang menjadi antara punca kerosakan buah pinggang mengakibatkan gout, diabetes atau arthritis.


Milo sudah cukup jahat namun apa yang lebih jahat lagi ialah Milo 3 in 1.

Milo 3 in 1 ini lebih merbahaya berbanding Milo sahaja. Milo 3 in 1 mengandungi gula dan non dairy creamer. Non dairy creamer inilah yang menjadikan minuman 3 in 1 ini semakin merbahaya. Milo merbahaya kepada buah pinggang manakala non dairy creamer ini sangat merbahaya kepada jantung.

Sebagai penutup, elakkanlah mengambil Milo, Nescafe dan Sunquick. Ia hanya menjadikan hidup kita lebih sengsara. Sebenarnya nasihat saya melalui artikel ini amat mudah diamalkan sekiranya Allah SWT ingin memberikan rahmatNya kepada anda. Namun kalau sebaliknya ia akan menjadi sukar sekiranya Allah tidak ingin memberikan rahmatNya. Saya waktu saya jahil dahulu, Allah SWT mentadbir saya seisi keluarga mengambil Milo, Nescafe dan Sunquick. Alhamdulillah kini semuanya sekadar bahan sejarah saya. Wanita yang saya ceritakan di atas yang mengambil Sunquick, Allah mudahkannya bercerita masalahnya lalu diberikan penyelesaian oleh Allah SWT selepas beliau memperbaiki agamanya.


Dengan itu marilah sama-sama kita semua memperelokkan agama kita semoga Allah SWT redha dengan kita lalu ditadbirkan kita semua mengambil makanan minuman yang halal lagi baik dan seterusnya Allah memberikan kita semua rahmat kesihatan dan dijauhi segela jenis penyakit, Kesihatan bukan suatu yang percuma, Ia perlu dibeli dengan takwa.

Sekian untuk kali ini

Wassalam. Wallahua'lam

Begitulah kisah yang dikongsikan, hanya dengan minuman harian kita yang di amalkan terus menerus setiap hari setiap masa mengundang segala bagai penyakit. Bukan tidak boleh minum langsung tetapi berpada-pada lah dan lebihkan minum air putih atau air masak atau air jarang (macam-macam orang panggil).

Bagaimana vivix dapat membantu meredakan penderitaan pesakit gout.
Vivix bertindak dari dalam DNA iaitu unit terkecil di dalam manusia yang mengandungi maklumat genetik kita secara tidak langsung dapat mengurangkan simptom-simptom gout. Vivix juga memperbaiki kesemua kerosakan pada sel darah dengan menstabilkan kandungan asid urik ke tahap yang normal. Vivix adalah supplement semulajadi di mana kadar penyerapannya lebih bagus berbanding supplemen sintetik. Selain itu, kandungan resveratrolnya sangat tinggi menunjukkan impak yang sangat bagus dan positif terhadap kesihatan kita.

Lihat testimoni bagaimana seorang ayah yang sudah berpuluh puuh tahun menderita gout kini lega setelah pengambilan supplemen vivix yang berterusan....

Dapatkan vivix hari ini untuk penjimatan yang lebih menguntungkan...

No comments:

Post a Comment