Search This Blog

Nov 14, 2017

Pilihan bijak ibu ibu sekarang, hamil ceria dan cergas dengan Set Hamil Shaklee.

Semasa hamil apa yang ibu ibu amalkan supaya sentiasa kekal bertenaga dan sihat. Berehat secukupnya, bersenam khas untuk orang mengandung atau melepak atas katil je. Tak kisah la ape cara sekali pun, lain orang lain la ragamnya lain kisahnya, nak samakan dengan kita memang tak boleh la. 

Wanita yang sedang hamil ni sangat istimewa tau.  Segala yang di makan perlu dikongsi bersama anak yang dikandungnya.  Masa ni la akan timbul macam macam masalah.  Kalau yang tak ada masalah tu alhamdulillah...  Rezeki dah tu.. 

Tapi bagi yang lain jangan panik kalau ada masalah pun,  ikut nasihat doktor dan banyakkan berehat.

Wanita yang hamil memang memerlukan makanan berkhasiat dan baik untuk tubuh badan sendiri dan tumbesaran janin.  Selain makan makanan yang seimbang yang disarankan doktor atau misi, suka sangat kak noi nak cadangkan set hamil shaklee ni. Makanan tambahan yang tidak akan membahayakan ibu dan bayi.
Set ni semua penting untuk elakkan ibu yang sedang hamil mengalami masalah yang boleh membahayakan kesihatan diri dan janin. Set lengkap yang mengandungi semua yang ibu hamil perlukan.

Set hamil lengkap Shaklee yang terdiri daripada

Ostematrix

  • Ibu mengandung memerlukan kalsium  1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. 
  • Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
  • Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein

  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
  • Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
  • Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
  • Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
  • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

Omega 3 (Omega Guard)

  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.

  • Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
  • DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
  • Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Complex

  • B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
  • Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
  • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
  • Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
  • Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  • Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  • Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Vita-Lea Iron Formula

  • Vita-Lea adalah multivitamin. 
  • Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
  • Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Tips untuk tingkatkan penyerapan zat besi dan zat vitamin. 

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan seperti berikut
  • Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu,  limau,  betik,  mangga dan sayuran hijau seperti pegaga, sawi, pucuk ubi, bayam dan kangkung
  • Minum jus buah-buahan
  • Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi
  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis,  udang, isi ayam dan isi daging
Kurangkan makan makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti kopi, teh, minuman berkola dan minuman bercoklat.
  • Jika ingin mengambil makanan atau minuman tersebut, pastikan di ambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan vitamin atau ubat. 
  • Susu juga mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi. Ibu hamil perlu minum 2-3 gelas susu sehari untuk mendapatkan cukup kalsium, jadi minumlah susu segar atau susu tepung diantara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang atau minum malam. 

Jaga diri,  jaga bayi,  jaga kesihatan... 

Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan  Set  kehamilan ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 /  http://kaknoi.wasap.my/ untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

 BELI SEKARANG

Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.




Nov 13, 2017

PERINGKAT KEHAMILAN DAN PERUBAHAN TERHADAP TUBUH BADAN


Wanita yang hamil akan mengalami perubahan pada tubuh badan, emosi, alahan dan lain lain perubahan. Kebiasaannya perubahan ni berbeza antara wanita-wanita hamil yang lain. Ada sesetengahnya yang mengalami perubahan berat badan naik secara mendadak ada juga yang mengalami alahan sehingga terpaksa di tahan di wad.

Pertambahan berat badan
Pertambahan berat badan yang sihat bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama adalah 0.5 kg sebulan dan bagi jangkamasa kandungan seterusnya 0.5kg seminggu. Jika pertambahan berat badan naik secara mendadak atau terlalu banyak anda akan diminta  untuk  berjumpa doktor bagi dan terpaksa melakukan ujian darah untuk memastikan bahawa anda ada diabetes atau tidak. 

Semasa hamil, kurangkan makanan dan minuman manis kerana ia akan mempengaruhi pertambahan berat badan kita. 

Hubungan seks
Tiada halangan untuk melakukan hubungan seks semasa hamil. Walaubagimanapun sekiranya anda mengalami tumpah darah dan kedudukan uri di bawah, sila dpatkan nasihat doktor.

Pemeriksaan kehamilan 
pemeriksaan  awal sebaik sahaja mengandung dan patuhi temujanji lawatan seterusnya. Ada sesetengah orang yang suka bertangguh untuk pemeriksaan awal ni kerana situasi untuk menunggu di klinik, tetapi kalau boleh elakkan dari menangguh kerana ia mungkin membahayakan diri kita sendiri.

Tempoh kehamilan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu


TRIMESTER PERTAMA ( MINGGU 1-12 )

Kebanyakkan wanita hamil pada minggu trimester pertama ini akan mengalami alahan yang berbeza beza. Masalah alahan yang mungkin dialami ialah rasa loya, muntah, tidak selesa dengan bau tertentu. Sekiranya ini berlaku, sila dapatkan nasihat doktor. Walaubagaimanapun ada juga wanita yang hamil tidak mendapat alahan seperti ini. 

Gatal-gatal dibahagian sulit. Sekiranya ini berlaku, elakkan menggunakan sabun yang ada pewangi dan jika bertambah teruk sila dapatkan nasihat doktor.

TRIMESTER KEDUA ( MINGGU 13 - 27) 
  • Perubahan Fisiologi dan hormon dalam badan. Ini akan meningkatkan risiko mendapat penyakit Hipertensi dan Diabetes semasa hamil. 
  • Pucat semasa hamil. Ini adalah kerana kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah dan perlu mendapatkan pengesahan dari doktor kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan diri dan pertumbuhan bayi dalam kandungan. 
  • Pelalian semasa hamil.  Wanita yang hamil akan diberipelalian anti - tetanus (ATT)  untuk mencegah diri dan bayi dari jangkitan tetanus. Jangkitan tetanus mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut. Sekiranya pertama kali hamil, suntikan akan diberi sebanyak dua kali dan untuk kehamilan seterusnya hanya akan diberisekali suntikan sahaja. 
  • Pemeriksaan dan rawatan rutin gigi sangat digalakkan dan selamat.  Ia disyorkan kerana perubahan semasa hamil boleh menyebabkan masalah gigi dan gusi.  Masa yang sesuai untuk rawatan gigi adalah semasa jangka masa kehamilan13 - 24 minggu. 
TRIMESTER KETIGA ( MINGGU 29-40)

PERGERAKKAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Pergerakkan bayi adalah salah satu cara untuk memastikan bayi sihat. sekiranya pergerakkan bayi berubah dari  biasa / kurang gerak atau lemah sila dapatkan nasihat doktor. Pada ketika ini anda harus jujur, kerana ia melibatkan nyawa bayi anda sendiri.

RISIKO KELAHIRAN PRAMATANG
(tidak cukup bulan)

Anda mungkin berkemungkinan berisiko mengalami kelahiran pramatang jika anda pernah mengalami masalah berikut :-
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang
  • Kandungan lebih dari satu
  • Rahim dan serviks yang luar biasa
  • Kadungan yang mempunyai komplikasi seperti hipertensi dan uri dibawah
  • Kurang sokongan sosial
  • Pengambilan alkohol, dadah dan merokok semasa hamil
  • Jangkitan dalam rahim
  • Kecacatan bayi dalam kandungan.
Semasa diawal kehamilan rasa loya, muntah, tidak selesa mungkin akan membantutkan selera makan anda. Tetapi anda tidak boleh membiarkan perut kosong kerana ini akan menjejaskan keaihatan anda malah janin dalam kandungan. Dan kemungkinan janin tidak boleh mendapat segala zat yang diperlukan untuk berkembang. 

Cadangan saya untuk anda yang mengalami masalah inibketika hamil dengan mengamalkan set lengkap kehamilan dari shaklee. 



Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan  Set  kehamilan ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 /  http://kaknoi.wasap.my/ untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

 BELI SEKARANG

Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Nov 10, 2017

Risiko Hb rendah terhadap wanita yang sedang hamil

Tempoh hamil 9 bulan 10 hari bukan la tempoh yang sekejap. Dalam tempoh ni macam macam dugaan dan ujian kene lalui. Setiap bulan kena pergi chek up diklinik, tu yang belum kena jumpa pakar pula kalau ada masalah lain kan. dengan kat klinik ramai orang, tunggu berejam, siap ada yang tertido dek kelamaan tunggu nombor giliran dipanggil. Tapi itu semua tidak mematah kan semangat untuk wanita itu mengandung lagi hihihi....

Biasanya salah satu masalah dengan wanita hamil ni ialah Hb (hemoglobin) yang selalu tak naik,  dan semakin menurun. Kalau kat buku chek up kita tu misi akan tulis Mild Anemia. Anemia semasa hamil ni mempunyai tahap iaitu 
  • Ringan Hb 9-11 g/dL
  • Sederhana Hb 7-9 g/ dL
  • Teruk Hb kurang daripada 7 g / dL
Anemia adalah apabila darah anda tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti hemoglobin (molekul protein yang engandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi.

Biasanya, anemia berlaku disebabkan oleh masalah kurangnya pengeluaran sel darah merah,  kehilangan darah atau kemusnahan sel-sel darah merah. 

Bagi wanita hamil, kekurangan zat besi (iron deficeiency anaemia) membawa kepada kurangnya penghasilan sel darah merah. Sepatutnya semasa hamil, badan kita perlu menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung tumbesaran bayi. 

Bila zat besi tidak dibekalkan dalam kuantitibyang mencukupi, penghasilan darah merah oleh tubuh tidak dapat menampung keperluan ibu dan bayi.

Siapa yang berisiko untuk mendapat anemia semasa hamil.. 

Setiap wanita hamil mempunyai risiko untuk mengalami masalah Hb rendah. Tetapi golongan ini harus mengambil perhatian serius untuk mengelakkan masalah HB rendah yang memudaratkan. 
  • Jarak kehamilan yang rapat
  • Wanita yang sedang hamil kembar
  • Mengalami muntah terlalu kerap ketika mengalami alahan mengandung yang teruk
  • Wanita hamil yang tidak atau kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi dengan mencukupi untuk penghasilan sel darah merah dalam kuantiti yang banyak untuk ibu dan janin
  • Ibu mengalami haid dalam kuantiti yang banyak sebelum mengambil dan ini menyebabkan zat besi dalam badan berkurangan semasa hamil
  • Ibu yang hamil muda iaitu pada usia remaja
  • Wanita mempunyai sejarah anemia sebelum ini
  • Pengambilan alkohol oleh wanita hamil. 

Bahaya anemia kepada ibu dan bayi

  • Sistem pertahanan semula jadi badan ibu menurun menyebabkan mereka mudah mendapat jangkitan bakteria atau virus dan mudah mudah jatuh sakit. 
  • Wanita hamil dengan anemia yang teruk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi semasa dan selepas kelahiran
  • Berisiko mendapat komplikasi jantung dimana degupan jantung boleh meningkat (tachycardia) ke tahap yang luar biasa dan boleh mengalami kegagalan jantung kerana jantung anda tidak mengepam darah keseluruh badan  dengan cekap.
  • Tekanan darah tinggi pada ibu
  • Ibu anemia juga berkemungkinan besar memerlukan transfusi darah sekiranya mereka mengalami pendarahan semasa melahirkan
  • bayi juga boleh lahir tidak cukup bulan (pramatang)
  • Bayi lahir dengan berat badan yang rendah
  • Bayi berisiko untuk mendapat masalah anemia kerana kekurangan zat besi.

Tips untuk menaikkan Hb atau mengelakkan anemia bagi wanita yang sedang hamil.

  • Pilih dan makan makanan yang tinggi dengan zat besi seperti sayur bayam, ikan, daging merah, kekacang, hati, ikan bilis, kerang , jambu batu, oat, brokoli dsb
  • Ambil telur (Kuning) - Bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah
  • Makan buah delima - Dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima mengurangkan gejala anemia.
  • Elakkan minum minuman bergas atau berkarbonat, berkafien seperti kopi, teh, nescafe, milo dsb.
  • Elakkan mengambil ubat atau vitamin atau supplemen bersama produk tenusu, kopi, teh, nescafe , air gas dsb

Makanan Zat Tambahan

  • Biasanya di beri pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik untuk tambah darah.
  • Elakkan dari minum susu sejam sebelum atau selepas makan ubat, vitamin atau ia akan jadi sia sia

Pilihan lain selain ubat yang dibekalkan dari klinik

Selain pil zat besi yang selalu kita dapatkan diklinik atau farmasi, shaklee juga ada menyediakan supplemen khas untuk wanita yang sedang hamil dan mengalami hb yang rendah. 

Vita-Lea Iron Formula

Multivitamin wajib bagi semua orang terutama wanita yang hamil. Ianya kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral yang disarankan oleh RDA.

Sustained Release Vitamin C

Fungsi utama pengambilan vitamin C adalah untuk menyerap zat iron yang terdapat dalam vita lea. Jadi ia digalakkan di ambil atau ditelan bersam dengan vita lea demi memaksimumkan penyerapan zat iron dan membantu menaikkan bacaan Hb. Vitamin C juga bertindak melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen  untuk membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

B-Complex
lengkap dengan Asid Folik yang mana sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Testimoni



"Setiap kali mengandung dari anak pertama sehingga la anak ke-4, ini lah satu satunya masalah yang saya hadapi. Hb di bawah paras yang tidak memuaskan. Dari ubat klinik sehingga lah beli sendiri kat farmasi, semua dah cuba. Ada yang berkesan ada yang tidak.

Bila mengandung anak yang ke-4 ni rasa macam susah sangat nak naik asik turun je. sehingga la turun sampai 8.9, akhirnya  amik semula 3 beradik ni vita lea, b-complex dan vitamin c. Selama dua minggu memang tak tinggal walau sehari pun telan semua vitamin ni. siap amik extra dose sebab  nak sangat tengok hb naik.

Alhamdulillah, chek up seterusnya menampakkan perubahan walaupun masih dibawah paras yang di perlukan. Hb naik ke 9.7 banyak juga la. Lepas ni kena terus konsisten biar naik lagi sampai 10 or 11, baru boleh tarik nafas lega.  Saya memang akan cadangkan set ini  kalau ada wanita hamil yang ada masalah hb rendah ni". -noi-

Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan  Set Hb Low  ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 /  http://kaknoi.wasap.my/ untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.


Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Nov 8, 2017

Keranamu kolagen, kulit jadi cantik, licin, gebu dan nampak muda dari usia sebenar, tiada apa yang perlu dirahsiakan.

Kolagen...  Bila sebut kolagen mesti ramai yang pernah dengar  kan.Tubuh kita memang memerlukan kolegen. Kolagen ni bertindak seperti “gam” yang mengikat tubuh kita dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit.

Kolagen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik, dan gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.

Tetapi,  semakin usia kita meningkat semakin berkurang la pengeluaran kolagen secara semula jadi akan berkurangan, menyebabkan kulit kita kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah.

Jadi macam mana nak tambah kolagen yang dah kurang dalam badan kita ni.
Sebelum tu, nak bagi tau ni bagaimana ciri ciri orang yang kekurangan kolagen.

 Kebiasaannya orang yang dah mula kekurangan kolagen akan dapat ciri ciri seperti :-

  • Lingkaran hitam bawah mata, eye bag
  • Kulit kering, berkedut dan melayut
  • Liang roma lebih besar, pigmentasi, jeragat dan kulit kekuningan
  • Garisan kesan ketawa
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan
  • Gusi tidak sihat
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
  • Rambut halus, kering dan bercabang serta mudah gugur
  • Payudara dan punggung kendur
  • Penglihatan kabur. 
Bila ada yang mengalami ciri ciri ini kita selalu kata itu adalah faktor usia, tapi sebenarnya kolagen dah kurang dalam badan kita. Ha.... Ada yang lari g tengok cermin ke tu.... 

Pernah nampak tak wanita atau lelaki yang kulitnya tidak menunjukkan usia sebenar mereka malah lebih tegang dan halus dari kulit anak dara. Ha...  Yang tu kemungkinan besar kolagen dalam badan dia sentiasa cukup untuk keperluan tubuh badan mereka. 

Ok.. Bila dah timbul ciri-ciri ni, nak buat apa pula kan, ada orang tak kisah biarkan aje dah sampai masa, dah tua...  Ish...  Jangan cam tu kalau dah kurang harus la di tambah kolagen yang dah semakin berkurang tu. 

Sekarang ni pun macam macam produk kolagen ada dipasaran. Pilih saje yang mana berkenan di hati tapi awas.....  Kene la pilih yang selamat bebas bahan kimia merbahaya, sumber kolagen tu dihasilkan dari ape dan biasanya produk berasaskan kolagen ni biasanya diambil dari 4 sumber
1. Bovina (lembu)
2. Khinzir (babi)
3. Kolagen Ayam
4. Kolagen ikan

Jadi berhati-hatilah bila memilih produk yang ada kandungan kolagen. Dikhuatiri datang dari sumber yang tidak halal, dan kalau korang perasan, kat tv selalu dengar produk kolagen dari buah buahan..dari tumbuhan..sebenarnya ianya hanya bahan perasa dan bukan kolagen sebenar.

So nak makan pape, sila kaji dulu yea sayang sayang 💁🏼

Shaklee Collagen Powder

Shaklee pun ada menyediakan kolagen dan kolagen yang dihasilkan di shaklee bersumberkan sisik ikan merah. 

Shaklee Collagen Powder dihasilkan dari 400pmg kolagen proprietari RSS (sisik ikan merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 

Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji camellia japonica,  ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang kerangan, Laktobasilus asidofilus,  Vitamin C, B² dan B6

Kepada yang mempunyai alahan dengan seafood terpaksalah elakkan pengambilan kolagen ni, dikhuatiri akan lebih memudaratkan. 

Fungsi Shaklee Collagen Powder

Shaklee collagen powder berfungsi bagi mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Kulit yang kerap terdedah kepada sinaran matahari dan pencemaran alam sekeliling menjadi faktor kolagen dalam sel kulit menyusut dengan lebih cepat sebelum ia mampu dibina semula. 

Kesannya terhadap kulit mengakibatkan kulit menjadi kendur berkedut, kuku juga mudah patah dan turut menyebabkan rambut semakin nipis dan tidak bermaya. 

Kebaikan lain bila kita mengamalkan shaklee collagen powder

  • Membantu menghasilkan collagen yang amat diperlukan bagi memelihara kesihatan kulit, tendon, ligamen danjuga salur darah. 
  • Menggalakkan kulit mrnjadi lebihtegang, anjal, gebu dan lembut. 
  • Menggalakkan rambut menjadi lebih kuat, lebat dan bersinar
  • Membantu mengekalkan kesihatan tulang rawan, tulang dan gigi. 

Keistimewaan Collagen Powder Shaklee

  • Menyediakan 4000mg Kolagen Sisik Ikan Merah, kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak dari Ikan Merah
  • Memberi lebih daripada kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk Ekstrak biji Camelia Japonica, Ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C, B2 dan B6
  • Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi
  • Pek individu untuk pengambilan segera pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Testimoni  penggunaan Shaklee Collagen Powder


"Mak saya pun makan, makan dengan sangat konsisten. Dah masuk 4 atau 5 kotak rasanya.  Dulu muka mak saya berjeragat teruk. Sekarang ni kalau tengok sekali imbas memang dah tak nampak langsung muka bercapuk tu ”. 


Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan  COLLAGEN POWDER Shaklee ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 /  http://kaknoi.wasap.my/ untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

ATAU
atau untuk memilih produk yang anda suka (klik gambar dibawah)


Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Nov 7, 2017

Apa itu diet

Diet...  Apa yang terlintas difikiran anda bila orang sebut diet?  Adakah diet tu bermakna menahan lapar,  tak makan nasi  atas sebab sebab tertentu. Tapi itu lah pandangan masyarakat sekarang ni, kalau tanya kenapa tak nak makan, jawapannya tengah diet. Kita pun terus dapat tangkap,  ooo dia ni tengah jaga badan nak kurus. Itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Apa pun pandangan kita dan pengertian kita terhadap perkataan diet tu, yang pasti bila kita sebut je semua orang pun memahami keadaan dan situasinya.

Sebenarnya diet ni berkaitan jumlah pemakanan yang kita ambil secara teratur setiap hari. Diet juga bermakna jumlah dan jenis makanan yang diperlukan dalam situasi tertentu seperti menurunkan berat badan atau menaikkan berat badan. Diet yang dilakukan bergantung kepada usia, berat badan , kesihatan, suasana dan aktiviti seharian kita.

Antara jenis-jenis diet

Diet Normal


Diet yang seimbang terdiri daripada semua elemen makanan yang diperlukan agar tubuh kita tetap sihat. Seseorang individu memerlukan mineral, protein, vitamin dan lemak untuk membina dan memelihara sel tubuh dan mengatur fungsi tubuh.Protein, lemak dan karbohidrat bermanfaat untuk menghasilkan tenaga dan memberi badan kita sentiasa hangat.

Dalam pemakanan kita seharian, seringkali kekurangan kalsium dan zat besi. Elemen-elemen makanan ini biasa diambil dalam jumlah yang sangat kurang dari yang disarankan termasuk Vitamin A, C dan B. Makanan yang kita ambil bila kurang dengan elemen-elemen ini akan mengakibatkan timbulnya penyakit tertentu sepeti jika 
  • kekurangan Vitamin C akan menyebabkan gusi berdarah atau 
  • Jika kekurangan Vitamin B-12 Akan terjadinya Anemia
Disebabkan itulah walaupun kita sudah makan makanan yang seimbang kita masi perlu mendapatkan makanan tambahan bagi memenuhi keperluan nutrisi dalam badan kita.


Diet untuk menaikkan dan menurunkan berat badan

Diet ini bergantung kepada jumlah tenaga yang dihasilkan oleh makanan dan jumlah tenaga yang diperlukan tubuh kita untuk melakukan kerja seharian yang diukur dalam kalori. Jumlah kalori yang diambil dan jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh untuk melakukan aktiviti harian.

Jika seseorang mengambil kalori lebih banyak dari yang diperlukan maka berat badan mereka akan naik. berat badan akan turun apabila kalori yang diambil seimbang atau kurang dari yang diperlukan oleh tubuh.

Diet dengan tujuan ini mesti mengandungi semua elemen makanan untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat.

Diet pengidap penyakit tertentu

Diet untuk individu yang menghidapi penyakit tertentu ini memerlukan diet yang khusus untuk mereka. Bagi kita yang normal dan sihat tubuh kita memerlukan gula tetapi untuk individu yang menderita diabetes atau kencing manis perlu pengawalan dalam pengambilan gula.

Diet rendah garam atau krang garam di perlukan bagi pesakit jantung atau buah pinggang.

Diet Alahan makanan


Bagi individu yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu, individu tersebut harus mengelakkan dari mengambil makanan yang akan menyebabkan alahan terhadap dirinya. Biasa yang kita dengar orang akan alah dengan seafood, kekacang atau produk tenusu. jadi, mereka yang ada alahan terhadap beberapa jenis makanan ini akan berusaha untuk mengelakkan dari termakan. mereka juga perlu sentiasa membawa ubat alahan jika sesuatu berlaku.

Diet kelompok usia

Kanak-kanak dan orang tua memerlukan makanan khusus untuk mereka kerana tumbesaran anak berlaku dengan cepat. Mereka tidak hanya memerlukan makanan untuk memperbaiki sel sel tubuh dan memberi tenaga, tetapi untuk pertumbuhan sel-sel yang baru.

Diet seimbang yang baik untuk anak-anak dan remaja harus mengandungi susu, tauhu, sayur-sayuran, nasi, kekacang dan sebagainya.

Bagi warga tua pula, mereka memerlukan lebih banyak nutrien seperti kanak-kanak dan remaja. Tetapi jika aktivitinya kurang maka mereka memerlukan kalori yang lebih sedikit.

Jika kanak-kanak dan warga tua yang kekurangan nutrien mereka boleh amalkan makanan tambahan yang sesuai dengan peringkat umur mereka. 

Diet Ibu mengandung, meyusui dan berpantang

Bagi golongan ini, mereka memerlukan makanan khas yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan, menyusui bayi dan berpantang. Bagi wanita yang tergolong dalam golongan ini juga disarankan untuk mengambil makanan tambahan dan vitamin selain makanan biasa.

Walau di kelompok mana pun diet kita, penting untuk kita sentiasa mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat disamping mengamalkan vitamin atau makanan tambahan. Elakkan makanan yang boleh mengundang kemudaratan terhadap diri sendiri dan orang sekeliling.Lebih baik sediakan makanan sendiri daripada selalu membeli di luar.

http://nornoi.wasap.my/ jika ingin mendapatkan produk kesihatan dan kecantikan shaklee.
ID : 1148183
Noi


Nov 6, 2017

Benarkah Asid Folik penyebab bayi besar dalam kandungan.

Disahkan hamil, seronok sangat bagi pasangan yang memang menanti cahaya mata. Yang dah ada dua tiga orang anak pun mesti lagi seronok, bertambah meriah la suasana dalam rumah tu nanti. Tapi pernah tak dengar, kalau makan asid folik atau vitamin nanti baby besar susah nak beranak. Pastu ramai la yang terpengaruh, mula la tinggalkan asid folik tak di makan.

Masa memula mengandung anak pertama pun hampir terpengaruh dengan kenyataan tu. Tapi nasib la cepat sedar. Tiap tiap bulan kita pergi chek up kat klinik kat hospital tak kan la misi atau doktor tak bagi tahu kat kita kan kalau ada yang tak normal ngan kandungan kita. Orang yang percaya dengan kenyataan tu better la fikirkan semula sebelum terjadi perkara buruk yang lain. 

Menurut kata pakar sakit puan Dr. Hamid.  Pemakanan yang seimbang dan vitamin yang cukup, sangat membantu ibu hamil kekal sihat dan cergas sehingga satu tempoh bersalin. 

Pakar perubatan pun turut menyarankan untuk mengambil asid folik seawal 3 bulan sebelum merancang untuk hamil.  Vitamin B ini sangat penting untuk ibu yang ingin hamil dan juga untuk bayi di dalam kandungan di awal kehamilan. 

Kepentingan Asid Folik dan Vitamin lengkap semasa hamil

  • Perkembangan Fizikal Bayi
    • Sangat penting untuk perkembangan fizikal bayi di dalam kandungan di awal kehamilan kerana ia membantu pembentukkan saraf dan sel-sel lain.
  • Mengurangkan kecacatan kepada bayi 
    • Asid folik sangat penting kepada ibu hamil. Pernah dengar Spina bifida yang berlaku terhadap bayi baru lahir. Penyakit itu disebabkan kekurangan asid folik.
  • Sintesis DNA semasa persenyawaan 
    • Untuk sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan iaitu sebaik sahaja persenyawaan berlaku. Sebab itu kita digalakkan ambil asid folik ni awal, sebab kita pun tak tau bila kita akan hamil, dan semas disahkan hamil, kita sebenarnya dah pun hamil 2-3 minggu.
  • Tambah Darah
    • Mengelakkan kejadian kurang darah terhadap ibu hamil. Ini akan menyebabkan Anemia terhadap ibu dan membahayakan bayi dalam kandungan. Kadang-kadang pemakanan yang kita ambil seharian belum tentu cukup mengandungi nutrisi yang di perlukan tu.
Ada sesetengah ibu hamil akan mengalami masalah muntah atau loya selepas ambil asid folik ni. Ada yang mencadangkan telan dengan jus oren. Tapi kalau beritahu doktor atau misi, mereka mungkin akan menukar jenis ubat seperti obimin. Saya pun ada masalah menelan ubat yang dibekalkan dari klinik. Kini saya hanya mengamalkan vitamin shaklee, B-Complex dan Vita-Lea.
$

Alhamdulillah...serasi dengan saya. Kalau ada yang bermasalah hb rendah pun bagus amik dua produk ni. Memang puas hati. 

Testimoni 


"Keputusan bacaan Hb selepas dua minggu amalkan Vitamin C, B-Complex dan Vita-Lea. Bacaan terus naik dan yang bestnya tak payah tunggu lelama lagi kat klinik tu nak jumpa doktor. Kalau tidak setiap dua minggu kena jumpa doktor selagi bacaan hb tu tak naik. Alhamdulillah.. senang hati kite"

Kalau ibu ibu hamil diluar sana perlukan vitamin tambahan untuk mencantikkan bacaan Hb ke boleh terus klik link ini http://nornoi.wasap.my/ . Memang laju la kak noi respond.

Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan produk Shaklee ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 / www.wasap.my/60177274034 untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

atau untuk memilih produk yang anda suka (klik gambar dibawah)


Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Nov 5, 2017

Bahaya makanan segera terhadap kehidupan kita.

Zaman semakin moden, semakin canggih manusia pun semakin sibuk macam macam perkara nak diuruskan. Perkataan sibuk, busy, tak sempat, kurang masa tu dah jadi perkataan yang sentiasa bermain dibibir bibir mereka yang bekerjaya. Ada yang sehingga terabai keluarga. Ada yang menyerahkan segala galanya pada bibik di rumah, dek kerana kesibukan sendiri. 

Yang tak ada bibik nak urus urusan rumah semua sendiri tapi tak cukup masa, akhirnya yang segera jadi pilihan sebab order je siap. Lagi pun dah senang dapat kan, drive thruu kan ada tak payah turun kereta order je dapat la pilihan makanan segera yang diinginkan, cepat dan mudah memang menjimatkan masa.  Tetapi...... 

Jika dulu zaman kita kecik kecik hanya boleh jumpa mee segera, yang sememangnya menjadi pilihan utama makanan segera. Dulu paling glamour jenama maggi, dan sampai sekarang pun beli la mee segera ape jenama sekali pun tetap orang panggil megi. Tu dulu, sekarang ni lagi macam macam jenama makanan segera dikeluarkan atas keperluan pasaran. Sampaikan kari dalam tin, paket pun dah ada. 

Ok, sebenarnya makanan segera ni selain kurang berkualiti dan kandungan zat makanan yang tidak seimbang, makanan segera ni banyak membawa mudarat kepada tubuh badan kita disebabkan kandungan garam dan bahan kimia di dalam serbuk perisa 'monosodium glutimate' yang membahayakan kesihatan. 

Hmm.. sedapnya
Bahan kimia ini akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit darah tinggi, buah pinggang dan pelbagai penyakit lain. Aduhai yang suka makanan segera ni tak sayang badan ke. Masa makan memang sedap, lepas tu menanggung macam-macam penyakit. Nak menyesal masa ni... Hmmm...  Terlambat dah kot. 

Nak tau tak kesan bila kita ambil makanan segera secara berlebihan. 

1. Obesiti atau terlebih gemuk

  • Makanan segera merupakan salah satu punca kegemukkan melampau. Kalau kita beli makanan di restoran fast food adakah kita akan beli hanya sebiji burger sahaja.  Sudah tentulah tidak kan, paling kurang pun kena ada kentang goreng,  ais krim dan minuman bergas. Haa... Cuba kita lihat dalam sebiji burger terdapat 35% lemak. Itu belum lagi hidangan lain yang kita order tadi, ais krim,  kentang goreng, tambah lagi ayam goreng dan sebagainya. Memang lazat makanan tu semua, kene pulak ngan selera kita memang makan tak toleh kiri kanan la. Tapi kalau dah hari hari pulun makanan tu, akibatnya memang menakutkan. Bila dah gemok ni macam macam penyakit lain pulak datang. 
  • Selain gemok, ketahanan badan kita pun akan menjadi lemah. Ini kerana banyak bahan kimia dimasukkan sekali dalam makanan sebagai penambah perisa.  Bukan itu sahaja, pewarna tiruan juga memberikan kesan kepada ketahanan badan kita. 

2. Penambahan kolesterol dan kalori secara mendadak dalam badan. 

  • Dengan pengambilan makanan ringan secara kerap dan banyak akan menyebabkan koleterol dan kalori masuk kedalam badan. Setiap jenis makanan segera mempunyai kandungan minyak, lemak, dan karbohidrat yang tinggi.

3. Diabetes atau penyakit kencing manis

  • Salah satu penyebab kencing manis adalah penganbilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Air bikarbonat dan bergas merupakan sumber utama kepada diabetes kerana kandungan gulanya yang memang tinggi. 

4.Kanser

  • Kandungan bahan kimia dan oerisa yang ada dalam makanan ringan dan makanan segera boleh menyebabkan kanser jika diambil setiap hari. 
Ini baru antara penyakit yang akan dihidapi, kalau nak diikutkan banyak lagi kesan pengambilan makanan segera ni.Bukan lah nak kata tak boleh makan langsung. Sesekali teringin dan ambil dalam kuantiti yang terkawal tak menjadi masalah, tapi kalau boleh tak payah ambil langsung la.banyak lagi makanan lain yang lebih baik dan menyihatkan.

Ini pula antara makanan segera yang harus dielakkan diambil secara berlebihan kerana kurang elok untuk kesihatan.

  • Kentang goreng - kerana terlalu banyak lemak dan garam serta banyak menggunakan pewarna dan perasa tiruan
  • Burger - kandungan lemak yang tinggi dan bahan kimia yang banyak
  • Makanan ringan (jajan)  - mempunyai garam dan pewarna yang tinggi
  • Air bikarbonat - kandungan gula yang sangat tinggi. 

Sebaiknya sediakan dan pelbagaikan la makanan yang enak dan sedap untuk dinikmati anak anak dan keluarga kita. Luangkan sedikit masa untuk menyediakannya. Kita tidak tahu berapa lama lagi mampu untuk kita berbuat demikian. 

Cadangan Kak Noi, Apa kata setiap hari sediakan minuman berkhasiat, sedap dan berkrim serta sumber yang kaya dengan kalsium, serat dan protein. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan juga dewasa di mana-mana sahaja. Minuman yang berperisa vanilla sedap dinikmati sejuk atau suam. rasa macam ais krim vanilla pasti disukai setiap orang.

Kak noi pun, setiap hari sediakan mealshakes ni untuk anak anak. Kalau ada yang berminat nak merasai keenakkan MealShakes ni boleh PW kak noi je http://nornoi.wasap.my/ .


Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan produk Shaklee ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 / www.wasap.my/60177274034 untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

atau untuk memilih produk yang anda suka (klik gambar dibawah)


Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Nov 3, 2017

Vivix kembar, Vita Lea Percuma, diskaun 20%, keterujaan dengan promosi bulan November ni.

Gambar sekadar hiasan
Alhamdulillah, dah masuk november pun. Sekejap je masa berlalu tak terasa langsung. Dengan kandungan yang nak masuk 8 bulan ni kalau sesetengah orang dah tak larat nak buat kerja-kerja rumah, ada yang nak naik tangga pun da termengah mengah.  Ada orang steady sampai nak bersalin.  Saya pula, syukurlah masih diberi kesihatan yang baik untuk uruskan semua kerja kerja rumah, anak anak.  Tapi ada juga hari hari kalau dah letih sangat mengalah juga. Kene la rehat regang regangkan badan.

Badan kita nampak rehat tapi otak masih bekerja, macam macam nak dibuatnya ni.  Alhamdulillah kak Noi kenal dengan produk Shaklee, banyak membantu. Menambah tenaga yang sentiasa nak guna, menyihatkan tubuh badan.

EE... Eh...  November ni ada banyak promosi menarik tau. Ni nak kabo ke semua orang ni. Si kembar vivix ni datang lagi. Ini lah masa dan peluang yang mesti direbut. Sape yang pernah beli vivix, minum vivix tapi belum pernah jadi ahli, masa ni la peluang keemasannya. Kalau ada yang merancang nak berpantang dengan vivix, lebih baik stok sekarang ni masa tengah murah la orang kata. Tak pun yang baru nak merasa vivix tu macam mana pun ini lah masanya.

Sebab apa yea....



Sebab bulan ni ada promosi twin pack.  Beli dua botol vivix dan nikmati segala faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak shaklee. Antara faedah awal yang boleh dapat bila beli vivix twin pack ni 
  • Keahlian percuma dengan Shaklee
  • Penghantaran percuma sampai depan pintu rumah atau office - jimat RM10.60
  • Dapat cash bonus RM 36.10
  • Penjimatan sebanyak RM 155
  • Dapat vivix dua botol
  • Percuma Kit ahli dari Shaklee - jimat RM 68.90
Dan bila dah jadi ahli,  lagi banyak kemudahan dan faedah yang boleh kita nikmati, seperti
  • boleh beli vitamin dengan harga lagi murah (harga ahli) 
  • Berpeluang untuk menerima bonus dari shaklee
  • Boleh menikmati segala promosi yang shaklee buat
  • Boleh join travel dengan shaklee (bagi yang berkelayakan) 
Dan macam macam lagi la.



Selain promosi vivix,  shaklee pun ada tawarkan pembelian 3 botol vita lea for children dapat percuma sebotol. Maknanya sape beli vita lea for children ni akan dapat la 4 botol. Tak kan la nak beli vitamin untuk mak ayah je kan anak pun nak kena belikan juga.

Ada lagi, bukan tu aje.

Belian dengan kombinasi antara produk sehingga 100uv dalam satu resit anda layak untuk beli vitamin E dan GLA Complex dengan diskaun 20%. Uiiii... Lagi jimat dan terus menjimatkan. Nak lagi  jimat RM anda tu mari la berjemaah join ahli, banyak lagi boleh kurang. Belum ada yang menyesal dan kerugian bila dah jadi ahli Shaklee ni semakin diorang suka lagi ada la.

Dah faham ke masih confius, ada sebarang pertanyaan ke persoalan ke sila PW kak noi www.wasap.my/60177274034 .

Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan produk Shaklee ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 / www.wasap.my/60177274034 untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

atau untuk memilih produk yang anda suka (klik gambar dibawah)


Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.