Diet... Apa yang terlintas difikiran anda bila orang sebut diet? Adakah diet tu bermakna menahan lapar, tak makan nasi atas sebab sebab tertentu. Tapi itu lah pandangan masyarakat sekarang ni, kalau tanya kenapa tak nak makan, jawapannya tengah diet. Kita pun terus dapat tangkap, ooo dia ni tengah jaga badan nak kurus. Itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Apa pun pandangan kita dan pengertian kita terhadap perkataan diet tu, yang pasti bila kita sebut je semua orang pun memahami keadaan dan situasinya.
Sebenarnya diet ni berkaitan jumlah pemakanan yang kita ambil secara teratur setiap hari. Diet juga bermakna jumlah dan jenis makanan yang diperlukan dalam situasi tertentu seperti menurunkan berat badan atau menaikkan berat badan. Diet yang dilakukan bergantung kepada usia, berat badan , kesihatan, suasana dan aktiviti seharian kita.
Antara jenis-jenis diet
Diet Normal
Diet yang seimbang terdiri daripada semua elemen makanan yang diperlukan agar tubuh kita tetap sihat. Seseorang individu memerlukan mineral, protein, vitamin dan lemak untuk membina dan memelihara sel tubuh dan mengatur fungsi tubuh.Protein, lemak dan karbohidrat bermanfaat untuk menghasilkan tenaga dan memberi badan kita sentiasa hangat.
Dalam pemakanan kita seharian, seringkali kekurangan kalsium dan zat besi. Elemen-elemen makanan ini biasa diambil dalam jumlah yang sangat kurang dari yang disarankan termasuk Vitamin A, C dan B. Makanan yang kita ambil bila kurang dengan elemen-elemen ini akan mengakibatkan timbulnya penyakit tertentu sepeti jika
- kekurangan Vitamin C akan menyebabkan gusi berdarah atau
- Jika kekurangan Vitamin B-12 Akan terjadinya Anemia
Disebabkan itulah walaupun kita sudah makan makanan yang seimbang kita masi perlu mendapatkan makanan tambahan bagi memenuhi keperluan nutrisi dalam badan kita.
Diet untuk menaikkan dan menurunkan berat badan
Diet ini bergantung kepada jumlah tenaga yang dihasilkan oleh makanan dan jumlah tenaga yang diperlukan tubuh kita untuk melakukan kerja seharian yang diukur dalam kalori. Jumlah kalori yang diambil dan jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh untuk melakukan aktiviti harian.
Jika seseorang mengambil kalori lebih banyak dari yang diperlukan maka berat badan mereka akan naik. berat badan akan turun apabila kalori yang diambil seimbang atau kurang dari yang diperlukan oleh tubuh.
Diet dengan tujuan ini mesti mengandungi semua elemen makanan untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat.
Diet pengidap penyakit tertentu
Diet untuk individu yang menghidapi penyakit tertentu ini memerlukan diet yang khusus untuk mereka. Bagi kita yang normal dan sihat tubuh kita memerlukan gula tetapi untuk individu yang menderita diabetes atau kencing manis perlu pengawalan dalam pengambilan gula.
Diet rendah garam atau krang garam di perlukan bagi pesakit jantung atau buah pinggang.
Diet Alahan makanan
Bagi individu yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu, individu tersebut harus mengelakkan dari mengambil makanan yang akan menyebabkan alahan terhadap dirinya. Biasa yang kita dengar orang akan alah dengan seafood, kekacang atau produk tenusu. jadi, mereka yang ada alahan terhadap beberapa jenis makanan ini akan berusaha untuk mengelakkan dari termakan. mereka juga perlu sentiasa membawa ubat alahan jika sesuatu berlaku.
Diet kelompok usia
Kanak-kanak dan orang tua memerlukan makanan khusus untuk mereka kerana tumbesaran anak berlaku dengan cepat. Mereka tidak hanya memerlukan makanan untuk memperbaiki sel sel tubuh dan memberi tenaga, tetapi untuk pertumbuhan sel-sel yang baru.
Diet seimbang yang baik untuk anak-anak dan remaja harus mengandungi susu, tauhu, sayur-sayuran, nasi, kekacang dan sebagainya.
Bagi warga tua pula, mereka memerlukan lebih banyak nutrien seperti kanak-kanak dan remaja. Tetapi jika aktivitinya kurang maka mereka memerlukan kalori yang lebih sedikit.
Jika kanak-kanak dan warga tua yang kekurangan nutrien mereka boleh amalkan makanan tambahan yang sesuai dengan peringkat umur mereka.
Diet Ibu mengandung, meyusui dan berpantang
Bagi golongan ini, mereka memerlukan makanan khas yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan, menyusui bayi dan berpantang. Bagi wanita yang tergolong dalam golongan ini juga disarankan untuk mengambil makanan tambahan dan vitamin selain makanan biasa.
Walau di kelompok mana pun diet kita, penting untuk kita sentiasa mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat disamping mengamalkan vitamin atau makanan tambahan. Elakkan makanan yang boleh mengundang kemudaratan terhadap diri sendiri dan orang sekeliling.Lebih baik sediakan makanan sendiri daripada selalu membeli di luar.
http://nornoi.wasap.my/ jika ingin mendapatkan produk kesihatan dan kecantikan shaklee.
ID : 1148183
Noi
No comments:
Post a Comment