Zaman masa kecik kecik dulu kalau tengok drama tv suka sangat bila drama tu ada sawah padi rasa macam best je tempat tu. Pastu mula la pasang angan angan nak kesana. Tapi tu la dulu tak da sapa nak bawa kita kan hahaha. Nak pergi sendiri memang tidak la sebab tak tau arah tujuan nanti.
Sekarang, alhamdulillah angan angan tu dah jadi kenyataan. Selepas berumah tangga, pertama kali beraya sebelah suami terus pergi kedah, ya kedah tempat yang memang penuh ngan sawah padi. Hahaha jakun tak jakun la masa tu boleh tengok sawah padi yang luas terbentang.
Dulu teringin sangat nak merasa best ke tak berumah di tengah tengah sawah padi. Sekarang, bila ada peluang memang merasa sangat la. Tak sangka pula, tido malam abes kena serang nyamok. Dah la masa tu si kakak kulit dia sensitif, bangun pagi abis muka merah merah kena gigit nyamok. Panas jangan cite la memang kalau boleh nak melepak kat luar rumah je.
Di kedah juga la cheq blaja makan ikan pekasam, selama ni dengar je tak pernah rasa dan makan, rupa ikan pekasam tu pun tak tau macam mana. Bila kat sana mak cik hidangkan ikan pekasam. Rupanya sedap ikan pekasam ni makan ngan nasi panas panas.
Dialek orang sana pun ada beza ngan negeri lain. Memula tak berapa nak faham sangat tecengang cengang juga dengar diorang beborak, tapi kita kat tempat kerja pun ramai orang utara so boleh la faham diorang cakap ape.
Bila pergi tempat orang banyak yang kita belajar, lain tempat lain cara lain gayanya. Tapi best jalan jalan tempat orang. Sekarang saya la peminat pekasam hihihi....
No comments:
Post a Comment