Search This Blog

Nov 5, 2017

Bahaya makanan segera terhadap kehidupan kita.

Zaman semakin moden, semakin canggih manusia pun semakin sibuk macam macam perkara nak diuruskan. Perkataan sibuk, busy, tak sempat, kurang masa tu dah jadi perkataan yang sentiasa bermain dibibir bibir mereka yang bekerjaya. Ada yang sehingga terabai keluarga. Ada yang menyerahkan segala galanya pada bibik di rumah, dek kerana kesibukan sendiri. 

Yang tak ada bibik nak urus urusan rumah semua sendiri tapi tak cukup masa, akhirnya yang segera jadi pilihan sebab order je siap. Lagi pun dah senang dapat kan, drive thruu kan ada tak payah turun kereta order je dapat la pilihan makanan segera yang diinginkan, cepat dan mudah memang menjimatkan masa.  Tetapi...... 

Jika dulu zaman kita kecik kecik hanya boleh jumpa mee segera, yang sememangnya menjadi pilihan utama makanan segera. Dulu paling glamour jenama maggi, dan sampai sekarang pun beli la mee segera ape jenama sekali pun tetap orang panggil megi. Tu dulu, sekarang ni lagi macam macam jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Sampaikan kari dalam tin, paket pun dah ada. 

Ok, sebenarnya makanan segera ni selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera ni banyak membawa mudarat kepada tubuh badan kita disebabkan kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa 'monosodium glutimate' yang membahayakan kesihatan. 

Hmm.. sedapnya
Bahan kimia ini akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi, buah pinggang dan pelbagai penyakit lain. Aduhai yang suka makanan segera ni tak sayang badan ke. Masa makan memang sedap, lepas tu menanggung macam-macam penyakit. Nak menyesal masa ni... Hmmm...  Terlambat dah kot. 

Nak tau tak kesan bila kita ambil makanan segera secara berlebihan. 

1. Obesiti atau terlebih gemuk

  • Makanan segera merupakan salah satu punca kegemukkan melampau. Kalau kita beli makanan di restoran fast food adakah kita akan beli hanya sebiji burger sahaja.  Sudah tentulah tidak kan, paling kurang pun kena ada kentang goreng,  ais krim dan minuman bergas. Haa... Cuba kita lihat dalam sebiji burger terdapat 35% lemak. Itu belum lagi hidangan lain yang kita order tadi, ais krim,  kentang goreng, tambah lagi ayam goreng dan sebagainya. Memang lazat makanan tu semua, kene pulak ngan selera kita memang makan tak toleh kiri kanan la. Tapi kalau dah hari hari pulun makanan tu, akibatnya memang menakutkan. Bila dah gemok ni macam macam penyakit lain pulak datang. 
  • Selain gemok, ketahanan badan kita pun akan menjadi lemah. Ini kerana banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai penambah perisa.  Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan kita. 

2. Penambahan kolesterol dan kalori secara mendadak dalam badan. 

  • Dengan pengambilan makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan koleterol dan kalori masuk kedalam badan. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi.

3. Diabetes atau penyakit kencing manis

  • Salah satu penyebab kencing manis adalah penganbilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air bikarbonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya yang memang tinggi. 

4.Kanser

  • Kandungan bahan kimia dan oerisa yang ada dalam makanan ringan dan makanan segera boleh menyebabkan kanser jika diambil setiap hari. 
Ini baru antara penyakit yang akan dihidapi, kalau nak diikutkan banyak lagi kesan pengambilan makanan segera ni.Bukan lah nak kata tak boleh makan langsung. Sesekali teringin dan ambil dalam kuantiti yang terkawal tak menjadi masalah, tapi kalau boleh tak payah ambil langsung la.banyak lagi makanan lain yang lebih baik dan menyihatkan.

Ini pula antara makanan segera yang harus dielakkan diambil secara berlebihan kerana kurang elok untuk kesihatan.

  • Kentang goreng - kerana terlalu banyak lemak dan garam serta banyak menggunakan pewarna dan perasa tiruan
  • Burger - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak
  • Makanan ringan (jajan)  - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi
  • Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi. 

Sebaiknya sediakan dan pelbagaikan la makanan yang enak dan sedap untuk dinikmati anak anak dan keluarga kita. Luangkan sedikit masa untuk menyediakannya. Kita tidak tahu berapa lama lagi mampu untuk kita berbuat demikian. 

Cadangan Kak Noi, Apa kata setiap hari sediakan minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja. Minuman yang berperisa vanilla sedap dinikmati sejuk atau suam. rasa macam ais krim vanilla pasti disukai setiap orang.

Kak noi pun, setiap hari sediakan mealshakes ni untuk anak anak. Kalau ada yang berminat nak merasai keenakkan MealShakes ni boleh PW kak noi je http://nornoi.wasap.my/ .


Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan produk Shaklee ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 / www.wasap.my/60177274034 untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

atau untuk memilih produk yang anda suka (klik gambar dibawah)


Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment