Search This Blog

Nov 10, 2017

Risiko Hb rendah terhadap wanita yang sedang hamil

Tempoh hamil 9 bulan 10 hari bukan la tempoh yang sekejap. Dalam tempoh ni macam macam dugaan dan ujian kene lalui. Setiap bulan kena pergi chek up diklinik, tu yang belum kena jumpa pakar pula kalau ada masalah lain kan. dengan kat klinik ramai orang, tunggu berejam, siap ada yang tertido dek kelamaan tunggu nombor giliran dipanggil. Tapi itu semua tidak mematah kan semangat untuk wanita itu mengandung lagi hihihi....

Biasanya salah satu masalah dengan wanita hamil ni ialah Hb (hemoglobin) yang selalu tak naik,  dan semakin menurun. Kalau kat buku chek up kita tu misi akan tulis Mild Anemia. Anemia semasa hamil ni mempunyai tahap iaitu 
  • Ringan Hb 9-11 g/dL
  • Sederhana Hb 7-9 g/ dL
  • Teruk Hb kurang daripada 7 g / dL
Anemia adalah apabila darah anda tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti hemoglobin (molekul protein yang engandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi.

Biasanya, anemia berlaku disebabkan oleh masalah kurangnya pengeluaran sel darah merah,  kehilangan darah atau kemusnahan sel-sel darah merah. 

Bagi wanita hamil, kekurangan zat besi (iron deficeiency anaemia) membawa kepada kurangnya penghasilan sel darah merah. Sepatutnya semasa hamil, badan kita perlu menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung tumbesaran bayi. 

Bila zat besi tidak dibekalkan dalam kuantitibyang mencukupi, penghasilan darah merah oleh tubuh tidak dapat menampung keperluan ibu dan bayi.

Siapa yang berisiko untuk mendapat anemia semasa hamil.. 

Setiap wanita hamil mempunyai risiko untuk mengalami masalah Hb rendah. Tetapi golongan ini harus mengambil perhatian serius untuk mengelakkan masalah HB rendah yang memudaratkan. 
  • Jarak kehamilan yang rapat
  • Wanita yang sedang hamil kembar
  • Mengalami muntah terlalu kerap ketika mengalami alahan mengandung yang teruk
  • Wanita hamil yang tidak atau kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi dengan mencukupi untuk penghasilan sel darah merah dalam kuantiti yang banyak untuk ibu dan janin
  • Ibu mengalami haid dalam kuantiti yang banyak sebelum mengambil dan ini menyebabkan zat besi dalam badan berkurangan semasa hamil
  • Ibu yang hamil muda iaitu pada usia remaja
  • Wanita mempunyai sejarah anemia sebelum ini
  • Pengambilan alkohol oleh wanita hamil. 

Bahaya anemia kepada ibu dan bayi

  • Sistem pertahanan semula jadi badan ibu menurun menyebabkan mereka mudah mendapat jangkitan bakteria atau virus dan mudah mudah jatuh sakit. 
  • Wanita hamil dengan anemia yang teruk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi semasa dan selepas kelahiran
  • Berisiko mendapat komplikasi jantung dimana degupan jantung boleh meningkat (tachycardia) ke tahap yang luar biasa dan boleh mengalami kegagalan jantung kerana jantung anda tidak mengepam darah keseluruh badan  dengan cekap.
  • Tekanan darah tinggi pada ibu
  • Ibu anemia juga berkemungkinan besar memerlukan transfusi darah sekiranya mereka mengalami pendarahan semasa melahirkan
  • bayi juga boleh lahir tidak cukup bulan (pramatang)
  • Bayi lahir dengan berat badan yang rendah
  • Bayi berisiko untuk mendapat masalah anemia kerana kekurangan zat besi.

Tips untuk menaikkan Hb atau mengelakkan anemia bagi wanita yang sedang hamil.

  • Pilih dan makan makanan yang tinggi dengan zat besi seperti sayur bayam, ikan, daging merah, kekacang, hati, ikan bilis, kerang , jambu batu, oat, brokoli dsb
  • Ambil telur (Kuning) - Bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah
  • Makan buah delima - Dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima mengurangkan gejala anemia.
  • Elakkan minum minuman bergas atau berkarbonat, berkafien seperti kopi, teh, nescafe, milo dsb.
  • Elakkan mengambil ubat atau vitamin atau supplemen bersama produk tenusu, kopi, teh, nescafe , air gas dsb

Makanan Zat Tambahan

  • Biasanya di beri pil zat besi dan juga obimin oleh pihak klinik untuk tambah darah.
  • Elakkan dari minum susu sejam sebelum atau selepas makan ubat, vitamin atau ia akan jadi sia sia

Pilihan lain selain ubat yang dibekalkan dari klinik

Selain pil zat besi yang selalu kita dapatkan diklinik atau farmasi, shaklee juga ada menyediakan supplemen khas untuk wanita yang sedang hamil dan mengalami hb yang rendah. 

Vita-Lea Iron Formula

Multivitamin wajib bagi semua orang terutama wanita yang hamil. Ianya kaya dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral yang disarankan oleh RDA.

Sustained Release Vitamin C

Fungsi utama pengambilan vitamin C adalah untuk menyerap zat iron yang terdapat dalam vita lea. Jadi ia digalakkan di ambil atau ditelan bersam dengan vita lea demi memaksimumkan penyerapan zat iron dan membantu menaikkan bacaan Hb. Vitamin C juga bertindak melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen  untuk membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

B-Complex
lengkap dengan Asid Folik yang mana sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin. Wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Testimoni



"Setiap kali mengandung dari anak pertama sehingga la anak ke-4, ini lah satu satunya masalah yang saya hadapi. Hb di bawah paras yang tidak memuaskan. Dari ubat klinik sehingga lah beli sendiri kat farmasi, semua dah cuba. Ada yang berkesan ada yang tidak.

Bila mengandung anak yang ke-4 ni rasa macam susah sangat nak naik asik turun je. sehingga la turun sampai 8.9, akhirnya  amik semula 3 beradik ni vita lea, b-complex dan vitamin c. Selama dua minggu memang tak tinggal walau sehari pun telan semua vitamin ni. siap amik extra dose sebab  nak sangat tengok hb naik.

Alhamdulillah, chek up seterusnya menampakkan perubahan walaupun masih dibawah paras yang di perlukan. Hb naik ke 9.7 banyak juga la. Lepas ni kena terus konsisten biar naik lagi sampai 10 or 11, baru boleh tarik nafas lega.  Saya memang akan cadangkan set ini  kalau ada wanita hamil yang ada masalah hb rendah ni". -noi-

Nak tau tak cara mudah macam mana nak dapatkan  Set Hb Low  ni.

Boleh terus menghubungi saya 0177274034 /  http://kaknoi.wasap.my/ untuk
respond segera dan saya ada menyediakan perkhidmatan COD disekitar Kawasan Kajang, Bandar Baru Bangi, Sg. Ramal, Taman Kenari, Giant Sg. Chua dan kawasan yang berhampiran.

Dan untuk mereka yang jauh dari kawasan saya, perkhidmatan pos ke seluruh malaysia sentiasa ada.


Nutrisi tepat, jadikan badan kita sihat
ID : 1148183

*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment