Search This Blog

Mar 21, 2016

Makanan ohh makanan....

Sebelum kita memulakan proses detox ni nak bagi tau dulu la ape ape makanan yang perlu kita elakan dan makanan yang boleh kita ambil sewaktu detox. Ini bagi memudahkan parasit di halau keluar dari badan kita jika tidak parasit ini akan bertindak lebih aktif.

Tahukah korang ada makanan seharian kita bersifat anti parasit. Contohnya seperti :


  • Bawang putih mentah
  • Biji labu
  • Halia
  • Betik dan biji betik
  • Kulit kayu manis
  • Cuka
  • Minyak kelapa dara
  • Propolis
  • Delima
  • Lobak merah
  • Kunyit
  • Minyak zaitun
  • Palestine extra virgin oil
  • Makanan yang ditapai seperti tempoyak, tempe atau kimci

Semasa melakukan detox dan kalau nak berjaya menghalau parasit dari tubuh kita, ada beberapa makanan yang perlu kita elakan seperti :

  • Makanan berasaskan gandum
  • Gula terutama gula putih
  • Karbohidrat bertapis seperti kek, biskut, bijirin segera, jenis buah kecuali delima dan lemon
Jenis makanan ini menjadi makanan kepada parasit. ini menjadikan aktiviti parasit lebih aktif.

Makanan yang digalakan sewaktu detox
  • Probiotik
  • Rempah ratus seperti cili, kayu manis, jintan
  • Lobak merah, betik, nanas
  • Bawang putih di makan mentah
  • Cuka seperti cuka epal, cuka kurma
  • Makanan berasakan kelapa
  • Delima
  • Sayur-sayuran
  • Bunga cengkih
  • Biji labu
Dah tau kan ape yang boleh di makan dan tidak sewaktu detox. So bersiap sedia mental dan fizikal untuk detox ni. 

Detox dengan supplement???

Bismillahirahmanirrahim...

Kenapa detox penting sebelum kita mengambil supplemen. Apabila tubuh kita penuh dengan toksin dan parasit secara tidak langsung toksin menjadi penghalang bagi penyerapan supplemen atau vitamin yang kita makan. Parasit pula mengambil kesempatan menyedut semua nutrien yang ada dalam tubuh kita. Habis semua nutrien parasit sedut yang tinggal kat tubuh kita hampas je. Itu yang bila kita ambil apa-apa produk pun macam tidak ada kesan pada tubuh kita.


Jangan runsing-runsing, apa kata kita detox bersama sama dengan vitamin / supplemen shaklee. Di sini saya kenalkan beberapa supplemen untuk detox, iaitu


๐Ÿ’‹ Alfalfa merupakan agen detox untuk seluruh badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol. Alfalfa juga bertindak mencuci hati, darah dan usus. Alfalfa beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.


๐Ÿ’‹ Herb-lax juga dikenali aebagai julap lembut, membantu membersihkan usus secara semulajadi dan selamat dengan cara merangsang pengecutan otot-otot seterusnya membolehkan sisa-sisa yang terperangkap keluar dengan lebih cepat tanpa meninggalkan tomsin dalam kolon.


๐Ÿ’‹ DTX Complex mengandungi 6 campuran herba terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan reisi, dandelion dan biji benih schizanda chinensis. Ia membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkn penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dar toksin dan merawat maslah hati. DTX complex juga sebagai detoxsifikasi yang menyahkan bahan beracun dari hati seperti dadah dan bahan bernitrogen bagi memastikan seluruh organ berfungsi secara normal.


๐Ÿ’‹ Garlic diperbuat daripada bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary dan spearmint. Ia membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi dan meningkatkan imun tubuh.

Pernah dengar tak detox parasit. Detox parasit ni salah satu cara menyingkirkan atau membunuh parasit parasit yang dok bertapa dalam badan kita. Tetapi perlu diingat bahawa kekuatan sistem endokrin dan sistem imun seseorang sebahagian besarnya menentukan bagaimana teruk jangkitan parasit akan memberi kesan kepada individu tersebut. Ini bergantung kepada bagaimana parasit hidup dari tuan rumah, toksin atau bahan buangan yang dihapuskan, bagaimana parasit mengaktifkan sistem imun dan jika sistem imun adalah lemah.

Untuk detox parasit ni waktu paling sesuai ialah ketika bulan penuh kerana pada ketika ini aktiviti parasit menjadi lebih aktif mengawan, bertelur dan menetas. Detox parasit terbahagi kepada dua iaitu DETOX SELAMA 14 HARI (full detox) 9 hingga 22 hari bulan mengikut kalendar islam dan DETOX SELAMA 5 HARI (soft detox) 13 hingga 17 hari bulan mengikut kalendar islam.


Jom kita detox badan kita. Jika anda memang berminat untuk detox seluruh badan anda boleh hubungi saya, saya akan guide anda sehingga anda berjaya untuk detox.

Noi 0177274034

Mar 15, 2016

Simptom jadi rumah tumpangan

Jangkitan parasit adalah sangat biasa dan boleh menyebabkan kompilasi kesihatan yang serius atau pun tidak kepada kita. Kita boleh mengalami pelbagai jenis kompilasi ini bergantung kepada saiz parasit atau sama ada mereka berada di dalam atau di luar badan. Parasit tidak hanya terdapat di dalam usus seperti yang biasanya kita fikir tetapi boleh berada di mana-mana sahaja di dalam badan, paru-paru, hati, otot perut, di dalam otak darah dan juga mata.

Parasit di mata
Bagaimana kita hendak mengetahui yang tubuh kita ada parasit ni. Jika jenis kutu kepala ni boleh je nampak seperti gatal pada kulit kepala, atau tungau, kutu babi, bila parasit ni melekat pada kulit akan menampakan kesan nya. Tetapi parasit yang tinggal dalam badan, bagaimana kesan nya ke atas tubuh kita. Antara simptom-symptom yang terjadi apabila parasit menghuni tubuh kita...


Kompilasi perut dan usus / masalah pencernaan yang kronik





Parasit yang terdapat di dalam sistem penghadaman dan sisa buangan bertoksin yang terhasil dari najis dan kematian parasit menyebabkan masalah:

  • Cirit-birit
  • Sembelit kronik
  • Gas dan kembung perut
  • Masalah sistem pwnghadaman
  • Pergerakan usus terlalu cepat (lepas makan terus nak membuang)
  • Sakit perut
  • Mukus didalam najis
  • Loya
  • Buasir
  • Najis berdarah
  • Perut terasa panas
Gangguan Tidur


Semasa kita berehat, badan akan memberi tindakbalas wujudnya parasit seperti
  • Insomnia
  • Mengetap gigi semasa tidur
  • Kencing malam
  • Meleleh air liur berlebihan semasa tidur
  • Terjaga kerap kali pada waktu malam
Masalah berat badan


  • Peningkatan berat badan / Obesiti
  • Hilang selera makan
  • Rasa lapar yang melampau
  • Ketidakupayaan menaikan atau menurunkan berat badan
Masalah kulit dan arlegi


  • Kulit kering
  • Rambut kering dan rapuh
  • Alahan
  • Hidung Gatal
  • Gatal-gatal Dubur
  • Ruam
  • Kudis
  • Ekzema
  • dsb
Pelbagai bentuk tekanan mental



  • Perubahan emosi
  • Marah dan cepat marah
  • Gemuruh
  • Kemurungan
  • Sifat pelupa
  • Pemikiran keliru / tidak jelas

Keletihan


Organ penyingkiran sisa buangan dan toksin mempuyai beban lebih dan bekerja lebih keras untuk menyingkirkan toksin. ia akan mempengaruhi system saraf pusat dan menyebabkan :
  • sindrom keletihan yang kronik
  • mudah letih dan lesu
  • Tidak bermaya yang melampau
Gejala lain
  • Kesukaran menelan
  • Batuk atau batuk darah
  • Eye flaters
  • Bau badan
Cuba lihat diri kita ada tak symptom-symptom yang disebutkan diatas. Kalau ada maknanya badan kita ada parasit yang menumpang. Apa nak buat makan ubat cacing ke??? atau korang boleh je join detox bersama Shaklee. Macam mana nak detox? kita terangkan nanti kat entry berikutnya okayyy...
daaaa............

Penumpang tidak diundang...

Tahukah anda yang tubuh badan kita ni sebenarnya ada yang menumpang. Bukan setakat jin ke hantu boleh duduk dalam badan kita ni, parasit pun sibuk nak menumpang. Biasa yang kita nampak kutu kepala, yang ni senang nak di uruskan, yang kita tak nampak dalam badan kita macam mana pula.


Sebelum kita cite panjang, lebih baik berkenalan dulu dengan parasit parasit yang sesuka hati menumpang kat badan kita ni..


Parasit terbahagi kepada 3

  • Protozoa
  • Helminths
  • Ectoparasites
Jenis protozoa
Duduk dalam usus manusia. Boleh berjangkit dari seorang manusia ke seorang yang lain melalui sentuhan dan makanan. Juga boleh dijangkiti melalui gigitan nyamuk atau lalat.





Jenis Helminths
Biasanya besar dan boleh dilihat dengan mata kasar seperti cacing. Ia boleh hidup dalam saluran pencernaan kita




Jenis Ectoparasites
Jenis yang melekat pada badan kulit manusia seperti kutu dan boleh berada pada kulig dalam jangkamasa lama dabn mengambil nutrien dari badan kita.


Jenis parasit dan bagaimana ia wujud dalan tubuh badan






Cacing Tambang
Cacing ini membiak di dalam paru-paru dan usus




Anisakis
Cacing dalam ikan dan biasa berpindah ke usus manusia bila makan ikan mentah




Cacing gelang
Cacing yang menyerang usus, paru-paru, otak dan hati




Acanthamoeba
Parasit yang wujud dari penggunaan contact lense




Cacing kremi (kerawit)
Cacing kecil yang biasanya ada pada kanak-kanak. Cacing ini mudah dikeluarkan bersama makanan melalui dubur.




Cacing Cambuk
Cacing yang hidup di dalam usus besar manusia




Cacing Pita
Cacing yang datang daripada haiwan seperti ikan dan lembu. Menjadikan usus manusia sebagai induk untuk hidup.






Parasit ini wujud 
  • Melalui sumber air minuman dan mandian 
  • Mandi ditempat awam seperti kolam renang
  • Makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
  • Melalui haiwan peliharaan
  • Orang yang di jangkiti parasit
  • Melancong ke tempat yang tidak hygenik
  • Pengambilan antibiotik yang memusnahkan bakteria baik
  • Sayuran organik yang tidak dikendalikan dengan betul
Ish...ish...ish... bila buat entry ni dok terbayang bayang cacing-cacing ni menari nari dalam badan. Rasa geli geleman pula. Cam ne nak buang parasit ni???



Kat sini nak bagi tips mudah halau cacing dalam badan dengan biji betik,





Biji betik adalah ubat cacing semulajadi. Ia berfungsi untuk membunuh parasit. Caranya 
  • Untuk bayi - boleh keringkan biji betik dan kisar/tumbuk buatkan air
  • Kanak-kanak - makan mentah
  • Dewasa - makan sesudu sehari
Waktu sesuai makan biji betik ini ketika bulan penuh kerana ketika ini parasit menjadi lebih aktif.



Atau 


Boleh detox dengan shaklee, bagaimana?? 

Mar 14, 2016

Bells Palsy

Assalamualaikum sahabat sekalian...



Belek-belek gugle ni teringat zaman skola dulu, ada sorang pak cik toke kedai tetiba sebulan x nampak kat kedai nya, tertanya2 juga mana pak cik tu pegi. Rupanya pak cik toke kedai tu sakit tp x tau sakit ape, sehingga satu hari dia datang kedai tgk muka dia herot sebelah. masa tu orang-orang kampung ni kurang pendedahan dengan dunia internet ni so nak cari tau kenapa muka pak cik tu herot pun tak tau. Dengar cerita dari kawan-kawan ada yang kata muka pak cik tu kene lempang dek jin (tak tau la betul ke tak ni). lama kelamaan cerita tu senyap n pak cik tu pulih seperti sedia kala.

Hari ini, dengan teknologi canggih hanya di hujung jari menggoogle la tang penyakit pak cik toke kedai tu. Ingatkan kena stroke tapi stroke lumpuh separuh badan ni tang muka je. Gugle lagi.... jumpa dah, ohhh penyakit tu nama nya bell palsy.



Bell Palsy ini adalah sejenis penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Penyakit ini melibatkan saraf muka ke-7 yang menyebabkan kelemahan atau kelumpuhan tiba-tiba pada otot wajah. Penyakit ini biasanya bersifat sementara.



Beberapa keadaan lain juga boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya barah otak, stroke, miastenia gravis dan penyakit lyme. Walaubagaimananpun jima tiada punca khusus boleh didentifikasikan keadaan itu dikenali.sebagai bell palsy atau kelumpuhan wajah.



Biasanya pesakit yang terkena penyakit bell palsy ini akan mengalani kesukaran untuk menutup mata di bahagian terbabit. Mata akan sentiasa terbuka dan memerlukan bantuan untuk menutup kelopak mata seperti menampal dengan selotape. Ini kerana mata perlu dilindungi daripada kering atau kornea mungkin akan risak dan mengakibatkan cacat penglihatan.



Bell Palsy boleh memberi kesan keatas semua petingkat umur, tetapi ia kerap berlaku kepada orang dewasa. Mereka yang menghidap diabetes dan wanita hamil adalah mereka yang mudah untuk mendapat kelumpuhan wajah.


Gejala Bell Palsy

  • Terjadi secara tiba-tiba, beberapa kelumpuhan ringan pada salah satu sisi muka menyebabkan kesukaran tersenyum tmatau menutup salah satu kelopak mata
  • Peeubahan dan luahan muka (muka herot)
  • kesukatan makan dan minum
  • melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
  • kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • Mata atau mulut yang kering
  • rasa tegang di muka atau mata ditarik kesebelah satu lagi
  • sakit mata
  • kehilangan deria rasa
  • Sakit di belakang atau dihadapan telinga
  • Gerenyetan di muka
  • Rasa lemah dimuka

Rawatan Bell Palsy

Dalam banyak kes tiada rawatan diperlukan, tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan gejala. Ubat kortikostrenroid atau antiviral mungkin boleh mengirangkan gejala bengkak dan mengurangkan tekanan pada saraf muka. Pesakit mesti ambil ubat ini pada awal waktu (dalam masa 24 jam apabila gejala bermula) untuknlebih berkesan. Tetapi tiada kajian yang diterbitkan menunjukan  ubat antiviral boleh mempercepatkan proses pemulihan.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan saraf yang terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun bedasarkan beberapa kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya

senaman muka bagi pesakit bell palsy



Pembedahan

Bagi masalah Bells Palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu. Pelbagai teknik pembedahan dikenalpasti membantu masalah ini. Antarnya pembedahan memperbetulkan tulang yang terjejas. Pembedahan mengembalikan senyuman (smile sugery) antara prosedur yang dijalankan bagi mengembalikan wajah pesakit.

Penyakit ini memakan waktu yang panjang untuk pulih seperti sedia kala, tetapi shaklee ada vivix bagi mempercepatkan proses pemulihan pesakit bells palsy.




Ikhtiar tetap ikhtiar, Vivix juga salah satu alternatif dalam mencari penawar yang sesuai. Semuanya bergantung kepada tubuh badan kita menerimanya. InsyaAllah....

Mar 13, 2016

Racun Dalam Badan ???

Detox ialah proses pengeluaran racun atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Berpuasa adalah salah satu cara efektif detox. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox secara semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar.

Menghilangkan atau mengeluarkan racun (detox) dari dalam tubuh wajar di lakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat. Gaya hidup yang tidak sihat termasuk tabiat buruk seperti merokok dan mengambil minuman keras serta kepelbagaian jenis makanan yang di ambil boleh menyebabkan racun-racun terkumpul di dalam badan. Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh dan sebab itulah kita perlu menyingkirkan toksin dalam badan melalui kaedah detox semulajadi atau dengan supplement.


TOKSIN


Toksin dalam badan bukan hanya dari hampas makanan yang kita makan dan makanan-makanan yang tidak tercerna tetapi juga boleh berasal dari zat makanan aditif. Hampas atau zat yangvtidak diperlukan oleh tubuh dipanggil sebagai racun (toksin) atau penyakit. Hampas atau toksin juga di hasilkan secara semulajadi oleh tubuh kita sendiri. Ini merupakan proses metabolisma sehingga kita sendiri tidak dapat menghindarinya.

Sel-sel yang sudah tua akan mati dan menjadi hampas. Dalam keadaan normal, hampas
akan dikeluarkan secara teratur setiap hari melalui sistem pembuangan tubuh.

SUMBER TOKSIN

Toksin pada badan kita datang dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri seperti

  • UDARA - apabila kita bernafas kita menyedut sekali udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain.
  • Makanan & minuman - makanan atau minuman yang tidak bersih atau tidak di masak dengan sempurna  
  • Ubat-ubatan - Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah di dalam badan
  • Radiasi - Pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • Makanan yang tidak hadam - makanan yang tidak hadam dan tertinggal dalam usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam

SUMBER TOKSIN




TANDA-TANDA BADAN MENGANDUNGI TOKSIN


  • Pembuangan air besar tidak lancar
  • Mulut berbau
  • Penghadaman kurang baik
  • Perut kembung
  • Kurang bersemangat
  • Badan lemah, senang demam dan selsema
  • Hilang tumpuan
  • Muka pucat - jeragat
  • Susah hendak tidur
  • Senang cemas
  • Cepat marah
MENGAPA PERLU DETOX

  • Untuk mengeluarkan toksin dalam badan
  • Mengelakan penyakit kronik
  • Menguatkan sistem imun
  • Mengurangkan berat badan
  • melambatkan kesan penuaan
  • Meningkatkan kualiti hidup
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan kualiti kulit
  • Membantu penyerapan supplemen @ makanan tambahan dengan lebih baik
  • Meningkatkan daya fikir

Kebiasaannya kita tidak sedar bila badan jadi letih lesu makan supplemen pun tiada tindak balas macam tak ada apa-apa berlaku, kita kata produk tu tipu produk ni melebih lebih pada hal badan tu dah penuh dengan toksin yang menghalang penyerapan vitamin. Masa ni la kita perlu detox badan kita. Macam-macam cara kita boleh buat untuk detox sama ada menggunakan apa yang ada kat dapur tu atau dengan shaklee. Nak tau cam mana nanti kita bagi tau.. daaaaaa..........

Noi 0177274034

Mar 4, 2016

GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh pulih.

Assalamualaikum sahabat sekalian, rasa lama x update blog ni atas sebab-sebab yang tak dapat dielakan terpaksa la menyepi sekejap. Dalam menyepi di dunia blog, jengah-jengah la dunia whatsapp dan jumpa la perkongsian dari salah satu group family saya mengenai punca Gout.Cerita asal saya tidak pasti di ceritakan oleh siapa tapi demi kebaikan bersama tidak salah saya kongsikan dengan anda juga.....

Kisahnya begini......
     
Minuman Milo adalah antara punca penyakit gout. Selain Milo, Nescafe dan minuman Sunquick juga adalah antara punca penyakit gout dan juga mengakibatkan penyakit arthritis dan diabetes serta kegagalan fungsi buah pinggang.


Pada kira-kira dua bulan lepas, seorang ibu berusia sekitar 40 tahun mengadu pinggangnya kerap sakit. Saya kata "buah pinggang engkau dah mula meragam".

Wanita ini seakan-akan tidak puas hati dengan jawapan saya lalu berkata "tetapi sakitnya tu kat bawah lagi, Rasanya bukan buah pinggang"

Saya menjawab "cuba engkau bangun berdiri membelakangkan saya dan tunjukkan bahagian yang engkau kerap sakit tu"

Wanita ini berdiri membelakangi saya dan menunjukkan bahagian pinggangnya yang kerap sakit tu. Saya lalu berkata "ha tu bahagian buah pinggang kau lah tu"

Wanita ini macam tak gembira diberitahu buah pinggangnya sudah mula meragam. Saya pun menyoal ibu ini tabiaat pengambilan makanan dan minumannya. Alhamdulillah amalan permakanannya baik melainkan satu iaitu ibu ini gemar minum air Sunquick.

Pendek kata bekalan air minuman Sunquick ini sentiasa ada di rumah wanita ini bukan untuk tempuh setahun dua tetapi sudah amat lama bertahun tahun. Wanita ini berserta anak anak dan suaminya memang kerap minum air Sunquick ini.

Saya memberi arahan kepada anak sulung wanita ini "balik rumah nanti tugas engkau ialah ambil botol minuman sunquick di rumah dan terus buang ke dalam tong sampah"

Anak sulung wanita ini menjawab dengan wajah tidak gembira "tetapi botol sunquick ini masih penuh, baru beli"

Lalu saya segera membalas "lagi penuh botol sunquick tu lagi perlu kau buang kerana kalau masuk perut lagi mudarat'

Pada minggu berikutnya wanita ini datang lagi bersama keluarganya untuk menyambung pelajaran ilmu agama. Saya memulakan kelas dengan soalan kepada wanita tersebut "macam mana dengan masalah pinggang sakit kau tu?"

Wanita ini dengan muka gembira berkata "lepas nasihat dulu saya sudah tidak minum lagi Sunquick dan alhamdulillah saya terus tidak lagi mengalami sakit pinggang".


Begitulah kesan pengambilan air Sunquick. Apabila sampai satu tahap ia akan menyebabkan sakit pinggang dan bila diteruskan pengambilan Sunquick ini ia akan menyebabkan tahap kerosakan buah pinggang yang lebih serius dan tahap seterusnya, penyakit GOUT sedia menanti.

Bagi mereka yang sudah kena penyakit gout atau arthritis, mereka boleh mencuba minum air Sunquick untuk tempuh beberapa hari dan lihatlah sendiri kesan pengambilan air Sunquick ini. Bagi mereka yang cukup sihat, pengambilan sekali sekala air Sunquick mungkin tidak memberikan kesan tetapi bagi mereka yang sudah mula bermasalah dengan buah pinggang, pengambilan Sunquick meninggalkan kesan yang jelas.


Apabila air sunquick ini memudaratkan buah pinggang, jadi apakah pilihan lain yang boleh diambil? Setakat ini, pengambilan air Ribena saya dapati tidak meninggalkan mudarat begitu juga air sirap. Air jus perisa buah-buahan di pasaran, elakkanlah kerana semata-mata perasa dan pewarna.

Begitulah juga air Nescafe. Tak usahlah minum Nescafe. Nescafe ni mahal begitu juga dengan Milo. Mahal kalau mendatangkan khasiat tidak mengapa. Saya telah diazab perit oleh Allah dahulu antaranya akibat minum air Sunquick, Nescafe dan Milo.

Kalau kita bertanya kepada beberapa orang sama ada mereka minum Nescafe atau tidak, mungkin kita akan temui jawapan "aku tidak boleh minum Nescafe, kalau minum aku pening". Ada orang yang bila minum Nescafe akan pening kepala, ada yang sakit tengkuk dan ada macam macam jawapan lain.


Begitulah lumrahnya minuman perosak kesihatan Nescafe. Kalau air susu lembu diminum, insyaallah tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan negatif malahan peminumnya bakal mendapat kesan positif seperti mudah buang air besar dan sebagainya.

Tidak perlulah pembaca semua mengikuti laluan kehidupan saya dengan mengambil Nescafe dan Milo. Alhamdulillah hidup lebih sihat tanpa Nescafe dan Milo.Air kopi dan teh saya memang minum. Campur susu tepung fullcream sedap sekali. Tentang Milo, aduh mengucap panjang saya apabila terkenang azab Allah pada diri saya akibat MILO!! Sekian lama saya menghidap gout dahulu, walau pun saya sudah berjaga-jaga dengan segala pantang larang namun situasi gout saya tetap sensitif. Apabila saya dalam keadaan sihat, cuba makan sepotong piza, keesokan harinya saya kaki sudah bengkak kena gout. Pendek kata tidak boleh salah makan, memang bakal kena gout bila terambil makanan yang menjadi pantang larangnya.

Alhamdulillah setelah berhenti mengambil MILO, terima kasih ya Allah semoga gout saya tidak berulang lagi. Saya juga dapat rahmat kedua iaitu belanja dapur berkurang kerana harga Milo ni agak mahal juga.


Tentang kesan pengambilan Milo kepada kanak-kanak pula, marilah pembaca sekelian melihat kesan apabila anak kecil mengambil Milo berterusan untuk satu tempuh dan selepas itu hentikan pengambilan Milo. Lihatlah kesan bentuk tahi anak-anak kecil anda. Insyaallah anda akan perasan bahawa anak-anak kecil sukar buang air besar dan tahinya juga keras setelah mengambil Milo. Apabila anak-anak tidak mengambil Milo, mereka lebih budah buang air besar dan tahinya juga tidak keras. Itu adalah antara kesan buruk mengambil Milo. Jika pengambilan Milo pada kanak-kanak ini diteruskan sejak kecil hingga dewasa, inilah yang menjadi antara punca kerosakan buah pinggang mengakibatkan gout, diabetes atau arthritis.


Milo sudah cukup jahat namun apa yang lebih jahat lagi ialah Milo 3 in 1.

Milo 3 in 1 ini lebih merbahaya berbanding Milo sahaja. Milo 3 in 1 mengandungi gula dan non dairy creamer. Non dairy creamer inilah yang menjadikan minuman 3 in 1 ini semakin merbahaya. Milo merbahaya kepada buah pinggang manakala non dairy creamer ini sangat merbahaya kepada jantung.

Sebagai penutup, elakkanlah mengambil Milo, Nescafe dan Sunquick. Ia hanya menjadikan hidup kita lebih sengsara. Sebenarnya nasihat saya melalui artikel ini amat mudah diamalkan sekiranya Allah SWT ingin memberikan rahmatNya kepada anda. Namun kalau sebaliknya ia akan menjadi sukar sekiranya Allah tidak ingin memberikan rahmatNya. Saya waktu saya jahil dahulu, Allah SWT mentadbir saya seisi keluarga mengambil Milo, Nescafe dan Sunquick. Alhamdulillah kini semuanya sekadar bahan sejarah saya. Wanita yang saya ceritakan di atas yang mengambil Sunquick, Allah mudahkannya bercerita masalahnya lalu diberikan penyelesaian oleh Allah SWT selepas beliau memperbaiki agamanya.


Dengan itu marilah sama-sama kita semua memperelokkan agama kita semoga Allah SWT redha dengan kita lalu ditadbirkan kita semua mengambil makanan minuman yang halal lagi baik dan seterusnya Allah memberikan kita semua rahmat kesihatan dan dijauhi segela jenis penyakit, Kesihatan bukan suatu yang percuma, Ia perlu dibeli dengan takwa.

Sekian untuk kali ini

Wassalam. Wallahua'lam

Begitulah kisah yang dikongsikan, hanya dengan minuman harian kita yang di amalkan terus menerus setiap hari setiap masa mengundang segala bagai penyakit. Bukan tidak boleh minum langsung tetapi berpada-pada lah dan lebihkan minum air putih atau air masak atau air jarang (macam-macam orang panggil).

Bagaimana vivix dapat membantu meredakan penderitaan pesakit gout.
Vivix bertindak dari dalam DNA iaitu unit terkecil di dalam manusia yang mengandungi maklumat genetik kita secara tidak langsung dapat mengurangkan simptom-simptom gout. Vivix juga memperbaiki kesemua kerosakan pada sel darah dengan menstabilkan kandungan asid urik ke tahap yang normal. Vivix adalah supplement semulajadi di mana kadar penyerapannya lebih bagus berbanding supplemen sintetik. Selain itu, kandungan resveratrolnya sangat tinggi menunjukkan impak yang sangat bagus dan positif terhadap kesihatan kita.

Lihat testimoni bagaimana seorang ayah yang sudah berpuluh puuh tahun menderita gout kini lega setelah pengambilan supplemen vivix yang berterusan....

Dapatkan vivix hari ini untuk penjimatan yang lebih menguntungkan...