Search This Blog

Nov 14, 2017

Pilihan bijak ibu ibu sekarang, hamil ceria dan cergas dengan Set Hamil Shaklee.

Semasa hamil apa yang ibu ibu amalkan supaya sentiasa kekal bertenaga dan sihat. Berehat secukupnya, bersenam khas untuk orang mengandung atau melepak atas katil je. Tak kisah la ape cara sekali pun, lain orang lain la ragamnya lain kisahnya, nak samakan dengan kita memang tak boleh la. 

Wanita yang sedang hamil ni sangat istimewa tau.  Segala yang di makan perlu dikongsi bersama anak yang dikandungnya.  Masa ni la akan timbul macam macam masalah.  Kalau yang tak ada masalah tu alhamdulillah...  Rezeki dah tu.. 

Tapi bagi yang lain jangan panik kalau ada masalah pun,  ikut nasihat doktor dan banyakkan berehat.

Wanita yang hamil memang memerlukan makanan berkhasiat dan baik untuk tubuh badan sendiri dan tumbesaran janin.  Selain makan makanan yang seimbang yang disarankan doktor atau misi, suka sangat kak noi nak cadangkan set hamil shaklee ni. Makanan tambahan yang tidak akan membahayakan ibu dan bayi.
Set ni semua penting untuk elakkan ibu yang sedang hamil mengalami masalah yang boleh membahayakan kesihatan diri dan janin. Set lengkap yang mengandungi semua yang ibu hamil perlukan.

Set hamil lengkap Shaklee yang terdiri daripada

Ostematrix

  • Ibu mengandung memerlukan kalsium  1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. 
  • Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
  • Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein

  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
  • Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
  • Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.
  • Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
  • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

Omega 3 (Omega Guard)

  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.

  • Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
  • DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
  • Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Complex

  • B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
  • Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
  • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
  • Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
  • Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  • Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  • Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
Vita-Lea Iron Formula

  • Vita-Lea adalah multivitamin. 
  • Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
  • Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Tips untuk tingkatkan penyerapan zat besi dan zat vitamin. 

Lebihkan makan makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi di dalam hidangan seperti berikut
  • Buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C seperti jambu batu,  limau,  betik,  mangga dan sayuran hijau seperti pegaga, sawi, pucuk ubi, bayam dan kangkung
  • Minum jus buah-buahan
  • Makan bersama pencecah buah-buahan seperti sambal mangga, tomato atau limau kasturi
  • Gunakan perencah daripada sumber haiwan seperti ikan bilis,  udang, isi ayam dan isi daging
Kurangkan makan makanan mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi seperti kopi, teh, minuman berkola dan minuman bercoklat.
  • Jika ingin mengambil makanan atau minuman tersebut, pastikan di ambil sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam selepas waktu makan atau selepas makan vitamin atau ubat. 
  • Susu juga mengandungi bahan penghalang penyerapan zat besi. Ibu hamil perlu minum 2-3 gelas susu sehari untuk mendapatkan cukup kalsium, jadi minumlah susu segar atau susu tepung diantara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang atau minum malam. 

Jaga diri,  jaga bayi,  jaga kesihatan... 

Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan  Set  kehamilan ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 /  http://kaknoi.wasap.my/ untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

 BELI SEKARANG

Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.




No comments:

Post a Comment