Search This Blog

Nov 13, 2017

PERINGKAT KEHAMILAN DAN PERUBAHAN TERHADAP TUBUH BADAN


Wanita yang hamil akan mengalami perubahan pada tubuh badan, emosi, alahan dan lain lain perubahan. Kebiasaannya perubahan ni berbeza antara wanita-wanita hamil yang lain. Ada sesetengahnya yang mengalami perubahan berat badan naik secara mendadak ada juga yang mengalami alahan sehingga terpaksa di tahan di wad.

Pertambahan berat badan
Pertambahan berat badan yang sihat bagi jangkamasa kandungan 5 bulan pertama adalah 0.5 kg sebulan dan bagi jangkamasa kandungan seterusnya 0.5kg seminggu. Jika pertambahan berat badan naik secara mendadak atau terlalu banyak anda akan diminta  untuk  berjumpa doktor bagi dan terpaksa melakukan ujian darah untuk memastikan bahawa anda ada diabetes atau tidak. 

Semasa hamil, kurangkan makanan dan minuman manis kerana ia akan mempengaruhi pertambahan berat badan kita. 

Hubungan seks
Tiada halangan untuk melakukan hubungan seks semasa hamil. Walaubagimanapun sekiranya anda mengalami tumpah darah dan kedudukan uri di bawah, sila dpatkan nasihat doktor.

Pemeriksaan kehamilan 
pemeriksaan  awal sebaik sahaja mengandung dan patuhi temujanji lawatan seterusnya. Ada sesetengah orang yang suka bertangguh untuk pemeriksaan awal ni kerana situasi untuk menunggu di klinik, tetapi kalau boleh elakkan dari menangguh kerana ia mungkin membahayakan diri kita sendiri.

Tempoh kehamilan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu


TRIMESTER PERTAMA ( MINGGU 1-12 )

Kebanyakkan wanita hamil pada minggu trimester pertama ini akan mengalami alahan yang berbeza beza. Masalah alahan yang mungkin dialami ialah rasa loya, muntah, tidak selesa dengan bau tertentu. Sekiranya ini berlaku, sila dapatkan nasihat doktor. Walaubagaimanapun ada juga wanita yang hamil tidak mendapat alahan seperti ini. 

Gatal-gatal dibahagian sulit. Sekiranya ini berlaku, elakkan menggunakan sabun yang ada pewangi dan jika bertambah teruk sila dapatkan nasihat doktor.

TRIMESTER KEDUA ( MINGGU 13 - 27) 
  • Perubahan Fisiologi dan hormon dalam badan. Ini akan meningkatkan risiko mendapat penyakit Hipertensi dan Diabetes semasa hamil. 
  • Pucat semasa hamil. Ini adalah kerana kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah dan perlu mendapatkan pengesahan dari doktor kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan diri dan pertumbuhan bayi dalam kandungan. 
  • Pelalian semasa hamil.  Wanita yang hamil akan diberipelalian anti - tetanus (ATT)  untuk mencegah diri dan bayi dari jangkitan tetanus. Jangkitan tetanus mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut. Sekiranya pertama kali hamil, suntikan akan diberi sebanyak dua kali dan untuk kehamilan seterusnya hanya akan diberisekali suntikan sahaja. 
  • Pemeriksaan dan rawatan rutin gigi sangat digalakkan dan selamat.  Ia disyorkan kerana perubahan semasa hamil boleh menyebabkan masalah gigi dan gusi.  Masa yang sesuai untuk rawatan gigi adalah semasa jangka masa kehamilan13 - 24 minggu. 
TRIMESTER KETIGA ( MINGGU 29-40)

PERGERAKKAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Pergerakkan bayi adalah salah satu cara untuk memastikan bayi sihat. sekiranya pergerakkan bayi berubah dari  biasa / kurang gerak atau lemah sila dapatkan nasihat doktor. Pada ketika ini anda harus jujur, kerana ia melibatkan nyawa bayi anda sendiri.

RISIKO KELAHIRAN PRAMATANG
(tidak cukup bulan)

Anda mungkin berkemungkinan berisiko mengalami kelahiran pramatang jika anda pernah mengalami masalah berikut :-
  • Pernah mengalami kelahiran pramatang
  • Kandungan lebih dari satu
  • Rahim dan serviks yang luar biasa
  • Kadungan yang mempunyai komplikasi seperti hipertensi dan uri dibawah
  • Kurang sokongan sosial
  • Pengambilan alkohol, dadah dan merokok semasa hamil
  • Jangkitan dalam rahim
  • Kecacatan bayi dalam kandungan.
Semasa diawal kehamilan rasa loya, muntah, tidak selesa mungkin akan membantutkan selera makan anda. Tetapi anda tidak boleh membiarkan perut kosong kerana ini akan menjejaskan keaihatan anda malah janin dalam kandungan. Dan kemungkinan janin tidak boleh mendapat segala zat yang diperlukan untuk berkembang. 

Cadangan saya untuk anda yang mengalami masalah inibketika hamil dengan mengamalkan set lengkap kehamilan dari shaklee. 



Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan  Set  kehamilan ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 /  http://kaknoi.wasap.my/ untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.

 BELI SEKARANG

Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment